Friday, December 5, 2008

Tabahnya anak ini.


Tatkala rasa bosan, rindu begitu menggamit perasaan, tengahari ini kami mendengar suara anak kecil di wad sebelah. Wad kanak-kanak. Begitu hafal dia lagu-lagu pop mutakhir dan amat lancar dan riang nyanyiannya untuk beberapa lagu.

Kami semua amat senang mendengar keriangan anak ini.

Rupa-rupanya anak ini juga dari Sabah. Dari Kinarut. Mengejutkan lagi dia di sini tanpa ditemani ibu bapanya.

Menurut cerita, ibu bapanya bukan warganegara. Orang suluk. Queen hospital merujukkan kes anak ini ke sini kerana dikhuatiri kanser tulang di lengan tangannya. Tiket dah dibeli, sampai imigresen airport, ibu bapanya tidak dibenarkan naik kapal terbang. Anaknya pula lepas. Nasib baik ada kawan bapanya di Kuching ini yang membawanya ke sini.

Kami salut anak kecil ini yang tidak pernah menangis sepanjang seminggu lebih dia di sini. Malah sentiasa ceria.

Norhana, nama anak kecil ini. Kehadirannya di wad ini banyak mendorong ibu bapa lebih kuat menjaga anak mereka tanpa banyak merungut.

Isteri saya berkata, kalau anak ini pun boleh, maknanya yang dewasa ini patutlah lebih tahan lagi.

Semoga Norhana cepat semboh dan cepat kembali ke pangkuan orang tuanya.

No comments: