Sememangnya umat Islam dituntut untuk mempunyai akhlaq pekerti yang baik dan mulia. Ironinya pula, umat Islam jugalah yang paling susah untuk menyerlahkan pekerti mulia dan terpuji ini.
Memang tak lepas daripada mulut setiap penceramah dan pendakwah agama mulia ini untuk merujuk keperibadian Muhammad yang Allah berselawat ke atasnya. Betapa peribadi Rasul Allah ini amatlah mulia dan amatlah terpuji. Maka wajiblah umatnya ini mencontohi suri tauladan yang ditunjukkannya.
Begitulah, antara Iman, Islam dan Akhlaq, umat ini seringkali tidak dapat mengimbanginya. Maka timbullah banyak kumpulan yang menunjangi satu cabang sahaja, seringkali mendakwa cabangnya dapat menjamin syorga Allah, juga mendakwa bahawa kumpulannya lebih beriman daripada kumpulan yang lain dan menjamin azab ditimpa Allah kepada kumpulan itu.
Sedangkan akhlaq mereka langsung tidak terjaga. Umat ini mendakwa umat ini adalah yang terbaik. Tapi sayang terbaik hanya dimulut tetapi relitinya jauh sekali.
Begitulah mungkin akhlaqnya umat islam ini. Dengan teknologi yang ada, suri tauladan yang buruk ini hanya menyerlahkan kehebatannya. Bacalah post-post yang ada di sini [sudah tentu tidak semuanya] dan di sini dan di sini.
Lihatlah sekeliling. Tidak kurang juga di sekeliling kita manusia yang tinggi pekerti luhurnya. Kuat integritinya. Entah bagaimana seringkali juga didapati sumber kekuatan integriti ini datang daripada manusia yang umat ini labelkan dijamin azab oleh Allah. Baca sini.
Iyakah begitu?
Monday, May 31, 2010
Tuesday, May 25, 2010
10 tahun
Tanggal 26 Mei 2010. 10 tahun ikatan dijalin bersama. Suka dan Duka masing-masing merasa. Semoga ikatan ini akan sentiasa tersimpul erat hingga ke akhir hayat.
Monday, May 24, 2010
Istana Kayangan
Tenang hati dapat menikmati suasana Kundasang yang indah dan permai. Walaupun kehadiran di sini kerana keperluan tugas, namun alhamdulillah, dapat juga membawa isteri dan anak-anak bersama.
Kebesaran Ilahi.. sungguh gah menjadi pasak kepada kepualauan Borneo ini. Namun gahnya mudah hilang dengan kepulan awan yang meliputinya. Justeru ia dihayati dan dihargai tatkala kebesarannya menjelma..

Thursday, May 20, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Pengambilalihan Pengurusan Lebuhraya Bertol
Orang di Borneo ini tidak dapat menikmati kemudahan Lebuhraya yang hebat dan gah seperti di Semenanjung sana.
Justeru cadangan pengambilalihan besar-besaran pengurusan Lebuhraya bertol oleh satu syarikat ini perlu dipertimbangkan semasak-masaknya oleh Kerajaan.
Harap ulasan di sini dapat membantu mereka membuat keputusan.
1Malaysia.. Rakyat didahulukan Pencapaian di utamakan.

Lesen Judi Piala Dunia
Tak nak.. Tak sokong..Membantah sekeras-kerasnya.. Membenci sehabis-habisnya..
1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Walk the talk, please.
Selepas PRU lalu.. dasarnya ialah bukan lagi Government knows best tetapi People knows best. Nampaknya dah lupa dah...
Banyak suara rakyat yang menentang. Terutama umat Islam negara ini. Dengarlah suara mereka dan jadikanlah negara ini Negara Makmur yang dinaungi Tuhan.
Baca sini dan sini.

Subscribe to:
Posts (Atom)