Malam minggu ini Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah menyaksikan penyerahan Tabung NSTP untuk Gaza berjumlah RM10.7 juta
Alhamdulillah.
Saya yakin jumlah sumbangan rakyat Malaysia ini untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza khususnya pasti lebih besar daripada itu. Sekurang-kurangnya Malaysia sepatutnya menghulurkan sumbangan sebanyak RM27 juta untuk Gaza ini dengan mengambil kira RM1 sumbangan setiap rakyatnya. Mengambil kira jumlah RM10.7 juta ini, rakyat Malaysia baru menyumbangkan RM0.40 sahaja.
Maka sesiapa yang masih belum membuat sumbangan itu, masih belum terlambat. Sudah pasti menyumbang tenaga membantu mereka yang memerlukan ini tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan kita. Namun sumbangan wang ringgit, Insya Allah, akan banyak membantu meringankan beban dan rakyat Palastin di Gaza kini.
Sumbanglah, dengan nama Allah, dan atas sifat kemanusiaan.
Bagi orang Islam, mungkin dah jatuh hukum wajib membuat sumbangan ini dan juga mendoakan kesejahteraan dan kemenangan mereka. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment