Friday, September 26, 2008
Ramadan di hujung, Syawal bakal menjelma
Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pendaftar
Wednesday, September 24, 2008
Anak-anakku
Farah Najiha (dia panggil diri dia 'awah', pelat la tu), anak pertama lahir pada April 2001, di hospital Queen Elizabeth, berat dilahirkan 2.4 kg. Kena Jaundis (kuning) yang agak tinggi iaitu dalam 412 Jauh lebih tinggi dari tahap biasa 80-120. Jadi apa lagi, dalam keadaan baby tu dah kena buat 'blood transfusion' tak cukup sekali, dua kali. Masa tu, memang terserlahlah watak sebagai bapa mithali, ulang alik ke hospital melawat isteri dan anak sulung ni. Alhamdullilah, Farah kini dah 7 tahun dah. Dah Darjah satu di SK Tobobon.
Farhan Najwan (dia panggil diri dia 'a an'), anak kedua lahir pada 2 September 2002, (masa tengah sibuk dengan SUKMA di Sabah. Nak ja bagi nama dia 'Sukma sakti', tapi kesian lak dia nanti bila dah besar. Lahir juga di Hospital Queen Elizabeth, berat dilahirkan 3.5 kg. Yang kesiannya ialah umminyalah kerana terpaksa dipotong (caesarian)-kerana tak reti duduk diam dalam perut walaupun dah nak keluar. Alhamdulillah, tiada masalah besar semasa baby. Cuma berat badannya memang tahap heavyweight. Sekarang dah berumur 6 tahun, berat 35 kg. Memang berat. Tak larat nak dukung lagi dah. Hanya merisaukan kedua ibu bapanya, ialah sampai sekarang tidak pandai baca lagi. Tahun depan dah nak darjah satu dah. mmmm......
Farihin Najmi (dia panggil diri dia 'i in'), anak ketiga lahir pada Mac 2004. Pun lahir di Hospital Queen dan lahir secara caesarian juga. Yang ni pula sebab beratnya waktu lahir ialah 4.2 kg. dan juga umminya kena minor darah tinggi. Yang ni perangainya lain sikit, kegemarannya ialah semua yang digemari oleh kakak, abang dan adiknya. Maknanya suka berebut apa sahaja. Kompetetif la tu. Insya Allah, tahun depan masuk tadika 1 walaupun cakap masih banyak pelatnya.
Muhammad (tak pandai cakap lagi), lahir pada Julai 2006 kat Hospital Likas. Yang ni ok lah buat masa kini. Apa saja kita minta tolong dia mest buat walaupun dia 'have no idea'.
Apapun, memang saya selalu doakan mereka ini menjadi anak soleh yang akan berjuang untuk agama, bangsa dan negaranya suatu hari nanti. Amin.
Tuesday, September 23, 2008
Produktiviti
Yang mengikuti kursus tersebut hanyalah 14 orang sahaja daripada jumlah 24 orang yang telah 'confirm' untuk hadir. Penceramahnya ialah saudara Edward Binty dari MPC Sabah.
Saya tidaklah mahu membicarakan mengenai kursus berkenaan tetapi terfikir apabila melihat suasana kampus yang amat tenang semasa bulan ramadan ini. Waktu bekerja disusun semula dan kakitangan muslim boleh balik pada pukul 4.15 petang. Tidak banyak aktviti yang kelihatan di papan tanda jalan yag disediakan oleh pihak keselamatan. Banner pun hanya ada dua. Itupun dipasang oleh pihak Masjid.
Mungkin perlu dibuat kajian mengenai produktiviti kerja di bulan ramadan ini. Sepatutnya produktivitinya meningkat. Bukan sekadar aktiviti-aktiviti kerohanian, tetapi juga aktiviti lain. Pada pandangan saya, pada bulan ramadan ini produktiviti kerja kakitangan UMS memang agak menurun. Semua perancangan yang nak dibuat mesti buat lepas raya. Mungkin bagus juga kalau sepanjang ramadan ni diisytiharkan cuti. Atau kakitangan yang beragama islam, bulan puasa ini yang patut ambik cuti lama-lama.