Thursday, November 20, 2008

Hayya bina nu'min bis sa'ah

19 November 2008, tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya membawa Sheikh Yusuf Estes dari USA datang ke bumi Sabah ini dan memberikan ceramahnya bertajuk 'Science and Common Sense - Islamic Perspective'.

Awal juga saya dan isteri saya datang ke majlis berkenaan yang pada ketika itu hanyalah petugas sukarelawan sahaja yang ada dan sedang sibuk melakukan persiapan terakhir. Penelitian saya ialah kaum hawa yang berusaha gigih di belakang tabir program wacana ilmu ini.

Apapun, kandungan dan kaedah ceramah yang diutarakan oleh 'the funny syeikh' ini amatlah menarik dan berkesan kepada para hadirin. Memulakan dengan pengertian Islam, kemudian menyentuh tentang sandiwara ahli saintis yang sememangnya sudah mempunyai pandangan tersendiri, langsung mengarahkan penyelidikannya kepada apa yang ia percaya dan terakhir kemudiannya menceritakan apakah perspectif Islam dalam memperkatakan tentang Islam.

Saya salute dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh beliau memperjuangkan agama Islam ini. Kegigihan beliau memberikan kefahaman ajaran Islam bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi lebih penting lagi ialah kefahaman mengenai Islam kepada yang bukan Islam.

Benar nukilan bicara beliau-

i. Ramalan Rasulullah bahawa di akhir zaman, umat islam banyak seperti buih di lautan, tetapi tetap sahaja ditindas dan berada di bawah.. hanya kerana penyakit umat Islam.. yang cintakan dunia dan takutkan mati.

ii. Sebaik-baik dakwah ialah Dakwah bil Hal.. dakwah melalui tauladan..

iii. Islam itu bermaksud... a. Surrender b. Submission c. Sincere d. Obligation e. Peace

iv. Alquran yang diturunkan 1400 tahun yang lalu adalah sebesar-besar bukti menunjukkan keesaan dan kebenaran ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w.

Apapun, penerangan mengenai Islam ini banyak disemadikan di dalam beberapa laman web beliau.. http://yusufestes.com/ , http://islamtomorrow.com/. Mudah-mudahan usaha beliau ini diradhai Allah swt dan dibalasi selayaknya seperti yang dijanjikan oleh-Nya.

Hayya bina Nu'min bis sa'ah.. marilah bersama-sama kami, kita beriman walau sesaat.

No comments: