Pada ketika ini, jamaah haji sedang melaksanakan wuquf di Arafah. Alangkah indah dan bahagianya mereka melaksanakan ibadah ini. Menjadi tetamu Allah di tanah suci.
Wuquf di Arafah melambangkan keadaan di padang mahsyar nanti apabila semua manusia akan dikumpulkan untuk dihitung berat ringan amalan mereka. Amalan sama ada mereka ini digolongkan sebagai golongan kanan atau kiri, maimanah atau masyamah, muflihun atau mukhsirun, ahli syurga atau neraka.
Oleh itu, ibadah wuquf ini memang signifikan dalam ibadah haji sehingga ia menjadi rukun haji.
Wuquf juga bermaksud berhenti sebentar. Sedang jamaah haji wuquf, saya dan isteri juga wuquf dan bermukim di sini. Sedang jamaah haji tawaf dan sa'ie, saya juga tawaf dan sa'ie di sini. Hanya tak sampai 7 pusingan. Memang ibadah yang di fardhu ilahi ini hidup. Setiap gerakan dan aktivitinya boleh menjadi refleksi gerakan dan aktiviti harian kita.
Sebab itu, apa saja perbuatan ini hendaklah diniatkan 'lillahi ta'ala'. Barulah tidak rugi dan menjadi ibadah.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment