Sunday, July 10, 2011

LAHIR SEBUAH NEGARA















Negara baru Sudan Selatan

JUBA 9 Julai - Beribu-ribu penduduk di selatan Sudan menari sepanjang malam bagi meraikan kemerdekaan wilayah tersebut yang muncul sebagai sebuah negara terbaru di dunia hari ini, yang turut menyaksikan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara.

Republik Sudan Selatan mencapai kemerdekaan selepas satu pungutan suara diadakan pada Januari lalu yang merupakan kemuncak kepada perjanjian damai pada 2005 yang menamatkan perang saudara dengan bahagian utara negara.

Dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penduduk republik ini, pemimpin Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Sudan Selatan.

“Saya dengan ini bersumpah dengan nama Tuhan sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. Saya akan berpegang teguh dan menyatakan kesetiaan kepada negara ini,” katanya dalam satu upacara khas meraikan kemerdekaan negara ini daripada bahagian utara Sudan.

Pasukan keselamatan pada mulanya dilihat mengawal jalan-jalan raya di ibu negara Sudan Selatan ini tetapi berundur ketika penduduknya mengibarkan bendera, menari dan melaungkan ‘Sudan Selatan bebas’.

Selepas subuh, beribu-ribu penduduk berkumpul di majlis sambutan kemerdekaan di pusat bandar Juba yang turut dihadiri tokoh-tokoh negara Afrika termasuk Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah kira-kira 200 penyokong ketua pemberontak Darfur, Abdel Wahed al-Nur, sebuah pasukan yang berjuang di Khartoum selama lapan tahun pemberontakan bagi memerangi bahagian utara negara itu.

Penyokong Tentera Pembebasan Sudan dilihat berdiri dalam barisan sambil melaungkan ‘selamat datang negara baru’ dengan memakai baju memaparkan imej ketua mereka.

Penari-penari tradisional turut memukul gendang sambil memegang perisai dan kayu dalam sambutan berkenaan.

“Saya sangat gembira untuk menjadi rakyat kelas pertama di negara saya sendiri,’’ kata seorang penduduk, Cirilow, 47. – Reuters

<b/><b/>

Tahniah kepada rakyat Sudan Selatan. 40 tahun bermandi darah, akhirnya berjaya juga. Menarik untuk dilihat, mana yang lebih progresif dan maju. Sudan Selatan [kristian majority?] atau Sudan Utara [muslim majority?].

Di Malaysia tak perlu begini. Regime change can be realized by general election which have been held regularly without fail. Let the people speak when they are due.

posted from Bloggeroid

No comments: