Saya bolehlah dikategorikan sebagai golongan yang suka tengok TV. Bad habit ini nampaknya sukar saya hapuskan apatah lagi, kini stesen TV dah berpuluh dengan adanya ASTRO. Cuma saya agak sukar untuk menonton apa-apa rancangan TV dari Indonesia.
Sudah tentu ada pengecualiannya. Sepanjang bulan puasa lepas, saya berpeluang menonton satu siri Indonesia yang sebenarnya pernah ditayangkan sebelu ini di stesen Aruna Astro. Walaupun menontonnya sekejap-sekejap, saya masih dapat menuruti plot cerita siri ini. Tajuk siri ini ialah ..'Wah... Cantiknya'. Dilakonkan oleh Tamara Bleszynski, Anjasmara, Nani Wijaya, Ponco Buwono (saya tak kenalpun dorang ni.. nama lelaki ke perempuan tu..?).
Apa yang saya paling tertarik ialah perwatakan seorang lelaki dewasa yang 'bodoh', orang arab kata 'safih', yang bernama Cecep yang begitu menjadi dilakonkan oleh aktor lelaki utamanya. Kalau tak pernah nampak aktornya dalam keadaan biasa, mungkin kita akan ingat pelakonnya memang betul-betul 'retarded'.
Plot ceritanya mudah.. seorang wanita kaya bernama Kartika yang mendapat wasiat daripada bapanya yang telah meninggal dunia, bahawa dia akan menerima harta kekayaan bapanya jika dia berkahwin dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kematiannya. Kartika yang serik dengan lelaki, berjumpa Cecep, seorang pemuda yang mempunyai fikiran budak 10 tahun, dan berkahwin dengannya supaya mudah dia menceraikannya setelah mendapat harta peninggalan arwah bapanya...
Apa kesudahannya, saya pun tak tahu.. kena tengok lagilah cerita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment