Saya memang berterima kasih dengan CUEPECS kerana perjuangan mereka menyebabkan penjawat awam di Malaysia sentiasa mendapat rezeki melalui bayaran bonus dan kenaikan gaji oleh Kerajaan.
Kini Cuepecs sedang mengusahakan kenaikan pangkat bagi lebih 400,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua.
Hanya dalam ketika krisis ekonomi ketika ini, saya fikir isu ini tidaklah perlu ditekankan oleh pihak Cuepecs kepada Kerajaan. Kakitangan kerajaan perlu bersyukur mereka masih mempunyai pekerjaan dan dijamin bayaran gaji setiap bulan.
Pandangan saya ialah Cuepecs perlu lebih membantu Kerajaan untuk sama-sama berkongsi idea kaedah peyelesaian krisis ekonomi sekarang ini. Bukan memberi tekanan untuk Kerajaan mengeluarkan lebih belanja.
Kini Kerajaan membenarkan kakitangan sokongannya untuk berniaga. Maka Cuepecs perlulah mengambil peranan untuk mendidik kakitangannya berniaga. Saya fikir tak salah. Lebih baik mengajar bagaimana menangkap ikan daripada asyik diberikan ikan.
Fikirkan ini. Tambahan gaji dari kenaikan pangkat ini hanyalah RM 50 -RM 100. Pasti berniaga akan membolehkan kakitangan mendapat lebih daripada jumlah ini. Jika bernasib baik, mereka ini maju dalam perusahaan mereka dan berani meletakkan jawatan. Sudah pasti kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka ini dapat diisi oleh mereka yang memerlukan.
2 comments:
rasanya cuepecs bukan nak memaksa kerajaan, cuma menuntut yang hak.tapi waktu dan keadaan semasa yang nampak mereka seperti menekan kerajaan.cam manapun kita kenalah bersyukur dengan apa yang ada. sesungguhnya negara kita masih lagi dilimpahi rahmat dpd yang esa. sama-sama kita memohon kepadanya supaya negara bertuah ini akan sentiasa diberkati.
Iya.. saya tak nafikan memang itu antara peranan Cuepecs. Tapi lebih baik juga lagi peranan itu diluaskan. Sementara menuntut hak, bagi lah juga apa-apa cadangan kepada Kerajaan untuk meningkatkan prestasi Perkhidmatan Awam selain menumpukan faktor motivasi seperti kenaikan gaji, bonus dan kenaikan pangkat.
Terima kasih kerana memberikan maklum balas.
Post a Comment