Monday, July 30, 2012

Kepintaran Manusia


Manusia memang pintar. Bumi akan terus berpusing hinggalah kiamat. Dunia bukanlah setakat kita. Tanpa kita, dunia masih bergerak.

Berhentilah merungut. Buatlah sesuatu. Buatlah sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.

Ya. Buatlah sesuatu wahai diri yang mudah lupa dan alpa.

Sunday, July 29, 2012

Sekitar iftar kami.

Siapa gerangan lelaki berbaju  melayu merah itu? Chef Zam. Khabarnya terkenal. Mungkin kut.








Monday, July 23, 2012

SELAMAT BERPUASA


Alhamdulillah. Bersua lagi di bulan ramadan al mubarak. Maka berpuasalah seluruh umat Islam.

Berpuasalah kerana ia adalah perintah. Berpuasalah semoga menjadi orang bertaqwa.
Beramallah di bulan puasa semoga amal diterima Allah s.w.t.

Monday, July 2, 2012

Sepanyol menang

Tanyalah siapa yang pernah menang dalam satu- satu pertandingan. Lain perasaannya. Yang kalah akan rasa pedih. Yang menang rasa 'top of the world' dan rasa hebat.

Apa lagi kalau kemenangan itu akan beri moral yang cukup tinggi pada orang lain.

Justeru, inginkan kemenangan itu adalah baik. Think like a champion, act like a champion and you will be the champion.

Maka kemenangan apa yang kita inginkan.

******************

Sepanyol menang lagi. 3 kali berturut-turut menang kejohanan utama. Tahniah Sepanyol.

*******************

Malaysia pula bagaimana kesudahannya dalam kelayakan piala Asia bawah 22 tahun. Semoga maju jaya Malaysia.