Sunday, July 10, 2011

BUKU: PUSARAN ENERGI KAABAH

Buku karangan Agus Mustofa, yang berasal dari Indonesia ini, memang agak menarik dan agak provokatif.

Fikirkan qoute ini:

"Mengapa berdoa di Multazam adalah lebih mustajab berbanding di tempat lain? Mengapa pula bersolat di sana bernilai 100 ribu kalu ganda? Ini tidak adil kerana, beruntung sekali mereka yang tinggal di sana dan mereka yang berduit dapat menunaikan ibadah haji. Orang seperti saya pula tidak mempunyai kesempatan pergi ke Tanah Suci dan pasti kehilangan peluang bagi memperolehi pahala sebesar itu. Pahala itu tidak mungkin saya perolehi di sini, meskipun saya melakukan ibadah sepanjang hayat."

"Apakah ada tafsir Quran yang mempunyai kebenaran bersifat mutlak. Jawapannya, pasti tidak ada. Benar, Quran itu kebenarannya adalah mutlak. Tetapi apabila ditafsir oleh manusia, sifatnya menjadi relatif. Bukankah namanya pun tafsir?"

"Pernahkah saudara bayangkan, matahari yang kita lihat setiap pagi itu adalah matahari pada lapan minit yang lalu, dan bukannya matahari yang kita lihat sekarang! Mengapa? Ini kerana sinar matahari memerlukan waktu lapan minit bagi sampai ke bumi yang berjarak 150 juta kilometer. Maksudnya, matahari yang kita lihat pada saat ini adalah matahari pada lapan minit yang lalu. Unik bukan?"

"Bagaimanakah ciri-ciri Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim? Dalam kitab suci Quran dijelaskan Kaabah yang mula-mula dibina itu tingginya 4.5 meter. Jarak dari Hajar Aswad ke rukun Syami 16 meter. Lebarnya, dari Rukun Syami ke Rukun Gharbi 11 meter. Jarak dari Rukun Gharbi ke Rukun Yamani 15.5 meter. Dari Rukun Yamani ke Hajar Aswad pula 10 meter."

"Apa yang menarik, Allah mengatakab dalam ayat di atas [al issraq ayat 72] kehidupan di akhirat nanti dipengaruhi kemampuan deria keenam. Barangsiapa buta hatinya di dunia, di akhirat nanti buta juga, bahkan lebih sesat lagi jalannya. Mengapakah begitu? Ini kerana pancaindera kita tidak dapat diharapkan bagi menempuh akhirat, apatah lagi 'bertemu' Allah."

"Bahkan apabila kita tidak solat, tidak berpuasa ataupun lain-lain ibadat yang perlu dilakukan oleh umat Islam, ia sama sekali tidak memberikan mudarat kepada Allah. Mudaratnya menimpa diri kita sendiri."

"Setiap gerakan berputar menghasilkan tenaga. Elektron memiliki tenaga kerana ia bergerak berputar. Bumi juga begitu. Matahari, planet-planet, bintang-bintang dan semua benda di alam semesta ini memiliki tenaga kerana ia bergerak. Sekiranya ia diam, ia mati. Tidak ada tenaga lagi. Kehidupan ini terjadi kerana adanya gerakan, baik di peringkat partikel awalnya, atau di peringkat atom, di peringkat molekul atau lebih besar lagi"

"Bahkan syurga dan neraka juga lenyap. Alam akhirat yang kita yakini sebagai alam yang kekal abadi, suatu ketika juga lenyap bersama lenyapnya langit dan bumi. Sekali lagi, yang ada hanya Allah."

"Janganlah kamu sembah di samping Allah, tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi Allah segala penentuan, fan hanya kepada Allah kamu dikembalikan (alqasas ayat 88)".

Allah lebih mengetahui.

posted from Bloggeroid

LAHIR SEBUAH NEGARA















Negara baru Sudan Selatan

JUBA 9 Julai - Beribu-ribu penduduk di selatan Sudan menari sepanjang malam bagi meraikan kemerdekaan wilayah tersebut yang muncul sebagai sebuah negara terbaru di dunia hari ini, yang turut menyaksikan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara.

Republik Sudan Selatan mencapai kemerdekaan selepas satu pungutan suara diadakan pada Januari lalu yang merupakan kemuncak kepada perjanjian damai pada 2005 yang menamatkan perang saudara dengan bahagian utara negara.

Dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penduduk republik ini, pemimpin Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Sudan Selatan.

“Saya dengan ini bersumpah dengan nama Tuhan sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. Saya akan berpegang teguh dan menyatakan kesetiaan kepada negara ini,” katanya dalam satu upacara khas meraikan kemerdekaan negara ini daripada bahagian utara Sudan.

Pasukan keselamatan pada mulanya dilihat mengawal jalan-jalan raya di ibu negara Sudan Selatan ini tetapi berundur ketika penduduknya mengibarkan bendera, menari dan melaungkan ‘Sudan Selatan bebas’.

Selepas subuh, beribu-ribu penduduk berkumpul di majlis sambutan kemerdekaan di pusat bandar Juba yang turut dihadiri tokoh-tokoh negara Afrika termasuk Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah kira-kira 200 penyokong ketua pemberontak Darfur, Abdel Wahed al-Nur, sebuah pasukan yang berjuang di Khartoum selama lapan tahun pemberontakan bagi memerangi bahagian utara negara itu.

Penyokong Tentera Pembebasan Sudan dilihat berdiri dalam barisan sambil melaungkan ‘selamat datang negara baru’ dengan memakai baju memaparkan imej ketua mereka.

Penari-penari tradisional turut memukul gendang sambil memegang perisai dan kayu dalam sambutan berkenaan.

“Saya sangat gembira untuk menjadi rakyat kelas pertama di negara saya sendiri,’’ kata seorang penduduk, Cirilow, 47. – Reuters

<b/><b/>

Tahniah kepada rakyat Sudan Selatan. 40 tahun bermandi darah, akhirnya berjaya juga. Menarik untuk dilihat, mana yang lebih progresif dan maju. Sudan Selatan [kristian majority?] atau Sudan Utara [muslim majority?].

Di Malaysia tak perlu begini. Regime change can be realized by general election which have been held regularly without fail. Let the people speak when they are due.

posted from Bloggeroid

Saturday, July 9, 2011

SEKADAR BERTANYA


"Semakin ditahan, ia akan terus melanda" - Abd Hadi
Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 9 Julai:  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan menyekat perjuangan menegakkan Islam akan berhadapan dengan rempuhan.

Beliau menyifatkan ianya umpama gerakan air yang semakin ditahan,  ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

Ingatan ini dikeluarkan beliau menjelang perhimpunan Bersih di ibu negara petang ini yang kini berhadapan dengan sekatan umpama perang dari pihak kerajaan BN.

Seluruh Kuala Lumpur dikepung dan bilik-bilik hotel dan tempat tinggal digeledah umpama mencari pesalah besar yang sedang mahu menghancurkan negara.

Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan berlangsung jam 2 hingga 4 petang ini di Stadium Merdeka namun pihak stadium serta polis tidak memberikan permit atau kebenaran.

Padahal, sebelum pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan agar perhimpunan ini diadakan di stadium dan berjanji akan menguruskan penggunaannya.

Namun, selepas mesyuarat kabinet dan selepas Agung dan Bersih bersetuju agar ianya dipindahkan ke stadium, Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan kabinet menolak penggunaan stadium di Kuala Lumpur.

"Ingatlah sesungguhnya perjuangan menegakkan Islam ini ibarat aliran air yang ditahan, semakin ditahan, semakin dihalang ia akan terus melanda dan melanggar benteng penahan.

"Lumrah alam juga telah menetapkan bahawa suatu masa dan ketikanya benteng pasti akan pecah, ketika itu maka terbuak buaklah aliran air tersebut membanjiri pelusuk muka bumi. Yakin lah!" ingat Presiden PAS itu kepada pemimpin negara.

Ingatan itu dikeluarkan beliau melalui Facebooknya pagi ini.

 -----------

SOALAN

1. Adakah tindakan Polis untuk mencegah berlakunya huru hara dan kekacauan ini bertentangan dengan ajaran Islam?

2. Adakah Islam tidak tertegak lagi di Malaysia? Adakah untuk menegakkannya mesti ada perarakan, perhimpunan seperti BERSIH? Atau hanya ingin meniru apa yang berlaku di Mesir, Libya atau Iran suatu ketika dahulu?

3. Pemimpin sekarang zalim dan korup? Adakah ini caranya untuk jatuhkan mereka ini? Tidak ada cara lain?

4. Niat asal BERSIH dulu untuk hantar memorandum kepada YDPA. Yang berlaku bukan sekadar hantar tapi dah jumpa Tuanku in person lagi? Adakah perlu perhimpunan lagi?

5. Adakah Islam tertegak di Malaysia jika PR menjadi Kerajaan di Malaysia? Apa tanda aras untuk mengatakan Islam sudah tertegak di Malaysia?

------

posted from Bloggeroid

Friday, July 8, 2011

Tawaran untuk demonstrasi

http://www.addthis.com/bookmark.php

Cetak . Emel Rakan .
Polis benarkan jika perhimpunan esok di luar KL: Hishammuddin


2011/07/08

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.

"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda UMNO dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di sini esok tidak diluluskan.

"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.

Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.
Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.

Justeru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

"Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya. - BERNAMA
-----------

Laporan ni sama macam kita kata begini:

"mari kita demonstrasi. Kerajaan benarkan asal buat di luar KL."

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 5, 2011

Hayawan







PERHIMPUNAN BERSIH BATAL?

Betulkah batal? Baguslah kalau tak jadi perarakan tu.

Isunya bukan sebab hak, tuntutan dan menentang penzaliman dan salahguna kuasa. Ia adalah sejauh mana undang-undang negara ditegakkan.

Kalau sekarang ia dibuat dengan membelakangkan undang-undang negara, apa jaminannya orang lain tidak melakukan perkara yang sama.

8 tuntutan tu nampaknya taklah memberi justifikasi kuat perhimpunan perarakan ini dilakukan. Mudaratnya lebih besar dari manfaatnya. Lebih berkesan tuntutan ini dibawa dan bantu SPR untuk selesaikannya.

Satu lagi, memang dah lumrah hidup. Tuntut 8 takkan lah mesti semua dipenuhi serentak dan selesai pada waktu yang singkat. Bukan tak ada penjelasan.

Yang sokong perhimpunan ini, baik untuk bersih baik untuk tentang bersih. Tak payahlah. Tak payahlah naikkan dan hasut rakyat untuk bangkit. Sokong bawa rebah. Tanda dan bukti ada di mana-mana. Hanya perlu buka mata, hati dan akal.

Sokong? Saya tak sokong. Saya benci dengan penghasut yang ingin sangat dan suka lihat ketidaktenteraman, kucar kacir dan mencabar kedaulatan undang-undang negara.