Friday, December 31, 2010

Khutbah Tahun Baru 2011

KHUTBAH JUMAAT 25 MUHARAM 1431H/31 DISEMBER 2010M

MENGHADAPI TAHUN BARU

Oleh: Awang Suhaizam bin Bungso

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekalian supaya bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dengan melakukan segala yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Mudah-mudahan dengan sifat taqwa akan membawa kita hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah yang bertajuk: MENGHADAPI TAHUN BARU

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA.

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk menghirup udara dan menikmati segala nikmat yang ada di buminya ini tatkala putaran tahun bakal berganti. 2010 masihi akan pergi. 2011 masihi akan muncul. Inilah yang dinamakan sebagai masa. Masa tidak akan berhenti dan akan terus bergerak. Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini akan dapat menghentikan masa.

Justeru, tema tajuk masa ini dipilih pada khutbah kali ini bagi membolehkan kita semua merenung kembali dan bermuhasabah kembali, semoga masih ada kesempatan lagi untuk kita bertindak sebagai hamba Allah, sebagai khalifah di dunia ini dan bersedia untuk masa yang pasti berlaku iaitu lah ’masa mati kita’.

1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. (Surah al Asr 103: aya 1-3)

165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An’am 6: ayat 165)

19. dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada Yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara Yang Engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (surah Qaf 50: ayat 19)

JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN.

Tidaklah salah untuk menyambut tahun baru ini. Lakukanlah segala sambutan yang perlu asal tidak mengganggu jiran tetangga dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang jelas oleh Islam seperti berjudi, meminum arak dan berzina.

Hal yang paling penting ialah bagaimana hendak kita menghadapi tahun baru ini.

Izinkan saya mengemukakan beberapa panduan bagi kita menghadapi tahun baru dengan baik sesuai dengan keupayaan kita.

Yang pertama, menetapkan matlamat, sasaran peribadi atau keluarga pada tahun akan datang. Tetapkanlah apa sahaja sasaran untuk kita capai pada tahun 2011. Tak perlulah banyak. Tak perlu juga terlalu tinggi. Apa yang penting sasaran itu boleh kita capai berdasarkan keupayaan kita. Tulis matlamat atau sasaran itu dan letakkan ia di tempat yang mudah dilihat. Perihal menyediakan matlamat ini ada diungkapkan dalam surah alhasyr 59: ayat 18:

18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Matlamat atau sasaran ini bolehlah juga disamakan dengan niat. Solat seseorang tidak sah jika tidak berniat solat. Maka begitulah kita ini, tidak akan mencapai apa-apa jika kita tidak menetapkan apa-apa matlamat dan sasaran. Oleh itu, jadilah kita sebagai orang-orang yag rugi seperti disebut dalam surah al asr tadi. ”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.

Yang Kedua, setelah sasaran dan matlamat ditetapkan, aturkanlah bagaimana mahu mencapainya. Jadualkan pelaksanaannya. Jika boleh dilakukan sendiri, lakukanlah. Jika tidak boleh dilakukan sendiri, mohonlah bantuan daripada ahli keluarga, sahabat dan jiran. Ingatlah bahawa kehebatan kita sebagai manusia adalah bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri.Itulah yang ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al Ra’d 13: ayat 11

11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Yang Ketiga, setelah puas berusaha sekeras-kerasnya dan pada bila-bila masa sepanjang hidup kita, hendaklah kita letakkan tawakkal kepada Allah S.W.T, tuhan yang maha berkuasa terhadap makhluq ciptaannya. Kerana Dialah yang menentukan pada akhirnya sama ada kita berjaya mencapai segala matlamat, sasaran dan cita-cita kita. Begitulah Allah mengajar kita melalui Rasulullah yang disebut di dalam surah ali Imran 3: ayat 159:


159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.


JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN

Mudah-mudahan tips ringkas pada khutbah jumaat pada kali ini dapat memberikan faedah kepada kita semua. Laluilah masa-masa yang diberikan kepada kita ini dengan sebaik-baiknya. Tahun baru yang kita sambut bermakna semakin pendek usia kita dan semakin dekat kita dengan alam kubur dan akhirat. Maka berusahalah kita mendapatkan keredaan Allah tapi tidak melupakan nasib kita di dunia yang kita adalah khalifahnya.


77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

(surah al qashas 28: ayat 77)



Thursday, December 30, 2010

Tahniah Bola Sepak Malaysia!!!

Sempurna. Memang sempurna di penghujung tahun 2010.
Bak Filem hindustan, Hero kalah dulu. Happy Ending. Kalah 1-5, seri 0-0, menang
6-1, menang 2-0, seri 0-0, menang 3-0dan kalah 1-2.. laluan yang tidak mudah.

Selamat bercuti Malaysia pada jumaat ini. Happy holiday. Selamat tahun
baru 2011.

Majulah sukan untuk negara.



Jumaat cuti umum
29/12/2010 11:38pm


Kuala Lumpur Dis. 29 -
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai
cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai
Piala Suzuki AFF 2010.



Final Piala Suzuki AFF: Malaysia akhiri kemarau 14 tahun
29/12/2010 10:27pm


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432

Segala puji bagi Allah yang masih membenarkan hambanya ini bernafas di buminya ini.

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432. Semoga segala usaha dan cita-cita murni tercapai di dalam tahun baru hijrah ini.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal salih. Berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" surah 112 (alikhlas)
"[111] Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [112] Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [113] Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. [114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. [115] Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah 11 (hud))

Friday, October 22, 2010

Islam untuk komersil

Apa jadi apabila banyak perkara yang dinisbahkan kepada Islam. Semasa saya mengaji dahulu, ada pelajaran yang dinamakan undang-undang kewangan Islam, undang-undang keterangan Islam, Islamic Jurisprudence (usul fiqh), muamalat Islam. Ada satu kursus pula dinamakan sebagai Undang-Undang Jenayah Islam. Hmmmmm!!!

Kini nama Islam sudah boleh dijadikan nama komersil. Pendidikan selalu dinisbahkan kepada Islam. Menjadikannya pendidikan Islam. Banyak lagi. Hiburan Islam. Busana Islam. Kesenian Islam. Fesyen Islam. Pentadbiran Islam. Negara Islam. Parti Islam.

Ada orang berjuang atas nama Islam. Ada orang berjuang seolah-olah kerana Islam. Ada orang berjuang menyangkakan dia berjuang kerana Islam. Ada berjuang atas nama Islam dengan ikhlas. Sebahagian pula kerana kekuasaan, pangkat dan harta. Semua atas nama Allah dan Islam.

Surah 49 (Al Hujurat) telah menukilkan:

(10)

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[11]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12]

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
[13]

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[14]

Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[15]

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[16]

Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
[17]

Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[18]

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.

Friday, October 8, 2010

Khutbah Jumaat

Lama sungguh saya tidak menaiki mimbar jumaat. Sehinggalah saya diberikan peluang semasa 1 syawal yang lalu untuk naik mimbar. Jumaat 8 Oktober 2010 ini juga, saya diberikan peluang sekali lagi. Saya tidaklah pandai. Ilmu agama saya juga sedikit. Peluang memberikan khutbah ini tidak ingin saya sia-siakan, justeru teks khutbah hari ini saya usahakan sendiri berdasarkan rujukan-rujukan yang mudah diperolehi pada zaman teknologi maklumat ini. Mudah-mudahan usaha sekelumit ini dapat menyemarakkan semangat dakwah islami saya yang dah lama padam.

Ini teks khutbah yang saya sediakan. Saya sediakan sesuai dengan jemaah yang akan mendengarnya.

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekalian supaya bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dengan melakukan segala yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Mudah-mudahan dengan sifat taqwa akan membawa kita hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah yang bertajuk: Mari Berinteraksi dengan Al Quran..

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA.

Al-Quran adalah mukjizat agong yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Naib Muhamad SAW. Nabi dan Rasul terakhir-Nya. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, al-Quran ini hendaklah diimani tanpa ragu dan hendaklah dijadikan pegangan hidup . Allah berfirman dalam surah Al- baqarah, ayat 23-24:
"23. dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

24. maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir."

Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk sentiasa membaca al-Quran, memahami kandungan al Quran, dan mengamalkan perintah yang dinyatakan dalam al-Quran, menjauhkan segala larangan yang dinyatakan dalam al-Quran dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Al-Quran ádalah panduan hidup kita. Melupakan al-Quran bermakna hidup tanpa panduan. Orang yang hidup tanpa panduan pula bermakna akan selalunya tersesat jalan. Dalam surah al-Baqarah ayat 2, Allah berfirman:

"2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;"

Nada yang sama juga disebut di dalam surah Surah Ibrahim: Ayat 1:

"1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN.
Oleh yang demikian, kita haruslah mempunyai kemahiran berinteraksi dengan al-Quran agar segala mutiara di dalamnya dapat digali dan digunaka. Bagaimana kita hendak berinteraksi dengan al-Quran? Dalam kesempatan khutbah yang ringkas ini maka saya turunkan beberapa langkah bagaimana hendak berinteraksi dengan al-Quran, mudah-mudahan akan mendapat manfaat kepada diri saya dan juga kepada diri para jemaah jumaat yang dimuliakan.

i. Kita perlulah ada kitab al-Quran itu sendiri. Malanglah kalau ada rumah-rumah di kawasan ini yang tidak mempunyai kitab al-Quran. Yang telah ada, bukalah kitab al-Quran ini setiap hari dan bacalah walaupun hanya satu huruf, atau satu ayat walau apapun perasaan kita pada ketika itu. Yang belum ada, carilah ia. Jika tidak mampu, datanglah ke masjid untuk membaca kitab al-Quran ini. Ada yang tidak pandai membaca al-Quran, maka belajarlah membacanya. Tidak perlu malu atau segan kerana al-Quran itu adalah sumber rujukan utama umat Islam.
AlIsraq: ayat 106. dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

ii. Membaca al-Quran sahaja tidaklah mencukupi. Ini kerana al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa Arab. Bahasa yang amat indah. Bagi kita yang tidak menguasai bahasa Arab dengan baik, maka perlulah kita merujuk juga kepada kitab-kitab terjemahan dan tafsiran al-Quran. Inilah mukjizat al-Quran. Membaca terjemahan al-Quran juga boleh membukakan hidayah dan petunjuk kepada manusia. Cat Stephen seorang penyanyi terkenal 70an di England memeluk Islam setelah membaca terjemahan al-Quran di dalam bahasa Inggeris. Mudah sahaja, baca satu ayat , kemudian tengok maknanya. Berusahalah memahami ayat-ayat al-Quran sesuai dengan keadaan diri kita ataupun pengalaman yang pernah kita lalui. Janganlah hanya membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca seumpama keldai membawa buku. Hanya mendapat beban berat tetapi tidak memberikan manfaat kepada-nya. Firman Allah SWT dalam surah al Jumu’ah ayat 5:
5. (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.


iii. Gunakan dan amalkan doa-doa yang ada di dalam al-Quran. Begitu banyak doa disebut di dalam al-Quran. Jika boleh dihafal hafallah. Jika tidak, bacalah terjemahannya dan berdoalah menggunakan bahasa kita sendiri. Sebagai contoh:
a. Apabila kita melakukan perkara yang dilarang Allah tetapi menyedari kesilapan itu segera, bacalah doa nabi Adam di dalam surah al-’raf ayat 23:

23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

b. Jika kita takut kebingungan ketika hendak membuat keputusan, bacalah doa Nabi Syuaib di dalam surah al-A’raf: ayat 89
89. "Sesungguhnya (bermakna) Kami berdusta terhadap Allah, jika Kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan Kami daripadanya. dan tidaklah harus Kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. pengetahuan Tuhan Kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. kepada Allah jualah Kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara Kami dan kaum Kami Dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim".

iv. Selalulah mengikuti pengajian-pengajian untuk mendalami dan memahami al-Quran. Paling mudah tontonlah program-program agama yang banyak bersiaran di televisyen pada ketika ini. Jika ada rezeki yang lebih, belilah kaset atau CD-CD agama yang banyak dijual. Insya Allah, makin banyak pengetahuan yang diterima, kita akan lebih banyak dan kuat untuk berfikir dan semakin faham kita dengan tuntutan-tuntutan di dalam al-Quran. Banyak isu-isu yang disebut di dalam al-Quran memerlukan pemahaman. Tahukah kita di dalam al-Quran ada disebut kisah zulqarnain, ya’juj ma’juj, luqmanul hakim, kisah-kisah nabi Yusuf, Musa, Isa, Ya’aqub, Isa, Maryam. Al Quran juga menerangkan bagaimana kita hidup bermasyarkat, jika berurusan jual beli, afdal dilakukan secara bertulis, perintah solat atau sembahyang yang banyak disebut di dalam al-quran, tetapi tidak pula diterangkan secara teperinci bagaimana hendak bersolat sehingga kita perlu merujuk kepada hadith dan sunnah Rasulullah. Ini semua menuntut kepada ilmu pengetahuan. Benar seperti firman Allah di dalam surah Annahl ayat 43
43. dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.

JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Berdasarkan kepada kaedah-kaedah dan langkah-langkah yang telah diterangkan, maka saya menyeru supaya kita berusahalah untuk mencintai al-Quran dengan menjadikannya rakan yang paling akrab di sisi kita. Mudah-mudahan Allah akan menjadikan kita makhluqnya yang paling bertaqwa kepada-Nya. Dan bagi mereka yang bertaqwa akan dimudahkan oleh Allah swt sesuai dengan firman-Nya di dalam surah al Talaq; pada ayat 2
2. ... dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN
Sama-samalah kita berdoa:
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

Tuesday, September 28, 2010

Anak-Anak

Anak saya dah ada facebook masing-masing. Semuanya bermula pada minggu lepas. Memang dah lama Farah dan Farhan meminta ayahnya untuk bukakan akaun facebook mereka. Saja dilambatkan. Akhirnya ibunya mengalah.

Ini zaman mereka. Zaman yang dunia menjadi semakin sempit dan amat kompetetif. Komunikasi boleh berlaku di mana-mana. Ibu bapa hanya memberikan panduan dan mengukuhkan integriti mereka.

Ketika ini mudah untuk mengawal anak. Marah saja kalau ada yang tak kena. Takut-takutkan mereka. Leterkan saja mereka. Pukul mereka.

Mereka ini dah semakin besar. Tidak mudah lagi. Akaun facebook ini saya anggap 'milestone' penting perkembangan mereka.

Ia juga bermaksud ayah dan ibu mereka perlu lebih dekat dengan mereka. Lebih dekat daripada sebelumnya.

Temasya Sukan

Setiap kali ada temasya sukan, memang akan ada rasa keterujaan dalam diri saya. Memang saya bolehlah dianggap peminat temasya-temasya sukan utama yang ada di dunia ini.

Tahun lepas ada Olimpik di Beijing, hebat. Tahun ini Piala Dunia bola sepak di Afrika Selatan, happening. Paling dekat ketika ini ialah Sukan Komenwel di Delhi India, mendebarkan dan cemas, dan kemudiannya Sukan Asia di Guangzho, China, mungkin menggegarkan.

Itu tidak termasuk lagi Liga Bola Sepak Inggeris, Sepanyol, Piala Malaysia, Badminton, Pool, Snooker, Formula 1 dan macam-macam lagi.

Sukan adalah salah satu wadah untuk manusia berinteraksi dan menonjolkan kebolehan diri dalam gelanggang. sukan menunjukkan kebolehan rakyat sesuatu negara. Sukan menaikkan nama negara. Tidak kurang juga ia boleh menjatuhkan nama baik negara. Sukan menggambarkan kekuatan negara, menunjukkan rakyatnya aktif, sihat atau sebaliknya. Sukan sebagai satu industri yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Semoga Sukan Komenwel Oktober ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. India memang berdepan masalah besar selaku tuan rumah ketika ini. Maruah dan nama baik negara India diharapkan akan dapat dikembalikan semula menjelang mulanya temasya ini. Teringat ketika Sukan Komenwel di Kuala Lumpur. Memang bangga apabila melihat semuanya berjalan lancar dan mendapat pujian daripada kontijen yang mengambil bahagian.

Buat atlit malaysia, selamat berjuang. bawalah pingat yang berkilauan.

Entah berapa pingat emas yang negara kita sasarkan. Kurang periksa pula saya.

Ramalan saya? 15 emas. Harapnya lebihlah. Malaysia Boleh!!!

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia

16 September 1963, Hari penubuhan Malaysia. 2 wilayah besar di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak telah diisytiharkan merdeka melalui penggabungannya dengan Tanah Melaya dan menjadikan negara ini dinamakan Malaysia. Bagi kakitangan awam persekutuan, peristiwa 2 wilayah ini menganggotai Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan mereka menerima elaun wilayah (Imbuhan Bantuan Wilayah) setinggi 15% daripada gaji pokok mereka.

Semenjak itu, Sabah dan Sarawak telah menjadikan 16 September sebagai cuti umum dengan menjadikan tarikh ini sebagai Hari Ulangtahun Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri masing-masing.

Tahun 2010, sejarah baru dilakar dengan menjadikan hari ini sebagai cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia dengan menjadikan hari ini sebagai Hari Malaysia. Hari Malaysia bukanlah nama baru. Ia disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam sub fasal 1(3), fasal 14 dan Jadual 2.

Segala puji kepada Allah S.W.T yang telah mengatur dan menentukan rakyat Sabah Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Itulah jasa mereka kepada generasi dan anak cucu Sabah dan Sarawak masa kini.

Semoga Allah melindungi dan menaungi negara ini menuju kemajuan dan kejayaan. Semoga rakyatnya tetap bersatu hati dan berpadu. Semoga negara ini kekal aman dan sentiasa mengorak kejayaan demi kejayaan. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, September 14, 2010

Pesanan SMS Raya

Dirakamkan di sini pesanan-pesanan sms yang saya terima pada malam raya dan hari raya. Indah-indah pesanannya. Sememangnya tahun ini pesanan SMS ini tidak sekencang tahun-tahun sebelum ini. Apapun terima kasih kepada semua yang menghantar pesanan SMS raya berkenaan.

Mata Kadang Salah Melihat,
Mulut Kadang Salah Berucap,
Hati Kadang Salah Menduga,
Mohon Maafkan Segala
Khilaf Yang Pasti Ada

Pelita di letak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Sebening air wudhu',
sesuci alquran,
semerdu alunan zikir,
seindah solat 5 waktu,
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,
Andai tanganku tak sempat berjabat,
jika muka tidak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf untukku.

Ya Allah! ketika di akhir ramadhan yang penuh Barakah
muncul Idul Fitri yang mulia
Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini,
berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
limpahkan rezeki yang halal untuknya,
jauhkan daripada fitnah, penganiayaan, penghinaan.
Suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.
Makbulkan doa dan cita-citanya yang murni.
Amin Ya Rabbal Alamin.


Dalam kerendahan hati,
terserlah ketinggian budi, dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa, hidupku ini indah jika segalanya kerana Allah.
Mohon maaf atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai,
hati yang berprasangka dan sikap-sikap yang pernah menyakitkan.
Tiada kata seindah zikrullah, tiada bulan seindah ramadhan.

Nawaitunya abadi
saling mendoa dan memaafi

Biar renggang di bumi fana,
Biar hina di mata manusia,
Biar semangat semakin samar,
Biar akal semakin berusia,
Jangan tergadai Silaturrahim kita

Monday, September 13, 2010

Selamat menyambut eidul fitri


Selamat menyambut hari raya fitri. Menyambut hari besar ini dengan penuh kesyukuran. Nikmat yang dikurniakan terlalu besar dibandingkan ramai saudara seislam di luar negara.

Alhamdulillah.

Friday, September 3, 2010

Sinetron Agama Lagi

Banyak drama bersiri bercorak agama ketika ini di rangkaian-rangkaian TV. Baik terbitan Malaysia maupun Indonesia. Entah mengapa, drama atau sinetron agama terbitan Indonesia lebih dekat di hati saya dan lebih menarik daripada drama seumpamanya terbitan Malaysia.



Jalan cerita sinetron agama Indonesia nampak lebih kemas, mantap skripnya, menarik dan jujur. 2 atau 3 tahun lalu, sinetron Jalan Lain Ke Sana menjadi ikutan mingguan. Ramadan ini pula, sudah melekat dengan satu lagi sinetron 'Para Pencari Tuhan'. Rempah ratusnya cukup. Komedi, sedih, sindiran, hujah agama, kritik masyarakat.


Yang ditayangkan kini di channel 106 Astro adalah episode-episode musim pertama yang sebenarnya telahpun ditayangkan pada tahun 2008 dahulu. Sebenarnya sinetron ini kini sedang dalam musim keempat dan sedang ditayangkan di Indonesia.

Bagi mereka yang mahu santai tetapi bermanfaat, sinetron ini adalah disyorkan untuk ditonton.

Insya Allah. Bermanfaat. :)


Lagu tema 'Para Pencari Tuhan':)





Monday, August 30, 2010

Mensyukuri Kemerdekaan Ini

Saya anak pasca merdeka. Lebih tepat lagi 15 tahun sesudah merdeka. Cerita perjuangan bapa kemerdekaan, penderitaan di zaman Jepun, kelicikan British dan sumbangan British ke atas negara kolonialnya ini, penentangan Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan Rosli Dhobi hanya diperolehi daripada kitab-kitab sejarah.

Ayah saya juga seorang pejuang. Atas nama negara Malaysia, ayah juga pernah berjuang mengangkat senjata dan terlibat dengan operasi menghapuskan Komunis. Ayah pernah melihat rakannya hilang nyawanya dek peluru komunis. Walau masih kecil, sekilas gambaran masih jelas melihat air mata emak apabila menghantar ayah ke perbatasan. Apa lagi ayah dari Sabah berjuang di tanah melayu yang asing baginya.

Maka 31 Ogos setiap tahun bukan disambut sebarangan tanpa makna. Alkisah negara ini mendapat kemerdekaan tanpa titisan darah, ia sebenarnya penuh dengan kisah duka pejuangnya yang mati dan cedera dek erti kemerdekaan.

Apalah ceritanya dengan keturunan pejuang seperti Rosli Dhobi, Rentap, Mat Salleh, Tok Bahaman, Tok Janggut dan Mat Kilau. Senangkah mereka, susahkah mereka. Belum lagi kita dengar nama-nama ini dianugerahkan pingat kebesaran 'posthumous' oleh mana-mana raja, sultan atau YDPA. Tidaklah juga terpapar dalam peti televisyen dan Astro akan kisah perjuangan mereka. Entahlah. Mungkin mereka ini penderhaka?

Maka kita berjuang dengan pakej 'merdeka' ini untuk apa agaknya. Tongkat telah diberi. Jalan telah dibuka. Kemakmuran sedang dinikmati. Hanya mungkin perpaduan itu dihayati seadanya sahaja.

Maka mencari makna 'kemerdekaan' ini, adakah harga yang mahal terpaksa ditanggung kita. Mungkin bukan waktu saya.. entah mungkin waktu anak dan cucu saya nanti.. 'Na'uzubillah'....

Semoga negara ini kekal makmur, dicontohi dan dibanggai. Banggalah dengan negara ini. Negara ini tidak sama dengan Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Iran, Indonesia, Filipin, Thailand, Mesir, Arab Saudi, Brunei, Bangladesh, Jordan. Malah MALAYSIA ini adalah lebih baik daripada negara-negara itu. Janganlah pula nak jadikan negara ini seperti negara-negara itu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh kesyukuran. Al Fatihah kepada semua anggota keselamatan negara ini yang telah gugur atau cedera menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara ini.

Alfatihah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 27, 2010

INILAH LELAKI...

Saya ciplak sahaja kisah ini yang diperolehi daripada http://marahku.blogspot.com.

Selamat membaca!!!

Tajuk: Men don't lie...

A must read for every Man and of course Woman (to understand a man).

One day, while a woodcutter was cutting a branch of a tree above a river, his axe fell into the river.

When he cried out the Lord appeared and asked "Why are you crying?"

The woodcutter replied that his axe has fallen into water and he needed the axe to make his living.

The Lord went down into the water and reappeared with a golden axe.

"Is this your axe?" the Lord asked.
The woodcutter replied, "No."

The Lord again went down and came up with a silver Axe. "Is this your axe?" the Lord asked.
Again, the woodcutter replied, "No."

The Lord went down again and came up with an iron Axe. "Is this your axe?" the Lord asked..

The woodcutter replied, "Yes."

The Lord was pleased with the man's honesty and gave him all three axes to keep and the woodcutter went home happy.

Some time later the woodcutter was walking with his wife along the riverbank and his wife fell into the river.

When he cried out, the Lord again appeared and asked him "Why are you crying?".

"Oh Lord, my wife has fallen into the water!

"The Lord went down into the water and came up with ANGELINA JOLIE.

"Is this your wife?" the Lord asked.

"Yes," cried the woodcutter.

The Lord was furious. "You lied! That is an untruth!

"The woodcutter replied, "Oh, forgive me, my Lord. It is a misunderstanding.

You see, if I had said 'no' to ANGELINA JOLIE, you would have come up with CAMERON DIAZ.

Then if I said 'no' to her, you would have come up with my wife.

Had I then said 'yes,' you would have given me all three.

Lord, I am a poor man and am not able to take care of all three wives so THAT'S why I said yes to ANGELINA JOLIE.

"The moral of this story is: Whenever a man lies, it is for a good and honourable reason, and for the benefit of others.

That's our story, and we're sticking to it!

"WE ARE HONOURABLE MEN"!!!!! Ha ha ha

Tuesday, August 24, 2010

Rahmat-Nya dipinta.

Alhamdulillah. Sudah 15 hari berpuasa. Rasanya tiada apa-apa masalah setakat ini menghadapi Ramadan yang penuh berkat ini. Tapi bagaimana pula dengan saudara-saudara seislam yang lain?

Pakistan: Lebih 4 juta rakyatnya hilang tempat tinggal. Mereka sedang menghadapi wabak penyakit akibat banjir ini. Mereka juga sedang menderita kebuluran. Ini semua berlaku ketika ramadan menjelang.

Palestin: Kita maklum dengan kepayahan dan kesengsaraan mereka. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan rakyat Palestin yang sedang menderita itu.

Malaysia:

i. Kuala Terengganu. Khairil Arif, 6 tahun, mati terhumban ke atas pokok akibat letupan mercun di rumahnya. Ini semua adalah kerja bapanya. Pasti tiada raya bagi keluarga Khairil ini. Bayangkanlah traumanya.

ii. Kota Baru. Seorang bapa menyembelih anaknya yang berusia 3 tahun. Gambaran abang-abangnya dan ibu mereka yang menangis tidak percaya dengan apa yang dialami mereka. Bayangkanlah trauma keluarga ini. Sudah pasti tiada istilah raya bagi mereka pada tahun ini.

iii. Marang. 2 beranak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Bapa (31 tahun) dan anaknya (3 tahun). Kemalangan berlaku ketika sedang dalam perjalanan menemui isteri yang sedang sarat mengandung. Apalah perasaan si isteri ini?

iv. Ipoh.Seorang bayi terlibat nahas jalanraya dan tercampak keluar dari kereta. Umur bayi ini masih panjang. Menerima empat jahitan di kepala. Bayi ini masih berpeluang mengenali ibu dan bapanya.

v. Kuala Klawang: seorang suami kehilangan isteri dan 3 anaknya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Suami ini dan seorang anaknya pula cedera parah. Entahlah bagaimana suami ini boleh menghadapi ramadan dan syawal yang menjelang.

Begitulah sekelumit kisah sehingga 15 Ramadan ini. Tidaklah kita ketahui apa yang bakal terjadi baki Ramadan ini. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Maka Rahmat-Nyalah kita dambakan dan kita pinta. Mudah-mudahan baki ramadan ini ditempuhi tanpa sebarang dugaan-NYA yang terlalu besar.

Al Baqarah ayat [286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Thursday, August 19, 2010

Banyaknya duit sheikh Arab ni..

Terkedu membaca surat khabar halaman sukan dengan kehebatan sheikh Arab yang mempunyai kelab bola di England. Syeikh Mansoor Something... tuan punya kelab Manchester City kini dilaporkan telah membelanjakan sebanyak 325 juta pound (RM1.885 billion) membeli pemain-pemain 'power'.

Ya Rabbi.. banyaknya tu. Syeikh tu adalah orang Islam. Yang kaya. dan membelanjakan duitnya untuk kepuasan peribadinya. Tak tahulah sama ada tindakan ini untuk menukar persepsi barat terhadap Islam atau apa.

Namun yang pasti, duit sebanyak itu, sudah pasti dapat membantu rakyat Plestine daripada kebuluran. atau membantu rakyat Afghanistan daripada kemiskinan, atau rakyat Pakistan yang kini menghadapi musibah banjir.

Semoga pak sheikh yang kaya raya ini Allah berikan petunjuk dan hidayahNya. Gunakanlah kekayaan itu untuk pembangunan umat Islam yang seagamanya. sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di dunia ini.

Sunday, August 15, 2010

PUASA di dalam Al Quran

Pada bulan Ramadhan, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca Alquran. Alquran yang diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertaqwa (Albaqarah ayat 2.). Masa yang terluang ini, sedikit rujukan silang dibuat kepada Kitab Alquran yang ada menyebut perkataan 'puasa'. Semoga rujukan yang dibuat ini akan memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman kita berhubung dengan puasa itu sendiri. Berikut ialah rujukan silang yang diperolehi:



1. Antara ciri-ciri isteri-isteri mithali, yang paling sesuai dijodohkan kepada Rasulullah. Juga untuk dijadikan sebagai ciri-ciri calon isteri bagi yang masih bujang. Disebut dalam surah At Tahrim (66): ayat ke 5 iaitu bercirikan seperti berikut:

i. Yang menurut perintah.
ii. Yang Iklhas imannya.
iii. Yang Taat.
iv. Yang bertaubat.
v. Yang tetap beribadat
vi. Yang berpuasa

At Tahrim (66): 6

[1]
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda – kaffarah); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[3]
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: “Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? ” Nabi menjawab: “Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) “.
[4]
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya.
[5]
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, – yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, – (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.



2. Hukum berpuasa 2 bulan berturut-turut bagi suami yang menziharkan isterinya. Zihar bermaksud suami menyamakan isteri seperti ibu suaminya. Apabila ini dilafazkan maka haram untuk suami mencampuri isterinya dan perlu menebusnya dengan memerdekakan seorang hamba dan jika tidak mampu, berpuasa dua bulan berturut-turut. Perkara ini diterangkan dalam surah 58 (al Mujadalah): ayat 3 dan 4

58: Almujadalah:

Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
[2]
Orang-orang yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
[3]
Dan orang-orang yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
[4]
Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



3. Allah menyediakan keampunan dan pahala yang besar bagi muslim dan muslimah yang melakukan beberapa kebaikan yang disebutkan dalam surah 33 (Al Ahzab) ayat 35 dan antaranya ialah mereka yang berpuasa.


33: Al Ahzab:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
[33]
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
[34]
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
[35]
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.



4. Bagi mereka yang telah melafazkan sumpah tetapi tidak dapat melaksanakan sumpahnya, maka hendaklah mereka menebusnya dengan membayar denda memberikan makan makan kepada 10 orang miskin. atau memberi pakaian atau memerdekakan hamba. Jika tidak mampu untuk melakukan perkara berikut, maka hendakah mereka berpuasa 3 hari.


5: Almaidah

[87]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
[88]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
[89]
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.
[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[92]
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.



5. Puasa juga digunakan sebagai kaffarah bagi membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja. Seseorang mukmin yang membunuh dengan tidak sengaja mukmin yang lain maka hendaklah mukmin berkenaan membayar kaffarah dengan memerdekan seorang hamba yang beriman, dan membayar denda diah. jika tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa 2 bulan berturut-turut.


4: An Nisa':

[92]
Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar “diah” (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[93]
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.




6. Puasa di bulan Ramadhan, seperti yang sedang dilaksanakan oleh semua orang Islam di muka bumi ini. Semoga puasa yang sedang dijalankan ini akan menjadikan kita lebih taqwa kepada Allah Ta'ala. Amin.


2: Al Baqarah

183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
[186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Ramadahan

Alhamdulillah, tidak terkata kegembiraan apabila sempat berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Syukur setelah 3 hari berpuasa, tidak ada apa-apa masalah, semuanya dapat dihadapi dengan baik. Ucapan syukur ini sentiasa diucapkan memandangkan beberapa kenalan yang tidak sempat berada pada bulan ramadhan ini.

Syukur juga kerana 3 daripada 4 orang anak saya kini sedang berjuang menyempurnakan puasa mereka. Paling mengejutkan ialah anak ketiga Farihin Najmi yang baru berumur 6 tahun tetapi telah menghadapi 3 hari puasa dengan amat selamba dan senyum sahaja. Memang akan pecah rekod keluarga saya dan adik beradik saya jika beliau berjaya menamatkan 30 hari puasa ini. Tambah lagi, 2 hari terakhir ini, Farihin berpuasa tanpa sahur pun.

Apapun, selamat berpuasa!!!

Saturday, June 26, 2010

Corat Coret

Selepas menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu 2 minggu lalu, terjumpa papan tanda menarik ini. Saya menoleh-noleh di manakah hotel atau motelnya. Tak ada pula rumah untuk disewa. Yang ada adalah loji kumbahan dan bilik prosesan di belakangnya.

Agaknya apakah pula yang diiklankan tu?

Kesian tengok Hadi yang tertido menyandar. Penat kut bermain. Rehat kejaplah tu untuk 'recharge'.

Saturday, June 19, 2010

Muhasabah...

Jaga Kesihatan. Semua orang tahu itu. Yang selalu berlaku ialah lalai menjaga kesihatan diri. Hanya setelah mengalami masalah barulah benar-benar mengetahui dan menghargainya.

Tetapi ia bukan mengenai kesihatan semata-mata. Ia mengenai sikap bagi mereka yang hidup sebagai manusia. Sikap lalai, tidak ambil endah mengenai sesuatu perkara, sikap sambil lewa, sikap menangguh dan tidak istiqamah.

Sebab itu di dalam alQuran, banyak peringatan-peringatan diberikan kepada manusia. Peringatan supaya manusia bertindak sekarang dan tidak menyesal pada kemudian harinya.

Surah An-Nahl:17- "Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?



***************

Untuk Mak tersayang..

Semoga kesihatan mak akan lebih baik selepas ini setelah menjalani pembedahan kecil bagi persediaan dylisis beliau nanti.

Saturday, June 12, 2010

Leverage

Sekarang ni ramai yang demam. Demam piala dunia. Yang menulis nipun sama.

Sedang seronok tengok Argentina lawan Nigeria bermain, terlintas ingatan saudara sendiri di Palestin sana yang entah ambil tahu tentang demam sekarang ni.

Adakah sama keadaan aman dengan keadaan huru hara. Saudaranya di Malaysia kini mungkin dah sedang sibuk dan banyak fikiran mengenai piala dunia. Entah pula 18 wira Malaysia tu pun tgh menatap skrin tv channel 805.

Saudaraku di Palestin, kena tunggulah demam ni kebah...

Adakah sama kesenangan itu dengan kesusahan? Keamanan dengan kehuruharaan? Kekayaan dan kemiskinan? Keimanan dengan kekufuran? Ahli syorga dengan ahli neraka?

Monday, June 7, 2010

Palestin: Semoga Allah menyelamatkan mereka

Saya terima e-mel daripada guru saya Cikgu Rasdi. Semoga Allah menyelamatkan rakyat palestin dan menempatkan rakyatnya yang gugur di kalangan shuhada'Nya.

Petikan emel berkenaan adalah seperti berikut:

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)


Gaza ( Palestine )


Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !


Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.


Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas


Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.


Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.


Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.


Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!


Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.


Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )

Saturday, June 5, 2010

DIRGAHAYU TUANKU


5 Jun 2010- Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XII. Semoga Allah cucuri rahmat dan rahimnya ke atas Tuanku dan seluruh rakyat Malaysia ini.

Daulat Tuanku!

Wednesday, June 2, 2010

Anak Kecil Main Api

Entah mengapa sedang melihat isteri sedang terkial-kial mengajar Farah dan Farhan, teringat pula satu lagu yang dah lama saya tak dengar. Lagu ni memang tak keluar di radio atau TV. Siapa yang pernah mengikuti Kursus Biro Tata Negara mungkin mengetahui lagu ini.

Apapun disertakan lagu ini untuk tatapan. Biarlah masing-masing membuat kesimpulan dan keputusan. Yang pasti, kesimpulan dan keputusan itu akan menentukan ke mana, di mana dan bagaimana penduduk negara ini pada tahun 2020 nanti dan seterusnya.





atau klik sini