Farah Najiha (dia panggil diri dia 'awah', pelat la tu), anak pertama lahir pada April 2001, di hospital Queen Elizabeth, berat dilahirkan 2.4 kg. Kena Jaundis (kuning) yang agak tinggi iaitu dalam 412 Jauh lebih tinggi dari tahap biasa 80-120. Jadi apa lagi, dalam keadaan baby tu dah kena buat 'blood transfusion' tak cukup sekali, dua kali. Masa tu, memang terserlahlah watak sebagai bapa mithali, ulang alik ke hospital melawat isteri dan anak sulung ni. Alhamdullilah, Farah kini dah 7 tahun dah. Dah Darjah satu di SK Tobobon.
Farhan Najwan (dia panggil diri dia 'a an'), anak kedua lahir pada 2 September 2002, (masa tengah sibuk dengan SUKMA di Sabah. Nak ja bagi nama dia 'Sukma sakti', tapi kesian lak dia nanti bila dah besar. Lahir juga di Hospital Queen Elizabeth, berat dilahirkan 3.5 kg. Yang kesiannya ialah umminyalah kerana terpaksa dipotong (caesarian)-kerana tak reti duduk diam dalam perut walaupun dah nak keluar. Alhamdulillah, tiada masalah besar semasa baby. Cuma berat badannya memang tahap heavyweight. Sekarang dah berumur 6 tahun, berat 35 kg. Memang berat. Tak larat nak dukung lagi dah. Hanya merisaukan kedua ibu bapanya, ialah sampai sekarang tidak pandai baca lagi. Tahun depan dah nak darjah satu dah. mmmm......
Farihin Najmi (dia panggil diri dia 'i in'), anak ketiga lahir pada Mac 2004. Pun lahir di Hospital Queen dan lahir secara caesarian juga. Yang ni pula sebab beratnya waktu lahir ialah 4.2 kg. dan juga umminya kena minor darah tinggi. Yang ni perangainya lain sikit, kegemarannya ialah semua yang digemari oleh kakak, abang dan adiknya. Maknanya suka berebut apa sahaja. Kompetetif la tu. Insya Allah, tahun depan masuk tadika 1 walaupun cakap masih banyak pelatnya.
Muhammad (tak pandai cakap lagi), lahir pada Julai 2006 kat Hospital Likas. Yang ni ok lah buat masa kini. Apa saja kita minta tolong dia mest buat walaupun dia 'have no idea'.
Apapun, memang saya selalu doakan mereka ini menjadi anak soleh yang akan berjuang untuk agama, bangsa dan negaranya suatu hari nanti. Amin.
1 comment:
uopxxcaTahniah la En. Awg atas lahirnya blog baru...selamat datang ke dunia bloggers. Thx for inviting me to your blog - zue.
Post a Comment