Tuesday, October 28, 2008

AYAT-AYAT CINTA

Beberapa hari ini saya menghabiskan waktu malam saya membaca sebuah novel karangan Habiburrahman Saerozi yang berasal dari Indonesia. Disebut novel ini sebagai Novel Pembangun Jiwa. Tajuknya .. "Ayat-ayat Cinta".

Sebenarnya tajuk ini telahpun diadaptasi ke dalam filem yang telah ditayangkan di TV 3 mengikut adik ipar saya. Beliaulah yang selalu menceritakan bahawa novel dan filem ini amat mengesani di lubuk hatinya.

Mendengarkan tajuknya sahaja, saya fikirkan, ini mesti cerita orang bercinta (orang muda kata 'tangkap leleh'. Tetapi saya tersilap kerana tema yang diutarakan adalah merupakan tema Islam, yang mengungkap erti cinta sejati makhluqnya kepada khaliqnya, dan juga mujahadah melaksanakan ajaran Islam sebagai cara hidupnya.

Sememangnya saya tersentuh dengan novel ini. Membacanya memang membangunkan jiwa untuk kembali 'on track' dan 'recharge' dalam menghadapi kehidupan ini. Saya ingin melihat bagaimana novel ini diadaptasikan ke dalam filem.. agak saya mungkin kurang menjadi.. tapi mahu juga mencari CD nya. Penyanyi terkenal di Indonesia 'Rossa' telah menyanyikan lagu temanya. Saya ada dengar di radio sekali. Agak syahdu.

Dah puas berjalan di KK ini.. Tak jumpa juga.

Bagi mereka yang belum kahwin tu, saya memang rekomenkan membaca novel ini.. mudah-mudahan, ceritanya menjadi panduan kita semua.

Berikut ialah sinopsisnya novel ini. Selamat membaca...

Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

3 comments:

Norti Sirin said...

waah minat gak u cete tu ka.. sia suka lagunya jak..cete x tgk abih..

mzn said...

memang ceritanya agak menarik.sy suda tingu ni crita la tapi blm baca novel...rasanya kalau baca novel dulu baru tingu cerita mungkin lebih memberi kesan...memang best ceritanya. sy ada CD lagunya ja hehe

Jurry said...

mmm cerita ini mengharukan. Jiwang juga rupanya saudara kita ini...semua adlah panduan dan pengajaran yang bisa memberikan kita untuk maju dan berfikir...bukan begitu?