Sunday, January 30, 2011

Jipun manang..


Final Australia vc Jepun memang menarik. Akhirnya Jepun menang Piala Asia untuk kali ke-4. Pemain berpengalaman lawan Pemain muda. Akhirnya berpihak kepada Pemain muda. Pemain bertubuh besar dan sasa lawan pemain bertubuh kecil. Akhirnya berpihak kepada pemain bertubuh kecil. Sistem permainan ala Inggeris lawan permainan bersistem eropah. Akhirnya berpihak kepada sistem eropah.


Tahniah kepada Jepun. Walaupun saya lebih menyokong Australia sebenarnya. Bukan apa, mengenangkan orang Australia ni banyak juga jasanya kepada Malaysia semasa penjajahan Jepun di Malaysia dahulu walau apapun niatnya. Mereka inilah jadi orang hadapan mempertahankan negara. Mereka inilah juga yang ramai terkorban.




Saturday, January 29, 2011

Selamat Mengundi Orang Tenang

Kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor kini sedang meriah dengan kempen pilihanraya kecilnya. Antara Tok Ai atau Normala, siapa yang akan menang? Kita tunggu esok, hari pemilihannya.

Orang Tenang dah penat kut dengar kempen sana sini. Esok datang mengundilah.. tak kira apa cuaca lah. Asal tidak membahayakan nyawa, datanglah.

Lepas ni Merlimau pula..

Selamat Mengundi, selamat berkempen semula selepas tu....

P/S.. tak tahulah bila masa nak buat kerja menjaga negara, sepanjang tahun duk kemaruk pilihanraya kecil.. Kena buat sesuatulah SPR!!! habis duit rakyat untuk hal ni saja...