Friday, September 30, 2016

Peringatan untuk Diri Sendiri

Untuk Mu Anak Ku

Tahukah Kamu Nak..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya..

Jangankan Sehari Lima Waktu.. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.. Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya..

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah.. Ataupun  Amerika.. Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.. Dengan Semangat Yang Membara..

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh.. Walau Telah Bergelar PHD..

 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Anak Ku.. Bila Sejak Kecil Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid.. Kerana Bagi Kami.. Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling Kami Banggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

 Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Lakukanlah Walau Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu..