Friday, December 5, 2008

Penerangan madam Angelia

Pagi hari kedua, madam Angelia, datang berjumpa isteri saya. Beliau adalah antara orang terawal yang ditemui oleh isteri saya pada ketibaan kami di hospital semalam.

Madam Angelia ialah pembantu kepada Prof Pan yang merupakan pakar dalam 'musculo skeleto tumor' atau ketumbuhan di otot dan tulang. Prof Pan kini menghadiri persidangan sehingga hari ini. Saya tak tahu lagi bayang rupanya sampai sekarang.

Madam Angelia menerangkan panjang lebar mengenai apa yang akan berlaku.

Ketika ini mereka tidak mau buat apa-apa kesimpulan. Isteri perlu dibiopsi terlebih dahulu.

Worst case scenario? Kawasan tumor perlu dibuang. Buat pemeriksaan keseluruhan bagi menentukan tahap penyakit. Rawatan kimo. Dan perlu 'review' di hospital ini selama 5 tahun. Mungkin akan lebih banyak 'operation'.

Na'uzu billah min zalik.

Apapun, madam Angelia memang baik dan mesra pesakit. Isteri saya bimbang tapi lega kerana telah faham segala kemungkinan.

No comments: