Saturday, November 8, 2008

The Unsung Heroes

Dalam apa-apa perjuangan, memang akan ada yang kalah dan akanada yang menang. Orang yang berjuang untuk apa-apa tujuan, akan ada yang dikenali dan ada yang tidak dikenali dan selalu pula dilupakan dan ada juga yang ditikam semula dari belakang.

Memang itulah selalunya yang berlaku. Bagi mereka yang berjiwa ikhlas, dilupai tidaklah memberikan apa-apa kesan terhadap dirinya. Tetapi ia tidak selalunya berlaku, kerana bagi mereka yang telah dilupai ini selalunya akan bertindak balas dengan cara yang paling disangkakan.

Apabila saya melihat berita bahawa Raja Petra telah dibebaskan keluar dari ISA setelah berjaya dalam prosiding 'habeas corpus'nya, saya berfikir bagaimana pula dengan ramai lagi yang masih di dalam sana. Mungkin Raja Petra mempunyai peguam yang hebat dan beliau atau penyokongnya mampu membiayainya, namun bagaimana pula tahanan yang lain, yang tidak mampu itu.

Saya teringat kisah pemandu teksi melayu di Kuala Lumpur yang pernah saya tumpangi teksinya sedikit masa lalu. Pemandu ini mendakwa pernah terbabit dengan perisiwa Mei 69 dulu dengan sokongan seorang ahli politik berpengaruh.

Entah apa silapnya, beliau dan ramai lagi telah ditahan tanpa bicara. 2 tahun meringkuk di Kamunting. Bukan main-main marahnya dengan ahli politik ni. 'Melayu tikam Melayu' katanya.

Dalam dunia pemandu teksi, dia pun berjuang menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan antaranya ialah isu pemberian permit teksi kepada beberapa syarikat besar sahaja dan bukan individu, juga isu saham pemandu dalam syarikat berkenaan, isu caruman Perkeso, kisah beliau ditawarkan wang berjuta ringgit untuk mendiamkan isu-isu berkenaan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya/berhenti dari menjadi exco persatuan.

Akhirnya, beliau mendakwa keputusan PRU-12 Mac lalu adalah juga kerana gerakan pemandu-pemandu teksi ini yang berusaha keras. Jika tidak kerana 'colleague' di Johor tidak ingin masuk campur, sudah tentu Johor juga jatuh.

Puas sudah hati pemandu ini, akibat tidak diambil peduli, 2 tahun dipenjara, hingga menjadi pemandu teksi hingga ke tua.. tapi dia dah kembali....

Saya fikir moral ceritanya.. Akar umbi perlu dilindungi dan dipertahankan dan dijadikan keutamaan terlebih dahulu, agar ia subur dan kukuh, barulah batang, dahan dan daun akan kekal kuat dan sihat. Akar umbi..the unsung heroes.

Wallahua'lam.






No comments: