Sunday, October 5, 2008

Diari Cuti Aidil Fitri 2008


Cuti Aidil Fitri ni saya balik ke kampung mentua saya. Balik 29hb September, buka puasa di sana dan solat tarawikh. Yang balik sama ketika itu hanyalah adik ipar saya Rosli & keluarga. Seperti yang dijangkakan, 30hb memang tidak raya lagi. So solat tarawikh 20 rakaat yang terakhir di surau Kg Saga-saga. Solat exprsess, jam 8.20 dah selesai tarawikh dan witir.

30 September,
Keadaan memang agak mencabar, maklumlah puasa ramadan terakhir. Hari memang panas terik dan panasnya hinggalah ke maghrib. Melawat dan membersihkan kubur nenek di Pasir Lebar. Selesai dalam jam 12.00 tgh. Boleh tahan jugalah puasa hari terakhir ni.
Hari ni juga hari sedih buat kelaurga jiran rumah lama di Batu 3, Cikgu Majin, telah meninggal dunia pada pukul 5 lebih di hospital Beufort. Jenazah belau sempurna dikebumikan pada malam tu juga. Sedalam-dalam Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah yang menyambut syawal dengan penuh sayu kehilangan ayahanda yangamat disayangi. Semoga Allah mengampuni dan mencucuri roh allahyarham. Amin.

1 Oktober,
Solat sunat aidilfitri di Surau Kg Saga-saga. Solat pada pukul 7.20 pagi. Memang meriah pagi raya ni. Selesai solat, berkumpul di rumah mertua dan berbalas salam dan maaf. Jam 10.00 pagi bertolak ke rumah ayahanda di meruntum untuk meraikan hari pertama di sana.
Sebelah petangnya kami balik dari Kota Kinabalu menuju semula Ke Membakut.Dah maghrib dah waktu tu. Jadi berkesempatanlah menengok panorama malam sepanjang jalan yang dipenuhi lampu 'kalalait' dan cucul. Paling mengejutkan ialah pertunjukan bunga api sekali sekala sepanjang perjalanan. Pelik juga raya kali ni kerana bunga api yang polos bukan yang kecik-kecik tapi jenis yang besar macam bunga api 31 Ogos. Memang kena siasat sebenarnya siapa dalangnya. Saya fikir memang orang yang ada kuasa dalam kerajaan/kerajaan tempatan juga. Memanglah meriah, tapi nampak sangatlah lanun darat ni bermaharaja lela mengutip duit tanpa cukai di bulan ramadan ni.
Melayu, Orang Islam, di Malaysia, macam tulah. Kita marahkan kerajaan kerana naikkan harga minyak, dan barangan yang semakin mahal harganya, tapi, masih tetap boleh beli bunga api, mercun yang harganya lagi mahal dari minyak. Hmmm... orang cina mesti garu kepala tengok orang melayu begitu gah menyambut hahri raya.
Dalam perjalanan sempatlah mengunjungi 2 rumah wajib kunjung pada syawal ni, Bungsu Sirat dan Pak Kurus. He he, jadilah tu kut.





2 Oktober,
Hari raya kedua dimulakan dengan kunjungan ziarah ke Taman Firdausi arwah ayahanda mertua. Yasin dan doa dibacakan. Mudah-mudahan Allah mencucuri roh allahyarham dan semua roh-roh yang berada di sana. Setelah itu, mengunjungi rumah bonda arwah mertua, rumah Abang sapli, rumah mertua Roslan sebelum lawatan ziarah terpaksa ditunda kerana hujan lebat. Syukur kerana hujan turun setelah lebih 7 hari tidak turun hujan.




3 Oktober,
Hari ketiga hanya 3 rumah sahaja sempat dikunjungi, rumah arwah mama si Lia, Babu Ameng dan Abang Wasli. Hari Jumaat. Kemeriahan tu masih terasa walaupun demam raya dah beransur kurang.

4 Oktober,
Hari Keempat, saya dan keluarga balik ke Kota Kinabalu semula. Singgah ke rumah abang ipar saya yang mengadakan rumah terbukanya, lepas tu beraya ke rumah Babu Dayang, sebelum terus ke rumah ayahanda bonda di Meruntum untuk tidur semalam. Sempat lagi malam tu berjalan raya ke rumah cikgu syuhada di SMK Tansau. Tak lah banyak berjalan raya tahun ni, urus kerenah anak menyebabkan hasrat berjalan raya sakan tu terpaksa ditahan-tahan.
5 Oktober,
Bergerak balik ke rumah. Sempat juga singgah ke rumah nenek dusun sebelah isteri. Memang sedih tengok keadaa nenek ni, rumah kecil, dan agak 'independen' walaupun umur mencecah 80 tahun. Apapun, setelah itu, terus ke rumah yang ditinggalkan seminggu.
Esok... kerja... whoaaaaaaaa....

No comments: