Friday, October 28, 2011

HIMPUN.


HIMPUN. Selamatkan akidah kita, akidah anak cucu kita. Biar mati meninggalkan dunia ini asalkan iman kepada Allah, rasulnya tetap kekal dan utuh.

Thursday, October 20, 2011

End Game

Laman facebook sekarang pasti padat dengan cerita Gaddafi. Esok pagi laman depan akhbar pasti dengan kisah sejarah ini. Sama seperti Saddam Hussin tergantung mati. Setelah 42 tahun memegang kuasa, hari ini berakhir mutlak regimnya terkulai di atas jalan raya dan di bandar kelahirannya sendiri. Disambut dengan tembakan senapang ke udara dan pasti tiada `alfatihah' kepadanya.

Begitulah penamat pada 'end game' kisah Libya ini. I wish all the best to the people of Libya. Semoga Libya pasca Gaddafi lebih maju, aman, dinamik, demokratik dan progresif.

Hanya sebagai ingatan bahawa jatuh bangun kita atau seseorang itu adalah lumrah di dunia ini. Kerajaan zalim akan runtuh. Kerajaan Islam juga boleh runtuh. Itu disebut Allah. Dibuktikan melalui sejarah dunia semenjak Adam sehingga kini.

[Katakanlah : “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. ](al imran ayat 26)

Segala kejadian dan peristiwa ini perlu dijadikan teladan dan sempadan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 9, 2011

Muhammad bersukaneka.

Muhammad bersukaneka di Karambunai Lagoon. Seronok. Tapi gambar nampak Muhammad tak berapa berseronok sangat. Mungkin rindukan uminya yang 'miss' sukaneka ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4