Thursday, July 27, 2017

Lalai

Tadi, nak mengurangkan bosan menggosok baju, mulalah merayau kat YouTube, tertekan kat Radio IKIM.

Ustaz Pahrol kupas tentang isu LALAI.

Mak aiii.  Macam kena lempang rasanya.

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.  Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2.  Kurang berzikir
3.  Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. 

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. 

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3.  Hilang fokus dalam hidup
4.  Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  Tidak berzikir
5.  Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1.  Cari sahabat yang baik
Ustaz
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4. bnykkan zikir
5. rajin baca quran
6.Bersangka baik dgn org lain.
Bersambung lagi minggu depan, Insya Allah.

Pesan tukang catit:
Share lah andai bermanfaat.

#jentikjiwa

Monday, July 24, 2017

Ingat Allah bermusim

وَإِذَا مَسَّ ٱلْإِنسَٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُۥ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.(Yunus - 12)

Amalan baik.

Surah2  Al Quran yang baik dibaca untuk mengelak/ mengubati terkena sihir atau santau

mulakan dengan:
- istigfar 3x
- selawat 10x
- Al Fatihah 1x
- Ayat kursi 1x

1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

in sha Allah jadikan amalan di waktu pagi dan petang..

Wednesday, July 19, 2017

Pesankan kepada anak

*JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK* :

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- Nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana.

Sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnected. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future :

*Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak abah setiap hari... sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang*
*jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak abah setiap malam... nanti ada juga peneman mak di kubur*
*Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari*

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

*Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je* Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari.

*Sebab dulu, kita jaga anak carefullly everyday*
*Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali*

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengn harta-pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya.  Saya fikir, *antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana*

*Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana*

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yg mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah,

*Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup* *Cuma berpindah medium (alam barzah) sahaja*

*dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga* (Surah Thur: 21).

Semoga kita sama-sama doakan ibu-bapa kita yang telah pergi,

Everyday.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Assalamuaalaikum👆🏽

Wednesday, July 12, 2017

Jangan ujub dengan amalan baik kita

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan.
Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong.
Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,

*"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".*
·
Hasan  terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan
Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati
bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah,
daripada diri kita.

Ilmu Allah  amatlah luas.

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.

Saudaraku
molek cerita ni
Ia boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari
sifat mazmumah.

Walau sehebat mana diri kita
jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kalian"

YANG..

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "mengumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Takdir kita.

Satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut
#copypaste
#Allah sebaik-baik perancang
#Allah sebaik-baik pelindung

Tuesday, July 11, 2017

Sangkaku elok rupanya tidak.

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥Nice info..

Aku Sangka Aku Alim Warak Solat Saf Depan Jadi Orang Masjid. Istiqomah Ibadah Tapi Aku Tak Sedar Anak Anak Aku Tak Solat Pun Masa Aku Solat. ALLAH HINA AKU...

Aku Rasa Akulah Orang Yang Paling Bagus Siang Malam Pergi Masjid... Tapi Bini/Suami Aku Dok Mengumpat Mengata Jaja Cerita Orang Merata-Rata... ALLAH HINA AKU...

Aku Sangka Aku Hebat Baca Al-Quran Setiap Hari.. Khatam Tiap Tiap Bulan Rupanya Anak Pompuan Aku Dedah Aurat Slamber Belakang Aku. ALLAH HINA AKU...

Aku Rasa Seronok Hari Hari Sedeqah... Tapi Aku Lupa Ambik Tau Sanak Saudara Aku Kesempitan Dalam Hidup.Berhutang Meminjam Merata-rata...
ALLAH HINA AKU...

"Ya ALLAH Tutupilah AibKu, Amankanlah KetakutanKu, Ampunilah KesalahanKu".

Adakalanya Kita Tak Sedar Yang ALLAH HINA DIRI Kita Dengan Kekhilafan Isteri/Suami Kita, Anak2 Kita, Saudara Mara Kita, Jiran Tetangga Kita Mahupun Masyarakat Kita. Tanpa Kita Sedar... Melihat Kejahilan Orang Lain Muhasabahlah... Jadikan Ikhtibar Buat Diri Sendiri Dan Keluarga. Agar Jadi Pedoman Buat Peringatan. Sama Sama Ingat!

Semoga Ada Manfaatnya
Selamat Beramal...

Monday, July 10, 2017

Pesan kepada yang berumur 50an

Assalamualaikum semua. Ini adalah nasihat bagi yg usianya hampir 50an atau lebih. Amalkan lah nasihat ini sebaik mungkin.
*BERAPA UMURMU..?*
*SUDAH 50 TAHUN?*

Firman Allah SWT : *"...Bukankah Kami telah memberimu umur sehingga kamu sempat mengingat bagi sesiapa yang mau mengingat?"*
_(Fathir : 37)_

*"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"* _(HR.Bukhari)_

Al-Khattabi berkata : *"Maknanya, orang yg Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. Karena usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dgn kematian,*

maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dgn khusyuk, dan *bersiap2 bertemu Allah."*
_(Tafsir al-Qurthubi)_

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya : *"Berarti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"*

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun :

*🌿Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.*

*🌿Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih.*

*🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.*

*🌿Jangan gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dg rasa sabar dan bersyukur.*

*🌿Perbanyak doa mengharap keridha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.*

*🌿Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.*

*🌿Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.*

*🌿Kerapkan menjalin silaturahim dan merekatkan hubungan yang renggang sebelumnya.*

*🌿Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.*

*🌿Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.*

*🌿Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.*

*🌿Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.*

*🌿Berhentilah dari semua maksiat !*
*mata, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yg bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yg tidak baik dan yg tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

*🌿Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa*

*🌿penuhi terus hati dan lisan kita dg istighfar & taubat utk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu.*

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun.
karena...

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

KH. Abdullah Gymnastiar
https://www.facebook.com/KH.Abdullah.Gymnastiar/posts/1605637172803183

Thursday, July 6, 2017

Penerangan Ahlus Sunnah dalam beberapa isu

*Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama'ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah*. (Y)

*AL BAYAN - terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq*.

1. *Maulidul Rasul* 
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. *Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.pdf

3. *Doa Qunut, Zikir dan Wirid*

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wirid_bidah.pdf

4. *Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. *(Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. *Menjawab Persoalan Tawassul*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_6_tawassul.pdf

7. *Tareqat dan Tasawwuf*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.pdf

8. *Barzanji*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. (Menjawab Persoalan Bid'ah*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. *Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_ok.pdf

11. *Kepentingan Mazhab*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. *Bahaya Islam Liberal*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_21_bahaya_Islam_libral_adli_712.pdf

13. *Kebatilan Aqidah Syiah*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. *Kebatilan Aqidah Syiah 2*
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

*SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN* !.

*WAHHABI/SYIAH/LIBERAL MENYERANG, KITA MENJAWAB DENGAN TERANG SUPAYA KEBATILAN TERPADAM*.

Bila Allah bagi... bila Allah tak bagi

ALHAMDULILLAH,ALLAH MAHA MENGETAHUI....

Sedikit tazkirah ye...
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. . Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"
....... Salam Syawal ......