Awal November ini saya mengalami minggu yang tidak menyenangkan dan serba tidak menjadi.
Pertama: Saya jatuh sakit, demam kuat. Doktor kata kerana tonsel (betul ke ejaan tu?) yang membengkak. Mula hari isnin sehinggalah ke selasanya.
Kedua: Tak cukup dengan itu, dua anak lelaki saya juga jatuh sakit, demam kuat, juga kerana tonsel yang membengkak. Juga start isnin sampailah pagi tadi. Lepas jumpa doktor pada paginya, ingat bolehlah nak berehat sedikit.. entah macam mana, petangnya pula, anak saya kedua tu mula menangis dan tergaru-garu diri tangannya yang nampak dah merah tu. Pergi ke klinik sama lewat petangnya pula, doktor pula tiada dan hanya akan sampai pada pukul 7 malam. Jadi malamlah dihantar ke klinik.. isteri yang bawa.. saya dah terbungkam dah waktu tu.
Ketiga: Allah maha menyayangi, nenek sebelah isteri saya juga telah meninggal dunia pada pagi isnin 3 November. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh allahyarhamah. Saya tidaklah begitu rapat dengan allahyarhamah, tetapi saya tahu dan maklum sangat bahawa di tangan beliau, anak-anaknya, cucu-cucunya kini semua adalah merupakan orang-orang yang baik dan dihormati.
Keempat: Saya menghadiri upacara graduasi anak kedua saya yang tamat Tadikanya. Seronok melihat anak ini menjadi 'bintang' pada hari itu. Ada ambik videonya dengan handphone nokia saya yang mahal tu. Balik ke rumah dan nak dilihat semula, baru tahu, semua video yang diambil tidak di'save'kan dengan sempurna. Ya Rabbi, apa dah jadi ni...... :.(
Kelima: Ditengah-tengah 'kejadian' ini, paip air di rumah kami pula pecah. Tak ada airlah maknanya tu. Saya tengah demam, isteri saya perlu ke sekolah, anak saya yang sulung kena ke sekolah, 2 lagi anak saya lagi juga demam tak bermaya, yang bungsu pula, tak ada apa.. blur tengok semua terlentang baring di ruang tamu.
Apapun, orang paling setia dan senyum saja sepanjang waktu ini ialah isteri saya. Saya tahu dia tak cukup tidur menjaga kami 3 beranak ni. Kesian. Syukur alhamdulillah, nampaknya keadaan beransur baik ketika ini. Mungkin saya kena memasak untuk isteri bagi ucapan terima kasih ini... atau .. belanja ja makan kat luar. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment