Friday, December 25, 2009

Tahniah

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anak-anak yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik dan cemerlang pada PMR yang baru keluar semalam.

Saya tujukan sekalung tahniah kepada anak saudara isteri yang telah berjaya mendapat 1A, 5B dan 2 C. Saya kira pencapaian tu baik. Walaupun saya tahu ada rasa kecewa kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, ia adalah lebih baik daripada rakan-rakan yang dapat lebih rendah daripada itu. Tak mengapa. Kerana apalah juga dengan PMR. Hanya tekad dan semangat kenalah juga dikuatkan bagi mengharungi SPM yang bakal menjelang selang 2 tahun akan datang.

Saya juga tujukan sekalung tahniah kepada rakan saya Luqman Ridha Anuar yang anaknya telah mendapat 8A dalam PMRnya. Saya nampak rasa bangga dan gembiranya. Menjadi bapa tunggal dalam membesarkan anaknya dan menuai hasil seperti ini tentunya memuaskan. Semoga kejayaan seperti ini akan diperolehi pada SPM yang akan datang.

Ibu bapa mana yang tidak bangga dengan anaknya. Ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anaknya. Semoga anak yang dikandung, ditatah, dibelai dan dibesarkan itu menjadi insan yang berjaya dan berguna hidupnya di dunia dan di akhirat.

Amin!

Sunday, December 20, 2009

Ibadurrahman

Surah Al Furqan-Ayat 63-77

63. Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;

64. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari Dengan sujud dan berdiri

65. Dan juga mereka Yang berdoa Dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahannam dari kami, Sesungguhnya azab seksaNya itu adalah mengerikan.

66. Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal Yang amat buruk

67. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.


68. Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

69. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan, -

70. Kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

71. Dan sesiapa Yang bertaubat serta beramal soleh, maka Sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya Dengan sebenar-benar taubat;

72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.

73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang apabila diberi peringatan Dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang Yang pekak dan buta.

74. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

75. Mereka itu semuanya akan dibalas Dengan mendapat tempat Yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan Selamat di dalamnya,

76. Mereka kekal di Dalam syurga itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

77. Katakanlah (Wahai Muhammad kepada golongan Yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa Ibadat kamu kepadanya; (apabila kamu telah mengetahui Bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka Sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (Ketetapan Tuhanku itu); Dengan Yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".
Bagi mereka yang masih tercari-cari apakah azam tahun baru 1431H/2010 nanti, bacalah ayat-ayat pada surah al-Furqan ini, semoga saudara dan saudari dapat menanamkan sifat-sifat orang yang diredhai oleh Allah ini. Insya Allah.

Thursday, December 3, 2009

Hospital Umum Sarawak.. revisited

Setelah satu tahun meninggalkan wad ortopedik di Hospital Umum Sarawak, saya kembali semula pada hari ini (khamis) untuk menemani dan memberikan sokongan dan semangat kepada isteri saya di sini. Isteri saya ditemani oleh anak buahnya Ana, telah berada di Hospital Umum Sarawak ini semenjak hari isnin yang lalu.


Dia telah mengadu ketumbuhan yang memang ada di lengan kirinya semenjak awal tahun lepas agak membesar dan menyebabkan rasa sakit. Hari ini adalah jadualnya untuk membuang ketumbuhan yang ada.

Kes-kes sebegini (kanser tulang/otot/ketumbuhan seumpamanya) memang akan dirujukkan di sini. Ini kerana pakarnya di sebelah Borneo ini hanyalah ada di Kuching Sarawak.

Syukur al hamdulillah, pembedahan berkenaan telah selesai. Selain keadaan isteri yang muntah-muntah selepas pembedahan kesan sampingan bius dan rasa sakit di lengan kesan pembedahan tersebut, semuanya selamat. Kena tunggulah esok untuk Prof Pang, Dr yang merawat isteri saya ni tengok dan periksa dan bagitahu apa perkembangannya.

He he..

Isteri dah tidor. Anak buahnya pun dah tidor di alas tidur yang saya bawa tadi. Terlupa pulak untuk diri sendiri. Tidur di lantai beralaskan selimutlah nampaknya.

Assalamualaikum.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Saya dan bagi pihak keluarga saya ingin mengucapkan selamat hari raya korban kepada semua ahli keluarga, sahabat dan kenalan sekalian.


Tahun ini ada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang telah berada di tanah suci Makkah menunaikan ibadah haji. Pak cik Bungsu Aziz, Saudara Zawawi Tiyunin, Dg Maimunah, Encik Hela Ladin dan Prof Madya Dr Shariff Omang. Semoga mendapat haji mabrur. Insya Allah.

Friday, November 20, 2009

CUTI SEKOLAH DAH !!!!

Musim cuti sekolah dah tiba. Anak-anak seronok sangat. Tak perlu bangun awal lagi. Boleh main PS2. Boleh tengok TV. Tak payah ke sekolah.

Jalan-jalan sempena cuti sekolah? Sehingga ini saya tidak ada rancangan. Sebabnya senang. Cuti saya kena dibatalkan kerana kena ikut PTK dan kerja yang banyak tak pandai habis-habis.

Buat anak-anak, selamat bercuti.

Lepas ni kena fikirkanlah jugak apa program nak dibuat bagi mengisi cuti sekolah ini.

Thursday, November 19, 2009

Seronoknya anak-anak kecil tu..

Pencapaian UPSR Meningkat - Alimuddin

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon-calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak 1 peratus berbanding 2008.

"Pencapaian keseluruhan nilai GPN telah meningkat sebanyak 1 peratus tahun ini.Pencapaian Cemerlang (semua A) telah meningkat kepada 9.51 peratus tahun ini berbanding dengan 9.19 peratus pada tahun lepas dengan jumlah perbezaan sebanyak 0.32 peratus.

"Pencapaian Baik (minimum C) pula meningkat kepada 63.03 peratus berbanding dengan 62.56 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.47 peratus. Manakala pencapaian lemah (semua E) telah menurun kepada 0.64 peratus berbanding dengan 0.66 peratus pada tahun lepas dengan perbezaan 0.02 peratus," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan UPSR 2009 di sini hari ini.

Beliau berkata pencapaian calon-calon luar bandar walaupun masih ketinggalan berbanding dengan pencapaian calon-calon bandar pada keseluruhannya juga semakin baik.

"Pada keseluruhannya, jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin dapat dirapatkan. Hal ini dapat dilihat daripada penguncupan beza antara bandar dan luar bandar bagi kesemua ukuran pencapaian calon pada tahun ini berbanding tahun lepas," katanya.

Perbezaan jumlah murid cemerlang luar bandar dan bandar pada tahun ini mengalami penguncupan sebanyak 3.64 peratus berbanding dengan 4.22 peratus pada tahun lepas.

Sementara perbezaan pencapaian baik di antara murid bandar dan luar bandar mengalami penguncupan sebanyak 5.55 peratus berbanding dengan 6.25 peratus pada tahun lepas.

Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Tamil telah menunjukkan peningkatan gred A yang tinggi iaitu sebanyak 3.6 peratus dan juga Matematik yang meningkat sebanyak 4.2 peratus, katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 506, 620 calon menduduki UPSR manakala pada tahun lepas sebanyak 507, 320 calon.

Di SABAH, sebanyak 9ll calon merekodkan pencapaian cemerlang gred 5A bagi semua subjek yang mencatatkan penurunan berbanding 995 calon pada tahun lepas.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan negeri Sabah Md Nor Md Sharif berkata Sekolah St Francis Convent, Kota Kinabalu muncul sekolah terbaik dengan 41 calon mendapat 5A diikuti Sekolah Yuk Chin di Tawau dengan 29 calon.

"Antara sekolah-sekolah lain yang mempunyai rekod cemerlang adalah SK St. Agnes, Kota Kinabalu iaitu seramai 30 calon, SK. St Monica, Sandakan sebanyak 27 calon seterusnya SK St. Patrick, Tawau iaitu 26 calon," katanya. BERNAMA 19 November 2009

Saya mendapat maklum di SK Tobobon, tempat anak saya belajar 19 pelajar UPSR telah berjaya mendapat 5A. Tahniah diucapkan kepada pelajar berkenaan, ibu bapa mereka dan juga kepada guru yang mengajar mereka ini.

Fakry, anak buah sebelah isteri saya juga telah menerima keputusan UPSR-nya. Tahniah juga tak kiralah apa keputusannya.

Usaha tangga kejayaan. Pergi ke sekolah dengan harapan, balik dengan kejayaan.

Yang keputusannya kurang menggembirakan.. usaha lagi.. masih banyak peluang.. tapi kenalah belajar daripada pengalaman ini...



Wednesday, November 18, 2009

Ranking Malaysia menjunam jatuh...

Perasaan sedih, malu dan tertanya-tanya..

Indeks Persepsi Rasuah tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Transperancy International menunjukkan Malaysia menduduki tangga 56 dengan indeks persepsi sebanyak 4.5 sahaja. Tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-47 dengan indeks 5.1. Tahun 2007 tangga ke-43 dengan indeks 5.0. Tahun 2006 tangga ke-44 dengan indeks 5.0.

Ini bermaksud tahun 2009 adalah merupakan prestasi terendah Malaysia dalam tempoh 4 tahun.

Rasa sedih kerana melihat tidak ada negara Islam yang menduduki tangga teratas indeks 2009 ini. Paling baik ialah Qatar (22), UAE (30), Brunei (39), Oman (39), Bahrain (46) dan Jordan (49). Arab Saudi yang kini sibuk menerima jemaah haji menduduki tangga 63.

Tak mengapa jika negara Islam dianggap lemah dalam bidang ketenteraan, ekonomi dan pendidikan. Tetapi apabila melihat laporan indeks berkenaan, nampaknya umat Islam juga dianggap lemah dalam jiwanya (spiritual). Saya yakin inilah antara dosa-dosa kering yang sedang ditanggung oleh setiap umat Islam kini.

Malaysia juga dalam status mediocre ini.

Maka apakah yang patut dibuat. Apa yang patut didahulukan. Apa yang patut diutamakan. Jihad utama Kerajaan kini ialah meletakkan keutamaan dalam 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Saya tidak pasti rakyat faham mengenai 6 bidang NKRA ini. Saya tahu Kerajaan melalui agensi-agensinya dikerah menyediakan KPI bagi bidang NKRA yang berkaitan dan memastikan ia tercapai. Persoalannya ialah adakah ia akan tercapai atau dilaporkan baik di kertas sahaja. Cukup berkesankah atau teraturkah pelaksanaannya.

Malaysia bolehlah belajar dari New Zealand, Denmark dan paling dekat Singapura bagaimana menangani masalah rasuah ini. Saya tak tahu.

Perkataan magik dan motivasi yang selalu orang guna.. " Orang lain boleh buat.. mengapa kita tak boleh buat".. mungkin hanya ditafsirkan seperti ini sahaja.. "Orang lain boleh rasuah.. mengapa kita tak boleh"..

Maka jadilah kita seperti Luncai terjun dengan labu-labunya..kita kata.. biarkan-biarkan.


Good Luck

Maka bermulalah lagi minggu peperiksaan SPM pada hari ini. Kepada semua calon-calon SPM selamat menduduki peperiksaan SPM dan selamat berjaya [siapa la yang baca blog ni.. hehehe].

Ain, anak buah sebelah isteri saya, juga adalah calon SPM pada tahun ni. Selamat berjaya.

Tak lah perlu risau, kerana apa yang telah diusahakan sebelum ini itulah yang akan kita dapat. Yang penting sekarang ni ialah banyakkan berdoa, solat hajat.. mudah-mudahan Allah akan melapangkan fikiran dan memberikan ketenangan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Saya masih ingat lagi pengalaman semasa menduduki SPM tahun 1989 dahulu. Itulah senjata paling hebat selain usaha berterusan membaca dan membuat latihan. Solat hajat tak tinggal setiap hari. Amalan yang paling tak tinggal ialah menelefon ibu dan ayah meminta restu dan doa mereka.

Selamat menjawab soalan. Selamat berjaya.

Tuesday, November 17, 2009

Lagi Pilihanraya

Utusan Malaysia Online - Politik

Pengundi Kota Siputeh akan membuang undi sekali lagi. Beginilah susahnya mencari pemimpin. Sudah diberikan amanah memimpin gagal pula menjalankannya. Kalau yang mahu menjalankannya pula, atas dasar prinsip pula, mahu meletak jawatan dan mencabar sesiapa sahaja untuk melawannya dalam pilihanraya kecil baru. Sedap mulut saja cakan macam tu.

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Slogan keramat. Hanya pemimpin dan wakil rakyat sahaja yang selalu lupa dan buat-buat tak faham dan tak nak terima slogan keramat ini.

Saturday, November 14, 2009

Atas nama Islam..

Agensi risik Pakistan dibom

PESHAWAR: Agensi risik Pakistan, Badan Risik Antara Perkhidmatan (ISI) menjadi sasaran terbaru militan apabila sebuah bom kereta diletupkan berhampiran bangunannya di sini membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.

Dalam insiden berasingan di sebuah pekan di barat laut Pakistan, lapan anggota polis terbunuh, serangan terbaru semakin rancak dilancarkan militan sejak tentera kerajaan mengadakan operasi ke atas kubu Taliban di Wazirisitan Selatan.

Letupan bom kereta di sini hampir memusnahkan bangunan pejabat tiga tingkat ISI dengan sebahagian daripada bangunan itu roboh.

Asap tebal menjulang ke langit selepas letupan kuat itu dan serpihan bangunan bertaburan, kata saksi.

Lima mayat kelihatan terbaring di atas jalan, kata wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

PASUKAN keselamatan Pakistan mengawal di luar bangunan ISI yang musnah akibat serangan bom kereta, semalam.

Peshawar dan beberapa bandar berhampiran semakin menjadi sasaran sejak tentera kerajaan melancarkan operasi ke atas kedudukan Taliban dan Al-Qaeda sebulan lalu.

Absar Ahmed, seorang pemandu teksi berusia 25 tahun, berkata beliau sedang memandu berhampiran bangunan ISI itu apabila kedengaran tembakan yang disusuli oleh letupan kuat.

"Kereta saya terhumban ke kaki lima akibat ledakan dan kepala saya terhantuk ke cermin depan kereta. Apabila saya toleh ke belakang untuk memeriksa penumpang saya, asap tebal mengisi ruang penumpang teksi saya," katanya di hospital.

Kenyataan tentera berkata bom kereta itu diletupkan apabila ia tiba di pos pemeriksaan tentera di Artillery Road 6:45 pagi semalam (waktu tempatan).

"Tujuh anggota tentera dan tiga orang awam terbunuh dan 60 cedera," kata kenyataan itu.

"Sehingga 300 kilogram bahan letupan dan mortar dimuatkan dalam kereta itu," kata ketua polis wilayah North West Frontier, Malik Naveed.

Dalam kejadian serangan kedua, seorang penyerang bunuh diri merempuh sebuah balai polis dengan keretanya yang sarat dengan bom di Bannu, barat daya Peshawar, membunuh enam anggota polis dan mencederakan 23 orang.

"Antara yang cedera ialah 17 anggota polis, tiga anggota separa tentera dan tiga suspek di dalam lokap," kata ketua polis Bannu, Iqbal Marwat.



Semoga segala yang berlaku di negara-negara Islam ini tidak berlaku di Malaysia. Sesama saudara seagama menumpah darah. Dah menjadi trend, atas nama Islam, halal menumpahkan darah, hatta ke atas sesama saudara seagama.

Mungkin perkataan kasih sayang dan perpaduan tidak ada dalam ajaran Islam. Atau ia hanya diamalkan dalam kelompok-kelompok manusia dan kepada mereka yang terpilih.

Berita pembunuhan dan pengemboman sebegini tidak akan berhenti. Mungkin akan menjadi semakin dahsyat. Maka selama-lamanya umat Islam ini ditakuti, disalah faham, dianggap paranoid dan dipersendakan. Umat Islam pula marah dengan keadaan sebegini, makin hebat dengan tabiat dan trend sekarang. Maka kisah ini tetap tidak akan tamat selamanya.

Wallahu a'lam.

Friday, November 6, 2009

BAGUSNYA KALAU SELALU BEGINI

Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta hargai kejujuran
06/11/2009 3:57pm Utusan Malaysia


PUTRAJAYA 6 Nov. — Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan. - Bernama



Tolak ketepi apa-apapun sentimen politik di sini. Alangkah seronoknya jika perkara ini berlaku selalu. Ramai yang akan mendapat faedahnya terutama kepada mereka yang tidak bernasib baik.


Sememangnya tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Ketika waktu ramai penjawat awam sedang menghitung hari menunggu hari gaji ketika ini, terfikir tentang pentingnya mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung keperluan dan hidup dalam keadaan selesa.


Lebih seronok lagi jika wang lebih yang ada itu dibelanjakan untuk tujuan-tujuan kebaikan dan kebajikan. Impaknya lebih besar. Jika ikhlas, pasti kebaikan melimpah ruah dijanjikan sebagai bekalan di akhirat nanti.


Maka rezeki makan gaji ini sememangnya hanya 10% daripada rezeki yang ada. 90% lagi diperuntukkan kepada mereka yang rajin berusaha dan tetap dalam perniagaan.


Banyak contohnya. Lihat sekeliling. Memang ada caranya. Tak percaya.. dah ada keluarga terdekat saya yang sedang mengecapi nikmat hasil 5 angka hanya dengan terlibat secara sambilan dengan produk kesihatan 4Lifenya. Tak lama.. baru 2 bulan mula.


Jadi apa lagi.. tepuk dada tanyalah selera. Selera besar sudah pasti besar belanjanya. Kalau dah tahu besar belanja, faham-fahamlah fikirkan cara mencarinya.. sudah pasti dengan secara halal dan baik.

Monday, November 2, 2009

JAIS oh JAIS


Kesian Dr Asri.. kena tangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah. Rujuk http://drmaza.com/home/ untuk mendapatkan gambaran sebenar.


Menghayati rukun negara ke-4 iaitu kedaulatan undang-undang, mereka yang melanggar undang-undang memang berhak untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Hanya apabila menangkap Dr Asri oleh pegawai JAIS ini, ia mendatangkan kehairanan yang teramat memandangkan beliau bolehlah dianggap sebagai tokoh agama di Malaysia ini.


Kejadian ini sememangnya mengundang perspektif negatif kepada pegawai agama, yang akan dianggap lekeh, hanya bersifat menghukum dan dangkal pertimbangan dan hikmah.


Dr Asri sememangnya tidak lekang dek isu-isu panas yang sering mengelilingi beliau. Fikrah dan pendapatnya sering dicabar, dicerca dan dilabel. Memang begitulah sunnahnya barangkali. Itulah yang berlaku kepada imam shafie, imam bukhari dan lain-lain ulama silam. Ketika hayat diserang, hanya setelah mati baru diingat dan disanjung.


Saya mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan juga kepada semua mujahid yang ikhlas menjunjung agama Islam yang suci dan mempertahankannya. Amin

Wednesday, September 23, 2009

Bahagia di Aidil Fitri


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Syukur sebanyak-banyaknya kepada Ilahi. Bahagia di hati kerana eidul fitri tahun ini masih dapat diraikan dengan meriah dan masih dapat juga disambut bersama ayahanda dan bonda berserta ahli keluarga yang lain.

Walaupun banyak perkara yang berlaku di sepanjang ramadan yang mulia yang telah pergi, alhamdulillah semuanya telah dapat dihadapi dengan baik dan tenang.

2 minggu meninggalkan isteri dan anak tercinta berada di negara orang. 2 minggu jugalah isteri dan anak-anak menghadapi ramadan bersendirian. Ini benar-benar satu pengalaman baru bagi isteri dan juga saya sendiri.

Syukur kepada ilahi juga, buat kali pertama 2 orang anak saya yang paling tua telah berjaya dengan mujahadahnya menahan lapar dan dahaga berpuasa. Bagi anak berusia 8 dan 7 tahun, ini memang kejayaan dan kemenangan besar mereka. Tahniah Farah dan Farhan.

Dalam kesukaran ada kesenangan. Meninggalkan isteri dan anak-anak selama 2 minggu tanpa ada pembantu rumah memang sukar terutamanya di pihak isteri. Entah macamana, usaha isteri dengan satu panggilan telefon membolehkannya mendapat seorang pembantu rumah. Bibi yang agak berusia tetapi masih kuat dan rajin. Tak pasti beliau boleh kekal selepas cuti raya ini. Hendak ke Sandakan pula.

Berpuasa di tempat orang pula tak kurang cabarannya. Tak tebal iman memang pecah puasa. Syukur tak lut dek pujukan suasana yang memang langsung asing dan berbeza dari tempat sendiri.

Apapun, sekarang dah 4 hari syawal. Memang gembira dan memang sambut raya sepenuh hati. Hari raya memang disambut meriah pada tahun ini. Disambut gembira dengan hati penuh syukur. Syukur dengan nikmat yang masih dianugerahkan.
Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Maaf zahir dan batin.

Friday, August 7, 2009

Pejuang agama

Al Marhum Sheikh Ahmed Hussein Deedat.. nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Malam Sabtu ini saya hanya duduk di hadapan komputer melayari youtube mendengar debat beliau dengan Bishop Wakefield sekitar tahun 90 an. dengan tajuk debatnya 'Was Christ crucified?'. Allahu Akbar!!.

Begitu gigih al marhum menjadi 'frontliner' agama Islam ini berhadapan dengan ulama-ulama Kristian. Setiap hujah dipatahkan dengan bersahaja. Menjadikan kitab 'Bible' sebagai rujukan utama mematahkan hujah lawan. Subhanallah.

Beradabnya kerana tidak ada sumpah seranah dikeluarkan. Tidak ada perkataan kesat dilontarkan. Hanya hujah menjadi peluru mematikan lawannya. Lawatilah ke laman web ini untuk mengetahui lanjut mengenai latar belakang almarhum-




Semoga Allah menambah lagi 'frontliner' yang sebegini. Saya cuba mengingati jika tahu wujudnya insan seperti ini di Malaysia yang ahli dalam bidang perbandingan islam kristian ini, dan aktif dalam majlis-majlis seperti ini.

Dalam keadaan teknologi canggih dan akses maklumat yang amat mudah pada zaman ini, tidak juga banyak tulisan-tulisan yang berkaitan mengenai perkara-perkara ini. Itulah cabarannya.

Golongan cerdik pandai agama, para da'ie dan mujahid ketika ini tak kira siapa juga kena 'keep up' dengan kumpulan ulama terdahulu. Pejuang-pejuang seperti zaaba, hamka, muhammad abduh, said annursi, maududi dan ramai lagi.

Siapa lah lagi yang akan mewarisi kerja nabi jika tidak oleh ahli cerdik pandai muslim ini. Tidak kira apa bidang pun, jika ia dapat menaikkan dan menjadi syiar kepada ketulusan Islam itu sendiri, maka silalah.

Kepada pejuang-pejuang dinul Islam yang suci ini, semoga istiqamah seperti yang telah dituntut ke atas kamu.


Petikan Debat antara Ahmed Deedat dan Bishop Wakefield

Tuesday, August 4, 2009

Tontonlah RTM1


Mulai 5hb - 12hb Ogos mulai jam 9.00 malam, RTM 1 (secara tradisinya) akan menyiarkan siaran langsung tilawah al quran peringkat antarabangsa.


Seruan saya, janganlah tukar channel lain sepanjang minggu ini. Dengarlah bacaan al quran daripada saudara-saudara kita yang datang dari pelbagai negara.


Ala bizikrillah tatmainnal qulub... mengingati Allah dengan sentiasa menyebutnya akan memberikan ketenangan kepada hati.. Insya Allah.





Saturday, August 1, 2009

IQRA'.. DENGARLAH.

Ini adalah bacaan surah al fatihah oleh imam-imam masjid di tanah arab. Dengarlah. Aminkanlah.


Ya Allah, rahmatilah diri kami dengan al-quran, jadikanlah al-quran sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat. Amin.



Friday, July 31, 2009

Tahniah Akmal, Yana. Tahniah Atuk dan Nenek Wan


Alhamdulillah, keluarga saya bertambah lagi seorang. Puas 9 bulan melihat adik bungsu saya mengandungkan anaknya yang kelima, akhirnya semalam 30 Julai 2009, telah selamat melahirkan 'baby girl' yang amatlah kiutnya. Ikut muka babah dan uminya juga. Saling tak tumpah.

Tahniah saya ucapkan kepada Akmal dan Yana. Kena juga ucap tahniah kepada nenek wan dan atuknya juga kerana menerima cucunya yang ke 14. Keluarga saya bukanlah keluarga yang besar. Kehadiran seorang lagi ahli memang ditunggu dan dinanti.

Syukur Alhamdulillah.

Friday, July 10, 2009

Perginya insan bernama Natrah

Natrah telah meninggal dunia. Kisah Natrah ini menjadi isu hangat sekitar 50an. Saya membaca kes ini sewaktu belajar undang-undang keluarga di universiti dahulu. Ia menjadi bahan rujukan kes utama dalam kes-kes penjagaan anak, isu domicile dan common laws.

Isu ini hangat kerana ia juga adalah isu agama. Akidah islam menjadi taruhan. Akhirnya digalang ganti dengan agama kristian. Lukanya amat dalam. 13 mati dan beratus-ratus cedera. Memang isu agama ini amat sensitif.

Hari ini tak ramai yang mengingatinya. Tak seperti matinya MJ dan Prince Diana yang dikenang setiap tahun.

Saya terfikir mengenai mereka yang terkorban ini. Berbaloikah atau sebaliknya. Wallahu a'lam.

ikuti url ini untuk kisah Natrah ini.
http://msomelayu.blogspot.com/2009/07/mengenangnatrah.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rusuhan_Natrah

Wednesday, July 8, 2009

Khabarnya di Surat Khabar...

PPSMI


Berita Harian: Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu.

Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.

My Comment:

Sah ajar sains dan ilmu hisab tukar ke bahasa melayu. Kayalah aku.. banyak kontrak boleh dapat ni. Kursus.. buku teks.. alat mengajar.. hahaha.. Si Luncai terjun dengan labunya... Biarkan... Biarkan.



****************
KISAH SEORANG YB

Berita Harian: SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi Kota Alam Shah, M Manoharan hari ini muncul buat pertama kali pada persidangan Dewan negeri selepas dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mei lalu berkata, beliau gembira dan teruja untuk memainkan peranan sebagai wakil rakyat.


Bagaimanapun, beliau kurang senang melihat rakannya yang juga Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok ketika menjalankan tugasnya pada persidangan itu. "Saya tengok Tuan Speaker (Teng Chang Khim) memakai songkok. Saya tidak bersetuju... kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya di luar daripada hari pertama persidangan dewan di sini hari ini.
My Comment:
Nak tengok orang yang akan huru harakan Malaysia? Tengoklah muka Manoharan. Dia nak orang Cina dan India tukar status kepada Bumiputera. Tak tahu dek untung. Dah bagi betis nak peha. Ramai pulak yang sokong YB tu.

Eloklah. Joloklah sarang tebuan. Manoharan! tukar status agama lah.. masuk Islam.. tinggalkan tuhan banyak kepala tu.. marahkan? macam tulah marah aku.

Saturday, July 4, 2009

Menjengah Brunei Darussalam

Brunei Darussalam, negera bersultan, kaya dengan hasil minyaknya. Rakyatnya dianugerahi limpahan nikmat dan kekayaan. Islam dijadikan tunjang akidah dan prinsip.

Orang Malaysia memang agak cemburu dengan negara ini. Cuba dibawa untuk merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963; tetapi ditolak oleh rakyat Brunei melalui gerakan Azharinya. Hanya pada tahun 1985 Brunei merdeka.

Apapun, negara ini makmur dek minyaknya. Negara ini bolehlah dikatakan negara yang menjaga rakyatnya.

Kunjungan 3 hari 3 malam saya di negara ini adalah untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf Universiti-universiti Borneo kali ke-dua yang kali ini dianjurkan oleh Universiti Brunei Darussalam. Lebih tepat lagi mewakili Universiti Malaysia Sabah sebagai pemain tenpin boling di kejohanan ini. Alhamdulillah pasukan bolimg ini berjaya membawa balik 2 emas 1 perak. Mission accomplished. He he..




Selain pingat tersebut ada lagi perkara berharga yang dibawa balik, sedikit pengalaman dan pengajaran. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

1. Negara ini bolehlah dikategorikan sebagai negara islam (daral Islam). Pemerintahan monarki ini amat menitik beratkan amalan dan syiar Islam. Saya tak nampak kedai loteri dan arak sepanjang berada di sini. Malah rokokpun tak dilihat dijual di mana-mana. Syiar Islamnya boleh dilihat dan dirasa di mana-mana tempat. Azan akan dikumandangkan di tempat-tempat umum apabila tiba waktunya melalui sistem pembesar suara. Hatta di dalam kapalterbangnya pun, kapal tidak akan terbang sekiranya doa naik kenderaan dan musafir tidak dibacakan.

2. Kereta di sini mewah-mewah belaka. Mungkin kerana tiada cukai tidak seperti di negara kita. Tol pun tiada. Jalanrayanya amat baik. Fakta menariknya ialah polis akan adakan sekatan jalanraya setiap hujung bulan setelah kebanyakan rakyat menerima gaji. Senang nak bayar saman nanti. Seperkara lagi pemandu di pekan dan di bandar amat berhemah. Pantang ada orang melintas jalan, pasti kereta berhenti memberi laluan.

3. Minyak adalah sumber utama pendapatan negara ini. Harga minyak Brunei adalah antara yang paling murah di Asia Tenggara. Tapi jangan bawa kenderaan sendiri yang tidak didaftarkan di Brunei. Harga minyaknya lebih mahal dan hanya boleh didapati dibeberapa buah stesen minyak sahaja. Sengsara juga kalau bawa kereta sendiri.

4. Kalau makan di sini carilah nasi katok. Nasi bungkus dengan ayam goreng dicampur dengan kuah sambal memang menyelerakan dan juga mengenyangkan. Harga murah sahaja iaitu sekitar 1 ringgit Brunei sahaja. Seperkara lagi, nasi di sini adalah dari jenis beras wangi sahaja. Beras nasional Bernas memang tak jumpa.

5. Bahasa menunjukkan bangsa.Bangsa Brunei berusaha mengekalkan tulisan jawinya. Papan tanda dan banting yang ada pasti dimulai dengan tulisan jawi dahulu sebelum diikuti dengan tulisan-tulisan lain.






6. Saya mencari-cari kawasan industri tapi mendapati industri perkilangan agak kurang di sini. Mungkin kerana masih bergantung sepenuhnya dengan sumber minyaknya.

Sunday, June 28, 2009

Sukaneka PASTI

Agak lama saya tak masuk ke dalam stadium bola sepak Likas. 1995 dan 1996 dahulu selalu datang ke sini untuk melihat pasukan Sabah bermain. Ketika itu kelibat Matlan Marjan, Scott Ole, Khairul Azman dll. Memang zaman kegemilanganlah masa tu.

Kunjungan saya hari ini adalah untuk meraikan hari sukaneka PASTI. Anak saya yang ketiga, saya masukkan ke PASTI KiNGFISHER. Sebelum ini di Tadika Ria Yayasan Sabah. Isteri dan saya memindahkannya ke PASTI ini oleh faktor 'convenient' memandangkan ketiadaan pembantu rumah semenjak Mei yang lalu.

Ramai juga yang datang. Maklumlah sukaneka ni dibuat di peringkat zon pantai barat. Meriah.

Tahniah kepada pihak PASTI.



Sunday, June 21, 2009

Kisah Cik siti

Cik siti ini kecil. Gelap badannya. Lincah. Cukup umurnya. Kewujudannya di rumah memang telah saya dan keluarga sedarinya sejak 2 bulan yang lalu. Tapi dik kesibukan tak lah sempat menyapa dengan cik siti ini.

Hinggalah ke hari ini. Sapaan kami kepada cik siti hanya mengundang keributan di rumah ni. Mungkin terkejut dengan sapaan kami, cik siti tak tentu arah berlari hingga mengejutkan anak-anak saya. Kecut perut isteri dan anak-anak.

Cik siti ni memang tak reti bahasa. Tak paham-paham tuan rumah minta dia keluar. Tak juga keluar. Degil. Kalau cantik tak pa lah juga.

Sekarang tengah sembunyi entah di mana. Posting ni kira 'eviction notice' 24 jam. Tak keluar juga, siaplah kau cik siti. Akan ku buru hingga ke anak cucu.

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa

Bagi yang bergelar bapa, selamat menyambut hari bapa. Jasa dan bakti bapa akan sentiasa dikenang. Selayaknya bapa didoakan kebaikan dan kebahagiaa di dunia dan di akhirat.

Hadiah ingatan jasa mereka pada hari ini bagus. Tak ada salahnya. Bagi yang mampu, berilah. Bagi yang telah tiada, pasti sedekah anak diperlukan. Sedekahilah alfatihah, doa dan berbuat kebaikan demi ayahanda tercinta.

Bagi saya, anak-anak sekecil 8 tahun pandai juga mangingati hari bapa ini dengan cara mereka. Alhamdulillah.

Friday, June 12, 2009

Ustaz Awang Mizan

Ucapan tahniah saya kepada ipar saya Suraya dan JJ kerana anak sulongnya dan berjaya khatamkan pengajian membaca Qurannya pada 7hb yang lepas.

Anaknya tu kira selesai pusingan pertamanya membaca alquran. Sedang dalam darjah 5, alhamdulillah, terang hatinya.

Saya mendengar bacaannya. Banyak lagi yang kena dipelajari. Harapannya ialah Awang Mizan ni mahu terus belajar alquran lagi.





Selamat berusaha dan berjaya Awang Mizan .

Wednesday, June 10, 2009

Ayah! Jomlah jalan.

Anak-anak saya beria-ia memujuk saya dan isteri untuk keluar jalan-jalan hujung minggu lepas. Ya lah, dah cuti sekolah tapi belum lagi ke mana-mana. Memerap di rumah saja.

Kesiankan mereka, saya bawalah ke Rasa Ria Resort selepas jumaat untuk semalam sahaja. Selesai check in, saya balik semula ke pejabat.

Tak apa. Puas juga bila tengok mereka semua amat senang hati. Saya tahu, aktiviti mereka di sana sudah tentu mandi kolam, mandi kolam dan mandi kolam.

Sementara ayahnya senyum sahaja. 'Nipis dompet aku.' sambil berkata dalam hati.




Saturday, June 6, 2009

DIRGAHAYU TUANKU...

Orang Sabah tiada Raja. Yang ada ialah Gabenor. Sekarang dikenal sebagai Yang Di-Pertua Negari Sebah. Mengikut perlembagaan negeri Sabah, YDP Sabah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Maka hari ini ialah Hari Rasmi Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong.

Dirgahayu Tuanku.

Thursday, June 4, 2009

Masih ada sinar...

Tak pasal-pasal kena saman oleh JPJ. Apa nak buat. Kalau dah buat salah, kenalah tanggung.

Ketika diinterbiu seketika oleh pegawai JPJ petang tadi, saya memang saspen. Banyak juga kesalahan yang saya buat. Fikiran jahat saya ialah pegawai ni mesti nak "dot dot dot" ni.

Tapi tak. Pegawai tu bagitahu dia taklah saman kepada semua kesalahan saya tu. Dia tulis kesalahan yang membawa saman yang paling rendah saja. Sambil tu kenalah syarahan free lebih kurang 2 minit. He he..

Isu besarnya ialah satu. Hari ini saya jumpa 2 orang lagi pegawai penguasa yang amanah dan jujur. Tatkala persepsi orang yang kian kuat mengatakan kakitangan kerajaan korap, sebenarnya ada lagi bahkan saya percaya ramai lagi yang tulus dan ikhlas.

2 pegawai ini saya bagi thumb up. Insya allah, surat pujian saya menyusul kepada ketua jabatan mereka ketika saya membayar saman nanti.

Wednesday, June 3, 2009

Insafilah musibah ini

Jaya supermarket roboh ketika kerja pembinaan dan pembaikan. Itu minggu lepas. Semalam pula mengenai kapalterbang Air France yang hilang dan dipercayai terhempas di Lautan Atlantik. Hari ini pula, stadium di Terengganu pula roboh. Macam bermusim pula.

Bagi mereka yang kehilangan sanak saudara saya ucapkan takziah. Kemalangan bila berlaku tidak lah dapat dihalang.

Hanya pasti ia berlaku dengan sebab-sebabnya. Sebab-sebab itulah yang perlu dita'kulkan. Mungkin faktor cuai. Mungkin ada unsur-unsur ketirisan, rasuah, tidak ikut prosedur dan peraturan.

Setiap kerja kita pasti ada natijahnya. Itu hukum alam. Baik kerja kita, baiklah natijahnya. Buruk kerja kita, buruklah natijahnya. Bertanggungjawab kita, kesan buruknya pasti minima. Begitulah sebaliknya.

Saya insaf dengan kejadian yang telah berlaku ini. Hanya insaf ini entah kekal atau akan menghilang seperti sebelumnya.

Manusia mudah lupa.

Sunday, May 31, 2009

Alumni ku

31 Mei 2009, dua majlis alumni saya telah hadiri. Tengaharinya alumni UIAM Sabah Chapter. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mokhtar and the gang yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis yang julung kali diadakan ini.

Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Prof Dr Sidek Baba dari UIAM dan hampir 70 orang bekas pelajar UIAM.

Insya Allah, alumni UIAM Sabah Chapterf akan berjaya didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan mesyuarat agongnya dapat dibuat selewat-lewatnya tahun hadapan.

Sampai masanya tenaga yang ada digembeling untuk memberi semula kepada masyarakat dan UIAM.






*****

Pada malamnya pula saya hadir majlis makan malam alumni SMU Limauan 77-88.

Berbeza dengan alumni UIAM, alumni ini digerakkan dengan kuatnya oleh bekas pelajarnya terutama pelajar generasi pertama dan keduanya.

Memang terharu apabila dapat berjumpa kembali beberapa rakan sekelas setelah 20 tahun.

Banyak yang telah berlaku sehingga kini. Namun memori SMU Limauan tetap kekal diingatan. Limauan, tempat bermandi lumpur. Ketawa dan menangis. Diajar dan dididik. Walau singkat. Jasa baktinya dikenang sentiasa.

Thursday, May 28, 2009

Tak payah baliklah

Ada rakyat malaysia yang sokong si Chin Peng dibenarkan kembali semula.

Tak payahlah. Dalam undang-undang jenayah, tidak ada batasan waktu. Lama atau tidak jenayah dilakukan tidak penting. Ia mesti dibicara dan dihukum. Hukuman kerana derhaka dan memberontak, memang berat.

Eloklah orang tua tu tak balik semula.

Ada orang kata maafkanlah kalau dia dah insaf. Itu bukan isunya. Isunya dosa yang dilakukan tetap perlu dihukum. Nyawa dibayar dengan nyawa.

Analoginya mudah. A bunuh B. A lari. 40 tahun kemudian, A kembali dan kata dah insaf. A kena juga dihukum mati tak kira insaf atau tidak.

Jadi ada siapa-siapa sokong Chin Ping balik dan nak sanjung jadi wira negara. Langkah mayat saya dulu.

Sunday, May 24, 2009

Shurga atau neraka

2 hari saya di genting highland kerana mengikuti satu kursus. Ini pertama kali sampai. Taklah excited sangat. Mungkin pasal umur yang dah meningkat ini.

Genting memang terkenal dengan kasinonya. Pernah jadi yang terbesar di Asia, sebelum diambil alih oleh Macau.

Tapi disamping sibuk mengejar kekayaan dunia, akhirat dilupa jangan. Lihatlah papan tanda di bawah dan fikir-fikirkanlah.

Malaysia memang hebat. Malaysia boleh!!!




Tuesday, May 12, 2009

HARI APA PULAK NI?

Petang semalam saya tidak sihat. Demam. Nasib baik ada sang isteri yang sabar melayan lakinya ni.

Pagi ini saya gagahkan juga bangun walaupun badan ni rasa amat tak selesa. Yalah, kena hantar anak ke sekolah di samping kena ke pejabat juga. Ada kerja yang tak boleh tidak kena selesaikan.

Semasa tengah macet di jalan, saya bukalah siaran kegemaran saya Sinar Fm. SY dan KE buka topik jururawat.

Rupa-rupanya hari ini ialah hari jururawat. Jadi, Selamat hari jururawat. Patut juga saya ucapkan ini kerana isteri, anak, bonda dan ayahanda saya adalah antara mereka yang pernah menjadi penghuni di wad hospital. Kiraan saya adalah dalam 50 hari keseluruhannya.

Walaupun dah jadi tugas, komitmen dan jasa mereka tetap saya sanjung. Pada kesempatan ini saya hadiahkan mereka lagu jamilah nyanyian sudirman. Iramanya saya tidak ingat. Tapi liriknya lebih kurang beginilah-

Misi saya mahu tengok tv
Misi kalau beri ubat saya lari
Misi saya mahu tukar seluar
Saya tak mahu mandi

he he.. Lirik seterusnya tak boleh tulis. Marah isteri nanti.

Saturday, May 9, 2009

Selamat hari ibu

Selamat menyambut hari ibu pada 10 Mei 2009.

Ibu,
Ratu hatiku,
Walau mulut membisu,
Wajahmu tetap di kalbu.

Ibu,
Sungguh kuat jeritan batinmu,
melihat gelagat anak-anakmu,
ditunggu tak kunjung melihatmu,
dikunjung tidak pula mengucupmu,
apakah derhaka benar anakmu,
dingin tak berlagu.

Ibu,
besar sungguh harapanmu,
agar anakmu mendukungmu,
pada hari-hari tuamu,
entah didukung entah tidak,
kau tetap menunggu

Ibu,
syorga di bawah tapak kakimu,
redhamu,
bahagialah anakmu
murkamu
celakalah jua anakmu.

Ibu,
apa perlu anakmu membalas
budimu?
Uwang? Kasih sayang?
Apa cukupkah itu ibu?

Ibu,
tak terbalas budimu,
baik uwang baik kasih sayang,

Ibu,
Pembalasan terulung
hanya redha ilahi
syorga untuk mu

anakmu ini memohon
hanya kepada-NYA.

Amin.


Anakmu
Khalifah72, 9 Mei 2009, 1.11 am.

Friday, May 8, 2009

Maka berdosalah mereka dan kita....

7hb Mei- Drama berulang lagi. Setiap tindakan ahli politik yang bergelar YB, yang kononnya mahu membela nasib rakyat, akan tetap bertukar menjadi medan perseteruan yang dahsyat. Itulah Perak pada ketika ini.

Tak kiralah siapa pemerintah pada ketika ini, BN atau PR, tak kiralah siapa speaker DUN, gelagat yang ditunjukkan amat memualkan bagi diri saya. Itu belum lagi meihat gelagat penyokong masing-masing.

Itu baru Perak. Saya dapat bayangkan dan dapat jangkakan apa berlaku jika rakyat benar-benar membahagikan 2 sokongan yang sama rata nanti. Negara ini pasti akan jadi seperti Perak. Penyokong pula akan jadi seperti di Thailand, satu pakai baju kuning satu lagi pakai baju merah. Pantang ada isu, berarak.

Amat klise sebenarnya bila kita berkata mengenai kesatuan, perpaduan. Itulah yang saya nampak di Perak. Macam mana nak bersatu dan berpadu kalau semua dah jadi hebat dan handal dengan peraturan dan undang-undang. Maka apabila undang-undang gagal untuk meleraikannya,sudah pasti masing-masing akan menggunakan pertimbangan sendiri. Peristiwa 7hb menyebabkan kerugian besar kepada rakyat marhaen. Apalah yang orang Perak dapat dengan perbalahan ini?

Maka banyaklah dosa kita. Dosa amanah yang gagal dijalankan, dosa berpecah belah, dosa kerana menyakitkan hati manusia, dosa kerana berlaku zalim, dosa kerana memaki hamun, dosa kerana melaga-lagakan satu sama lain, dosa kerana seronok dengan keadaan yang ada, maka bolehlah mengambil apa-apa kesempatan untuk diri sendiri,


Semua yang berlaku ini hanya akan dijadikan alasan untuk golongan politik ini melepaskan tanggungjawabnya yang sebenar, iaitu berkhidmat untuk rakyat.

YB-YB !! berkhidmatlah untuk rakyat. Bukannya sebok dengan hal teknikal dan undang-undang pasal siapa speaker, siapa yang boleh masuk dewan dan siapa yang berkuasa. Tak kenyang rakyat dengan isu undang-undang ni. Jika rakyat tak merasa sejahtera, susah, dan keloh kesah, masih ada PRU lagi. Pandailah rakyat nak menentukan. Buat masa ini, bantulah rakyat yang hilang kerja, yang ditimpa musibah, yang sedang dalam kesusahan dan kemiskinan, yang diulit kejahilan dan yang memerlukan.

Saya faham juga, macam mana nak bantu kalau tak ada kuasa. Kelemahan bukan alasannya. Banyak cara lain lagi. "tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh berlari, berjalan. Tak boleh berjalan, merangkak".

Mungkin patut juga virus A-H1N1 ada kat Malaysia sekarang ini. Mungkin taklah akan gaduh-gaduh lagi macam sekarang ni.

Nah.... Terlebih sudah...

Na'uzu billah.

Sunday, April 26, 2009

Orang baru

Tahniah saya ucapkan kepada Roslan,adik ipar saya dan isterinya yang telah melahirkan seorang anak lelaki di Hospital Likas awal pagi tadi.

Signifikan anak kecil ini lahir, ayahnya di Perak sedang mengambil kursus diplomanya. Lahir anak ini pula melalui pembedahan. Bukan bedah biasa. Oleh kerana baru disedari ada ketumbuhan dalam rahim ibu, maka pembedahan perut ibu dengan potongan menegak perlu dilakukan.

Begitulah perhitungannya. Mungkin juga ini sebabnya 'syurga itu di bawah tapak kaki ibu'.

Monday, April 20, 2009

KPI

KPI: Key Performance Indicator. Maka sepanjang 3 hari lepas, saya bersama-sama rakan sepejabat berkampung menyediakan KPI bagi UMS. Alhamdulillah, deraf pertama telah berjaya dihasilkan dan ia akan dijadikan panduan bagi semua kakitangannya.

Begitulah terperincinya. Apa yang ingin dicapai jelas dan ia boleh diukur.

Sekarang ini menteri kena buat KPI, semua jentera kerajaan diarah ada KPI, syarikat-syarikat ada KPI, orang politik pun ada KPI.

Mungkin sekarang dah sampai masa juga untuk masing-masing memikirkan KPI peribadi masing-masing. Apakah pula Teras Utama, Key Strategic Area , Objektif, Strategi dan Petunjuk Prestasi Utama dan impaknya bagi seseorang manusia? suami isteri? anak-anak? keluarga?

Sama-samalah merenungkannya.

Siapa yang dah siapkan secara bertulis, kongsilah dengan saya ya!

Thursday, April 16, 2009

Soal Jawab

Memang minggu ini agak menekan bagi ramai rakan pegawai saya di UMS. Minggu ini adalah minggu 2 audit iaitu audit sistem pengurusan UMS berdasarkan standard MS ISO yang dilakukan oleh pihak SIRIM. Dalam pada yang sama juga audit dalaman MQA juga dilaksanakan kepada banyak sekolah dan jabatan. Memang berasap!

Minggu ini juga berlangsung Ujian Tahap Kcekapan 1 bagi gred 41. Saya diamanahkan untuk menjadi ketua pengawas bagi ujian ini. Kesian melihat rakan-rakan pegawai yang bergelut menjawab soalan-soalan yang diberi dalam tempoh 3 jam itu.

Maka apabila selesai sesi ujian berkenaan, saya pun sajalah berseloroh kepada mereka dengan mengatakan bahawa hidup kita ini memang penuh dengan ujian sejak darjah satu sehinggalah kini. Mungkin tak perlulah risau kerana tahun ini adalah tahun terakhir ujian PTK dibuat secara bertulis. Lepas ni tak ada dah lagi.

Maka sekonyong-konyong terkeluar satu respon daripada salah-seorang daripada mereka iaitu:
" Memang yang terakhir di dunia. Tapi ada satu lagi ujian paling besar yang kena dihadapi lagi-ujian di Padang Mahsyar!!"

Hemm.. betul tu puan. Pasti.

Tuesday, April 14, 2009

Antara tanggungjawab dan takut

Berita SMS ke handphone saya berbunyi-

Sidang DUN Terengganu bermula jam 9.30 pagi adi menyaksikan lebih 10 kerusi Adun BN kosong, dipercayai ada kaitan dengan SMS ugutan bunuh.

Adun Terengganu akan boikot sidang DUN selagi tiada jaminan keselamatan berikutan SMS ugutan bunuh yang diterima mereka malam tadi.

MB Terengganu akan dipanggil berjumpa PM dan TPM bagi jelaskan isu sebenar 10 Adun yang boikot sidang DUN hari ini: Muhyidin

SUSK Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Wan Muda buat laporan polis nafi sebar SMS ugutan bunuh kepada tiga Adun BN

Najib arah ADUN BN yang boikot sidang DUN Terengganu supaya menghadiri persidangan kerana SMS ugutan yang mereka terima tidak sah

******

Apa dah jadi YB. Takut sangat dengan ugutan SMS tu. Mungkin ini dah melambangkan kehebatan manusia yang dipilih mewakili masyarakatnya yang digelar Yang Berhormat.

Malu juga lah saya. Perjuangan apa namanya baru terima ugutan SMS dah menceceh semua tinggal di bilik hotel dan tak hadir dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Patutnya lagi besar tribulasinya lebih kuat seorang pejuang itu. Paling teruk dari itu, semuanya manusia yang beragama Islam. Isy..Isy.. malunya... Tak ada semangat jihad dan perasaan nak mati syahid langsung mereka ni. Malaysia ni mungkin banyak sangat pengganas kut sehingga kes macam ni pun dah tunggang langgang menyelamatkan diri.

Saya sebenarnya paling anti melihat YB Karpal Singh. Tapi dalam kes ini saya kena tabik spring dengan Tok Karpal. Saya yakin hebat lagi cobaan yang dihadapinya. Tak ada apapun yang berlaku. Bukan setakat SMS, siap kena bagi peluru hidup lagi. Hidup lagi Yang Berhormat ni. Siap lagi dengan aksi hebat beliau di Parlimen. Singh is King.

Bagi 10 orang YB ni pula, mungkin kena nyanyi lagu 10 budak hitam.

10 budak hitam
Jalan tepi kolam
Satu jatuh kolam
tinggallah sembilan. (ulang 10 kali dengan pengiraan turun kira)

Jadi, mungkin benar juga kebimbangan Muhyidin yang bimbang isu ini akan menjejaskan pemerintahan BN di Terengganu.

Baik-baiklah ya.. 3 tahun lagi ni.

Ani.....

Dimaklumkan bahawa bermula 4 April 2009 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan kelak, saudari Ani Mattaang tidak akan bersama-sama keluarga saya kerana balik ke tanahair tercintanya Tanah Sulawesi untuk meraikan perkahwinan adiknya.. atau mungkin perkahwinannya sendiri..

Wawawaawawa..........

Kerja rumah kenalah buat sendiri. weck..

Monday, April 13, 2009

Beginilah nasib dirinya yang malang..

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan. Azilah dan Sirul bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Rayuan telah dibuat. Rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tak jalan juga, rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Tak jalan juga, see you in Padang Mahsyar.

Bagi manusia yang hakikat tugas kerjanya mengikut perintah dan arahan, mungkin inilah nasibnya.

Perlu demonstrasi, berarak di jalanan? Tak perlu.

Bak kata Tok Samad Janggut.. Tunjukkanlah protes anda di kertas undi nanti.

mmmm... 3 tahun lagi tu tok.

Status Quo

Mungkin cukuplah cerita pasal politik ketika ini. Tahniah kepada YB yang menang pilihanraya di 2 batu da 1 sungai itu. Status Quo.

Sekarang masa untuk bekerja menyelesaikan masalah rakyat. Yang dah janji tu, tunaikanlah janji-janji manis yang ditaburkan. Nak berjasa dan menabur bakti, berjasalah dan berbaktilah.

Pinjam kata Tok Hisyam.. tak payahlah nak jadi petualang. Pinjam kata Tok Guru Nik Aziz..jangan buat perkara yang 'memalukan'.

Saya pernah sebut sebelum ini, mungkin orag yang paling tidak boleh dipercayai ialah orang politik.

Wallahu A'lam.

************************

Saya doakan negara Malaysia tak jadi macam Thailand. Saya doakan juga negara Malaysia jadi negara Islam. Negara adil dan di bawah naungan Ilahi.

Saya doakan juga umat Islam dapat bersatu. Tidak berpecah belah. Mudah-mudahan tidak berlaku seperti percakaran di Palastin. Tidak juga berlaku seperti di Afghanistan. Tidak juga berlaku seperti di Pakistan. Apa lagi tidak berlaku seperti di Thailand.

Jaminkah negara ini tidak akan berlaku seperti negara-negara berkenaan. Jaminan siapa perlu saya dapatkan?

Apa bukti kebaikan?

30 Mac 2009: Perhimpunan Jabatan Pendaftar telah diadakan dan dihoskan oleh Bahagian Keselamatan di perkarangan Bangunan Keselamatan yang baru siap ini.

Maka berpesanlah Pendaftar kepad seluruh anak buahnya untuk berusaha gigih memberikan khidmat yang terbaik kepada UMS.

Suasana 'feel good' yang ada pada Jumaat yag lalu masih ada. Maka beliau bertanyalah kepada kami yang sedang kepanasan berjemur ini, apa bukti kebaikan yang telah kita buat?

Bukti kebaikan yag kita buat selalunya dapat dari maklumbalas yang positif dan baik daripada pihak ketiga. Maksudnya kita tidaklah merasa 'syok' sendiri sedangkan orang lain bercakap sebaliknya mengenai kita.

Mungkin juga.

Mungkin juga.

"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain"

Hari Ini Dalam Sejarah

27 Mac 2009: Saya fikir sejarah tersendiri telah dicapai oleh Jabatan saya apabila telah membolot 3 hadiah yang ditawarkan semasa berlangsungnya sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat UMS.


Saya yakin program pertandingan yang dianjurkan adalah tidak lebih daripada usaha pearik kepada kakitangan UMS untuk hadir meraikan program sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti ini.


Program sambutan ini telah dimulakan denga penghakiman terhadap sepanduk yang dibawa oleh setiap kontinjen. Seterusnya perarakan kontinjen bermula dari perkarangan letak kereta Masjid UMS menuju ke Dewan Canselor. Taklah jauh. Saya fikir sekitar 2 KM sahaja.


Majlis Sambutan diteruskan lag di dalam Dewan Canselor degan ucapan Naib Canselor dan Dekan Sekolah Sains dan Teknologi. Kemudiannya diisi dengan ceramah oleh Al Fadhil Ustaz Nicholas Sylvester. Ustaz Nicholas banyak bercerita mengenai pengalamannya sebelum memeluk Islam dan perjalanan dirinya hidup di bawah naungan hidayah Ilahi. Tak lama ceramahnya sekitar 30 minit sahaja. Mesejnya jelas dan mudah.


Program sambutan in telah diakhiri dengan pengumuman pertandingan-pertandingan yang dijalankan sempena sambutan maulidur rasul ini.


Walah.... Jabatan Pendaftar tanpa disangka diumumkan Johan bagi Kontinjen Terbaik, Sepanduk terbaik dan Peserta Paling Ramai.


Baguslah tu, adalah diharapkan ini semua tanda-tanda kemajuan dan kesungguhan Jabatan Pendaftar untuk membangun dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga UMS

Wanted, Pra-Sedar

Memang dah jadi lumrah dunia semuanya dijadikan berpasangan. Ada lelaki adalah wanita. Putih lawannya hitam. Siang berlalu malam menjelma. Miskin harta, selalu dipasangkan dengan kaya budi. Orang baik, mesti ada juga yang jahat.

Nak tengok macam mana contoh orang jahat, pergilah ke balai polis dan tengoklah papan kenyataan manusia-manusia 'wanted' ini.
Anda kenal orang ini? Kalau jumpa, laporkanlah kepada balai polis yang berdekatan.


Gambar ini diambil di balai polis Sentul, Kuala Lumpur ketika mengikuti mesyuarat Penggubalan Perlembagaan IPTA di Dynasty Hotel, KL pada 7-9 April yang lalu.



******
Pra-Sedar


Manusia memang boleh berkeadaan Pra-Sedar. Kita fikir tindakan kita wajar tetapi orang lain katatak kena. Apa pandangan anda dengan gambar ini.

Gambar ini diambil di balai polis Sentul pada 8 April 2009. Jangan Marah tuan!!!

Takziah 2

9 April 2009- saya telah memerima berita kematian saudara Azman bin Muhammad, pensyarah di Sekolah Sains Sosial, UMS. Saya bersama Prof Dr Amran Ahmed yang kebetulan berada di Kuala Lumpur telah menghadiri pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi.

Kepada isteri Allahyarham, Dr Kalsom yang juga kakitangan UMS, takziah diucapkan. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan Allah di makam orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat-Nya.
Saya tidaklah mengenali beliau secara rapat tetapi pernah berurusan dengan beliau apabila menguruskan PTK bagi gred B1 (jurugambar) pada tahun 2004 dahulu. Allahyrham telah banyak membantu saya dalam penggubalan soalan bagi gred ini dan juga menjadi pemeriksa kepada kertas berkenaan.

Saya difahamkan bahawa arwah telah menderitai penyakit Prostate Cancer sejak 2 tahun yang lalu. Penyakit ini mungkin telah merebak dan menjadi sebab kematiannya.

'Sesungguhnya setiap insan ini akan menemui dan merasai kematian'.'Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.'

Cuti Panjang

Mungkin lama juga saya tidak bercuti panjang dan menghabiskan cuti itu jauh dari rumah.

Alhamdulillah, rancangan bercuti balik ke kampung di Malaka menjadi kenyataan pada 14-19 Mac 2009 yang lalu.

Seronok melihat gembiranya anak-anak ketika itu.

Perasaan sayu juga timbul meihat atuk sebelah bonda yang sudah semakin uzur.

Terperajat melihat adat menjunjung pengantin hidup semula. Tahniahlah Zahia, sepupu saya yang bertemu jodoh dengan lelaki jawa Klangnya itu.

Sepanjang bercuti, tutup mata saja melihat duit yang ada habis dibelanjakan.

Paling sedih, apabila semua kenangan itu tak dapat ditunjukkan dengan sesiapa oleh kerana kamera yang dibawa tercicir entah di mana pada hari-hari akhir bercuti.

Wah wawa awaa...

Takziah 1

5 April 2009, Kakak kepada ayahanda saya telah pulang ke rahmtullah akibat sakit tua. Alfatihah kepada Allahyarhamah Hajah Dg Sarinah Marshid yang kami kenali dengan gelar Babu Inang.

Kepada ahli keluarga Babu Inang yang kini telah kehilangan kedua-dua orang tua mereka saya harap dapat bersabar dan banyakkanlah medoakan kesejahteraan arwah bonda dan ayahanda mereka. Tiada hadiah lain yang lebih baik, berguna dan hebat dapat diberikan kepada mereka selain daripada do'a anak kepada kedua orang tuan mereka.

Monday, March 9, 2009

Tahniah Angah

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik saya yang kini telah mempunyai rumah kediaman sendiri. Alhamdulillah, majlis kenduri kesyukuran dan masuk rumah telah selamat dijalankan pada petang tadi di kediamannya di Putera Perdana.

Maka, sesiapa yang masih tercari-cari rumah ketika ini mungkin bolehlah meninjau-ninjau kawasan perumahan berkenaan. Difahamkan masih terdapat lot-lot rumah yang masih kosong dan belum dibeli. Harganya sekitar RM220K sahaja.

Sunday, March 8, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat menyambut dan memperingati Maulidur Rasul pada 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul awal 1430H.

Sesungguhnya Allah dan Para Malaikatnya semuanya berselawat ke atas nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya (junjungan Nabi Muhammad S.A.W)

Menjadi amalan umat Islam untuk menyambut dan memperingati kelahiran baginda junjungan Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Salalam. Malah satu Malaysia bercuti untuk sebab ini.

Semoga hari cuti ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Kalau tak ada apa-apa aktiviti, ada baiknya kita membaca al Quran, memahami isi kandungan ayat yang kita baca, bukalah buku-buku hadis dan bacalah.

Kalau tak ada buku hadis, bolehlah buka di laman-laman web ini untuk menggali mutiara rasulullah.

http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/bukhari/index.html
http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/index.html
http://www.islamtomorrow.com/books/sahih_muslim/Muslim.pdf
http://www.muhaddith.org/hadith.html

Baca jugalah perjalanan sirah rasulullah. Banyak kitab-kitab yang membicarakan sirah rasulullah ini. Tak ada buku tu? isy-isy... tak patut. Kenalah beli. Kalau tak sempat atau tak ada duit, layarilah laman-laman web ni..

http://whizteenz.tripod.com/
http://www.scribd.com/doc/11134130/Sirah-Rasulullah-Syeikh-Nasaruddin

Semoga sambutan dan cuti sehari sempena maulidur rasul ini akan memberikan manfaat kepada kita semua.

Wassalam

Macam Roda

Kebelakangan ni, saya berpeluanglah ke Kuala Lumpur dengan agak kerap atas tugas rasmi. Kuala Lumpur memang dah banyak berubah.

Tempat yang saya tahu dan biasa pergi waktu belajar dahulu ialah kawasan Chow Kit, Masjid India, Bukit Bintang, Petaling Street dan Damansara Utama semuanya dah tak sama seperti dulu. Kecuali Chow Kit, semuanya makin hebat, happening dan macam-macam lagi.

Ketika semuanya makin hebat, Chow Kit masih seperti dahulu, malah mungkin agak tertinggal dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang lain. Saya ingat lagi pada tahun 1992-1993, selalu juga saya menapak berjalan kaki dari Kampung Baru sampai ke Chow Kit. Jauh tu. Dan bila sampai di Chow Kit, saya selalu singgah di Batu Road Supermarket yang terkenal jualan 'sale'nya setiap hari. Suasana memang bising dan bingit. Macam-macam lagu dengar, terutama dangdut indonesia.
Maka saya 'revisit' Chow Kit 2 minggu lalu dan dapati keadaan dah tak berapa sama dah. Batu Road Supermarket yang gah ketika itu dah tak ada dah. Tak ada yang ganti pun tempat tu. 'Happening' kawasan tu pun dah kurang, tak banyak dah lagi kedengaran Lagu-lagu dangdut. Adalah juga kedai TV mamak yang pasang lagu dangdut tu, tapi taklah macam dulu.

Begitulah hidup berpusing-pusing macam roda. Ketika gemilang maka beradalah di atas. Lama-lama akan ke bawah juga.
Mungkin saya terlau nostalgik dan mengharap tiada yang berubah, pada hal hakikatnya semuanya akan berubah. Hanya sebagai manusia, jika dah lama tak bersua, bila bersua, mestilah ada perbezaan.
Hanya kita sahaja yang perlu pilih dan pastikan perbezaan itu hendaklah lebih baik daripada sebelum ini.

Rakan Cop

Perasaan kita akan mudah marah jika melihat ada yang melanggar peraturan sedangkan kita beriya-iya berusaha mematuhinya. Contohnya ketika sedang berada dalam kesesakan jalan raya, kita dapati ada pemandu kereta yang selambanya memotong Q. Atau ketika kita berusaha tidak membuang sampah merata tempat, adalah pulak makhluk tuhan yang tak seksi pun yang selamba membuang sampah merata tempat.


Apa yang perlu kita buat? Satu ialah buat bodoh. Buat tak nampak dan tak kisah. Dua ialah kita kena bagi tahu pihak berwajib mengenai kesalahan yang dilakukan itu.

Maka saya amat senang hati bila saya terbaca poster PDRM mengenai pencegahan jenayah atau kesalahan-kesalahan ini melalui MMS. Tabik Springlah PDRM.


Maka barangsiapa yang menyaksikan sesuatu kesalahan itu sedang dilakukan, ambil saja handphone masing-masing dan sms sahaja kepada DAPAT (32728) memaklumkan kejadian jenayah atau kesalahan yag dilakukan. Bagi yang handphonenya canggih manggih tu, ambik gambar, dan hantarkan kepada mms@dapat.com.


Hanya bila dah laksanakan tanggungjawab tu, tak payahlah nak follow up dengan pihak polis, pandailah mereka menguruskannya.

Satu lagi, ambiklah video atau foto jika terjumpa sahaja, dan bukan paksa-paksa nak jumpa atau menyubuk atau sampai skodeng tepi kain orang.

Sunday, February 15, 2009

Bersusah-susah dahulu

Memang susah. Itulah ayat yang tidak boleh nak dinafikan sekiranya seseorang mahu berjaya dalam apa sahaja bidang.

Yang pipih tak akan datang melayang, Yang bulat tak akan datang bergolek.

Tidak ada 'short-cut' atau jalan pintas. Resepi kejayaan - sikap yang betul, kegigihan, berpengetahuan dalam bidang yang diceburi, usaha, tekun, semangat dan doa.

Maka apabila saya melihat seorang adik ipar saya sekarang bertungkus lumus dan berjinak-jinak dengan perniagaan, maka saya hanyalah berdoa agar segala usahanya itu akan membuahkan hasil dan berjaya. Sebulan lebih sudah beliau membuka kedai menjual plastiknya. Saya tahu harapannya menggunung tinggi untuk berjaya. Saya juga tahu, setinggi itu harapannya, setinggi itu jugalah cabarannya.

Insya Allah, anggota keluarga akan membantu sedapat yang boleh.

Saya tersenyum mendengar kata-katanya.. 'Dah tahu susah, taklah boleh malu-malu lagi..'. Nah, semangat dan sikap tu dah betul dah. Mantapkanlah pula ilmu-ilmu perdagangan, perniagaan pula. Banyakkan mendengar, kuatkan sifat sabar..


*******


Sesiapa yang datang ke pekan Membakut, pasti akan jumpa papan tanda ini. Singgah-singgahlah. Kedai adik ipar saya ini menawarkan bungkusan-bungkusan plastik dengan harga yang amat istimewa. Juga menawarkan produk-produk DCL.
Jomlah.. datang!!!!




Kasih Sayang

Saya baru sedar bahawa Februari ini telah di'tag'kan sebagai bulan kasih sayang. Secara khusus 14 Februari diperingati sebagai 'Valentine Day'. Maka ramailah manusia yang menjadikan tema hidup mereka pada bulan Februari ini sebagai bertemakan 'kasih sayang'.

Paling ketara ialah siaran TV. Banyak juga filem-filem yang ditayangkan bertemakan 'kasih sayang'.

Apa-apalah....

Saya dan isteri juga mendapat kad valentine daripada anak saya yang masih tadika satu. Cantik. Confirm cikgu dialah yang buat.

Kasih sayang.. hanya ironinya sedang itu dilaungkan.. mudah juga manusia menyakiti dan membunuh manusia yang lain. Maka jadilah manusia berwajah Yahudi berhati syaitan sekonyongnya meratah manusia di bumi Palestin itu.

Dengan kasih sayang, kita hanya mampu melihatnya sahaja. Oh.. sayang...

Monday, February 9, 2009

MengapaYahudi Bijak

Saya menerima emel daripada seorang sahabat saya di Kuala Lumpur. Tulisan yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Carr Leon, dari USA. Saya forwardkan sahaja untuk faedah bacaan dan renungan. Fikir-fikir kan lah.

*****************************

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, 搃a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah 厖 tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
[b][/b] Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

FINISH.