Tinggal 4 hari lagi ramadan. Memang dah tak sabar menanti hari raya aidil fitri yang bakal tiba. Bagi saya dan keluarga, memang mendoakan tiada apa aral yang berlaku yang mungkin boleh menjejaskan kemeriahan hari raya pada tahun ini.
Apabila hampir syawal ini, saya selalu tekenang kepada rakan-rakan yang menyambut syawal tanpa ibu bapa tersayang. Saya tahu Wazir memang masih mengenangkan arwah ibunya. Begitu juga Haznain yang juga kehilangan ibunya. Kedua-dua mereka kehilang bonda yang tercinta pada bulan ramadan ini. Saya doakan mereka ini agar tabah dan sabar dengan segala yang telah berlaku.
Saya memang tidak akan faham gelora perasaan mereka kerana sehingga ini kedua ayahanda dan bonda saya masih ada. Bonda mertua pun masih ada. Untuk itu, perasaan ini lebih girang daripada mereka.
Apapun, persiapan tahun ini boleh kata sederhana sahaja. Yang kerja kuat di rumah ni ialah isteri yang tercinta. Buat Kuih, bakar kek, bersihkan rumah dan macam-macam lagi. Saya insya Allah akan membantu mula hari sabtu ni. Jadualnya apa lagi, kemas rumah, kemas rumah dan kemas rumah. MMM... harap saya ada kekuatan untuk hari-hari mendatang ini.
No comments:
Post a Comment