Wednesday, July 19, 2017

Pesankan kepada anak

*JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK* :

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- Nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana.

Sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnected. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future :

*Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak abah setiap hari... sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang*
*jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak abah setiap malam... nanti ada juga peneman mak di kubur*
*Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari*

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

*Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je* Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

*Sebab dulu, kita jaga anak carefullly everyday*
*Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali*

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, *antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana*

*Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana*

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah,

*Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup* *Cuma berpindah medium (alam barzah) sahaja*

*dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga* (Surah Thur: 21).

Semoga kita sama-sama doakan ibu-bapa kita yang telah pergi,

Everyday.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Assalamuaalaikum👆🏽

No comments: