7hb Mei- Drama berulang lagi. Setiap tindakan ahli politik yang bergelar YB, yang kononnya mahu membela nasib rakyat, akan tetap bertukar menjadi medan perseteruan yang dahsyat. Itulah Perak pada ketika ini.
Tak kiralah siapa pemerintah pada ketika ini, BN atau PR, tak kiralah siapa speaker DUN, gelagat yang ditunjukkan amat memualkan bagi diri saya. Itu belum lagi meihat gelagat penyokong masing-masing.
Itu baru Perak. Saya dapat bayangkan dan dapat jangkakan apa berlaku jika rakyat benar-benar membahagikan 2 sokongan yang sama rata nanti. Negara ini pasti akan jadi seperti Perak. Penyokong pula akan jadi seperti di Thailand, satu pakai baju kuning satu lagi pakai baju merah. Pantang ada isu, berarak.
Amat klise sebenarnya bila kita berkata mengenai kesatuan, perpaduan. Itulah yang saya nampak di Perak. Macam mana nak bersatu dan berpadu kalau semua dah jadi hebat dan handal dengan peraturan dan undang-undang. Maka apabila undang-undang gagal untuk meleraikannya,sudah pasti masing-masing akan menggunakan pertimbangan sendiri. Peristiwa 7hb menyebabkan kerugian besar kepada rakyat marhaen. Apalah yang orang Perak dapat dengan perbalahan ini?
Maka banyaklah dosa kita. Dosa amanah yang gagal dijalankan, dosa berpecah belah, dosa kerana menyakitkan hati manusia, dosa kerana berlaku zalim, dosa kerana memaki hamun, dosa kerana melaga-lagakan satu sama lain, dosa kerana seronok dengan keadaan yang ada, maka bolehlah mengambil apa-apa kesempatan untuk diri sendiri,
Semua yang berlaku ini hanya akan dijadikan alasan untuk golongan politik ini melepaskan tanggungjawabnya yang sebenar, iaitu berkhidmat untuk rakyat.
YB-YB !! berkhidmatlah untuk rakyat. Bukannya sebok dengan hal teknikal dan undang-undang pasal siapa speaker, siapa yang boleh masuk dewan dan siapa yang berkuasa. Tak kenyang rakyat dengan isu undang-undang ni. Jika rakyat tak merasa sejahtera, susah, dan keloh kesah, masih ada PRU lagi. Pandailah rakyat nak menentukan. Buat masa ini, bantulah rakyat yang hilang kerja, yang ditimpa musibah, yang sedang dalam kesusahan dan kemiskinan, yang diulit kejahilan dan yang memerlukan.
Saya faham juga, macam mana nak bantu kalau tak ada kuasa. Kelemahan bukan alasannya. Banyak cara lain lagi. "tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh berlari, berjalan. Tak boleh berjalan, merangkak".
Mungkin patut juga virus A-H1N1 ada kat Malaysia sekarang ini. Mungkin taklah akan gaduh-gaduh lagi macam sekarang ni.
Nah.... Terlebih sudah...
Na'uzu billah.
1 comment:
Sabar beyanka En. Awang. Memang agak mual melibat karenah politik dan YB2 berkenaan baik di pihak BN mahupun PR. Bila la agaknya mereka ini sedar ya bahawa tanggungjawab dan amanah perlu didahulukan. Mana perginya sokongan mrk2 ini terhadpa slogan yg dilaungkan oleh PM : 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan....?
Post a Comment