Friday, May 31, 2013
Saturday, May 25, 2013
Friday, May 24, 2013
Kuasa Allah yang maha besar.
MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.
Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.
Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.
Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).
Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini."Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda."Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. -
Reuters Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2UDbyFUBE Hakcipta terpelihara
Sunday, May 19, 2013
What The Chinese People Want
Tuesday, May 7, 2013
POLITIK LAGI
Ada bersih 1, 2 & 3. Ini bermaksud PR tidak iktiraf kerajaan lalu juga. Dan PR juga tidak iktiraf kerajaan PR 2008 dan 2013 juga.
Semua rakyat ada hak untuk fikir dan buat keputusan dan bertindak. Tapi sejauh mana garis sempadannya. Adakah sehingga kerajaan sekarang jatuh, atau sehingga negara ini hancur akibat rakyat turun ke jalanan? Sejauh mana garis sempadannya.
Gunalah saluran diplomatik. Gunalah saluran undang-undang. Kita merdeka juga begitu.
Monday, May 6, 2013
USUL KEPADA PAKATAN RAKYAT.
Saya memang nak menulis mengenai perkara ini tetapi mendapati ia telahpun disentuh oleh blogger ondastreet.
Pakatan Rakyat perlu lebih hebat daripada apa yang telah dilakukan sekarang. Bukan cara turun ke jalan. Kita tahu apa akan jadi jika itu dilakukan. Gambaran itu memang telah dinyatakan oleh AI hari ini.
Ingatlah bahawa rakyat dan saya tidaklah selamanya menyokong BN jika PR menjaga tatasusila dan membuktikan kewibawaannya.
PASCA PRU 13
Ketika ini semua menilai semula apa yang telah berlaku. Kesimpulan saya, BN menang dan dapat kerajaan. PR menang dan dapat rakyat.
Sunday, May 5, 2013
PILIHANRAYA UMUM 13.
Masanya dah tiba. Ubah atau lain kali ubah. Kita tengok saja siapa yang kena!
@@@
Berdebar-debar? Memang pun. Calon-calon dan petugas sudah tentu lebih Berdebar-debar. Yang pastinya pemenang adalah negara.
@@@