Thursday, January 29, 2009

Online Petition

Saya forwardkan isu ini untuk pertimbangan dan tindakan saudara/i yang membaca blog ini. Saya telahpun menyokong dan menandatangani petisyen secara online ini.



Terima kasih.



____________________






Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia telah melancarkan "online petition" bagi mendesak Kerajaan Malaysia, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil langkah-langkah mengasingkan barangan jualan haram dan halal di pasaraya dan kedai runcit di negara ini.


Petisyen tersebut berbunyi:

* * * * *
Menginsafi bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang agama dan bangsa;
Menerima keperluan menghormati pegangan agama dan kepercayaan satu sama lain sebagai asas keharmonian; dan


Menyedari bahawa terdapat pasaraya dan kedai runcit yang mencampuradukkan pameran dan jualan barangan haram di sisi Islam, khususnya produk babi (contoh: kasut) dan arak, telah menimbulkan rasa was-was dan kurang senang pengguna Islam.


Maka kami, yang menandatangani petisyen ini menyokong Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia bagi mendesak Kerajaan Malaysia, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar untuk:


(1) Menentukan barangan halal dan haram di pasaraya dan kedai runcit dipamerkan menggunakan rak, peti sejuk atau kotak secara berasingan.


(2) Memastikan label yang jelas dan terang bagi menandakan barangan haram yang dipamerkan di pasaraya dan kedai runcit.


(3) Mensyaratkan pengendalian jualan barangan haram, terutama sekali produk babi dan arak, dilakukan oleh kakitangan bukan Islam.


Terima kasih.


* * * * *


Oleh itu, saya menyeru saudara/i untuk menyokong petisyen ini. Sila tandatangan sokongan di http://www.petitiononline.com/macom/petition.html


Sekiranya kita dapat mengumpulkan sejumlah tandatangan yang cukup besar, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia akan mencetak dan menghantar petisyen ini kepada Kerajaan Malaysia, semua Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini.


Kita berharap dengan adanya petisyen ini, pasaraya dan kedai runcit akan mengasingkan pameran dan jualan barangan halal dan haram, sekaligus menghilangkan rasa was-was di kalangan pengguna Islam.


Saya juga memohon semua bloggers untuk membuat hebahan mengenai petisyen ini di blog masing-masing.


Terima kasih atas sokongan anda.

2 comments:

bobo said...

saya amat setuju dengan apa yang disarankan agar prodak halal dan haram ini diasingkan.mungkin bagi orang dewasa kita bolah mempastikan halal dan haram sesuatu barangan itu samada pakaian atau makanan, tapi bagaimana dengan kanak-kanak yang belum arif tentang halal haram ini.saya sokong penuh cadangan ini

Unknown said...

Iya. Kita buatlah apa yang mampu dibuat. Sokong apa yang baik.