السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh: 12 Mei 2017
15 Sya'ban 1438
Tajuk: Didiklah Anak
1) Mudah2an Allah memberkati usaha kita dlm mendidik anak2 utk menjadikn mereka anak2 yg taatkn Allah dan RasulNya.
2) Firman Allah surah Luqman/33 bermaksud: "Wahai sekelian manusia: bertaqwalah kpd Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yg pdnya seseorng ibu atau bapa tidak dapat melepaskn anaknya dari azab dosanya dan seseorng anak pula tidak dapat melepaskn ibu atau bapanya dari azab dosa masing2...........
Sesungguhnya janji Allah itu benar............."
2) Luqmanul Hakim- seorng hamba Allah yg soleh; Allah kurnia ilmu pengetahuan, kefahaman dan hikmah kebijaksanaan; hidup di zaman Nabi Daud AS.
3) Wasiat Luqman kpd anaknya;
3.1) Jangan mensyirikkn Allah- Firman Allah surah Luqman/13 bermaksud: "..........Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dgn sesuatu yg lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yg besar."
3.1.1) Wasiat- Laksanakn ibadat kerana Allah; mentauhidkn Allah; mengesakan Allah; pergantungan hidup kpd Allah bukan kpd makhluk.
3.2) Berbuat baik kpd ibubapa-
Firman Allah surah Luqman/14 bermaksud: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibubapanya..............bersyukur kpdKu dan kpd kedua ibubapamu ................."
3.3) Menggalakn berbuat kebaikan walau kecil di mata manusia- Firman Allah surah Luqman/16 bermaksud: ".......... sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yg baik atau yg buruk) seberat biji sawi sekalipun......
.......sudah pasti dibalas oleh Allah (utk dibicarakn dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah amat halus pengetahuanNya..............."
3.4) Mendirikan solat- Firman Allah surah Luqman/17 bermaksud: "............dirikanlah
solat dan suruhlah berbuat kebaikn serta laranglah dari melakukn perbuatan yg munkar
................."
3.5) Jangan menghina manusia dan berlagak sombong- Firman Allah surah Luqman/18 bermaksud: "Dan jgnlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah kpd manusia) dan jgnlah engkau berjalan di bumi dgn berlagak sombong................"
3.5.1) Sabda RSAW bermaksud: "janganlah menghina seseorng dan jgn meremehkn kebaikn sedikitpun walau dgn memberi senyuman kpd sdaramu apabila berjumpa." -HR: Imam Ahmad.
4) Smga anak2 kita menjadi pembela2 agama Allah spt Firman Allah surah Al-maidah/55-56 bermaksud: "...................dan sesiapa yg menjadikn Allah dan RasulNya serta orng2 yg beriman itu penolongnya (dapatlah ia kemenangan) kerana sesungguhnya golongan (yg berpegang kpd agama) Allah, itulah yg tetap menang."
باراك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment