Monday, November 17, 2008

Tamatnya sesi sekolah 2008

16 Disember 2008: Sekolah Agama Rakyat tempat anak perempuan saya belajar agama telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Khatam Quran. Sedar tak sedar, ia juga menandakan tamatnya sesi sekolah tahun 2008 ni dan bermulalah cuti panjang sekolah.

Alhamdulillah, tamat tahun 1, Farah anak perempuan saya akan ke tahun 2 tahun hadapannya. Pencapaiannya sederhana sahaja. Tapi ada peningkatan pada semester 2 berbanding semester 1.

Pada Majlis Penyampaian Hadiah berkenaan, Farah menyertai kumpulan nashid mempersembahkan 2 buah lagu. Saya tak pasti sama ada ibu bapa dan hadirin dapat menghayati lagu nasyid yang dipersembahkan, kerana suasana memang bising dan gawat.. maklumlah masa tu semua anak-anak yang terlibat dan berkumpul. Ustazahnya pun dah tak kuasa melarang mereka..

Saya minta Farah lirik lagu nasyid yang dinyanyikan berkenaan, dan beliau nyanyikan sementara saya menyalinnya. Saya tak tahu kumpulan asal lagu ini, namun bagus untuk renungan..

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya

Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua
Melayar samudera

Keimanan juga Ketaqwaan
Rahsia mereka
Mencapai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
tempoh di tangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
merubah mengangkat maruah

Adakah kau lupa
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia

Adakah kau lupa ...





No comments: