Monday, May 31, 2010

Kemuliaan diri

Sememangnya umat Islam dituntut untuk mempunyai akhlaq pekerti yang baik dan mulia. Ironinya pula, umat Islam jugalah yang paling susah untuk menyerlahkan pekerti mulia dan terpuji ini.

Memang tak lepas daripada mulut setiap penceramah dan pendakwah agama mulia ini untuk merujuk keperibadian Muhammad yang Allah berselawat ke atasnya. Betapa peribadi Rasul Allah ini amatlah mulia dan amatlah terpuji. Maka wajiblah umatnya ini mencontohi suri tauladan yang ditunjukkannya.

Begitulah, antara Iman, Islam dan Akhlaq, umat ini seringkali tidak dapat mengimbanginya. Maka timbullah banyak kumpulan yang menunjangi satu cabang sahaja, seringkali mendakwa cabangnya dapat menjamin syorga Allah, juga mendakwa bahawa kumpulannya lebih beriman daripada kumpulan yang lain dan menjamin azab ditimpa Allah kepada kumpulan itu.

Sedangkan akhlaq mereka langsung tidak terjaga. Umat ini mendakwa umat ini adalah yang terbaik. Tapi sayang terbaik hanya dimulut tetapi relitinya jauh sekali.

Begitulah mungkin akhlaqnya umat islam ini. Dengan teknologi yang ada, suri tauladan yang buruk ini hanya menyerlahkan kehebatannya. Bacalah post-post yang ada di sini [sudah tentu tidak semuanya] dan di sini dan di sini.

Lihatlah sekeliling. Tidak kurang juga di sekeliling kita manusia yang tinggi pekerti luhurnya. Kuat integritinya. Entah bagaimana seringkali juga didapati sumber kekuatan integriti ini datang daripada manusia yang umat ini labelkan dijamin azab oleh Allah. Baca sini.

Iyakah begitu?

No comments: