Friday, October 26, 2012

Salam Korban 1433

Saya mengucapkan salam Aidil Adha 1433H/2012M. Maaf Zahir dan Batin. Hari kebesaran Islam yang kedua tiba lagi. Syukur kepada Allah Ta'ala kerana masih sempat menyedut udaraNya menikmati keindahan dan kegembiraan hari besar ini. Apatah lagi bersama keluarga terdekat.

Jadual haji saya hanya pada 2031. Itu bermakna umur saya ketika itu ialah 59 tahun. Itupun kalau masih nyawa yang ada masih dipinjamkan oleh Allah. Kekuatan masih diberikan olehNya. Mudah-mudahan dapat juga ke tanah suci lebih awal daripada itu dengan izinNya.

Ketika ini berjuta yang berhaji sekarang mengangkat tangan meminta dan berdoa kepada Allah. Apakah doa yang paling utama dan mesti dirafakkan kepadaNya? Doa sihat? Doa Bahagia? Doa kebaikan? Doa bertemu jodoh? Tak mengapa. Berdoalah. Semoga setiap hati penunai haji ini mendoakan kesejahteraan umat islam seluruhnya. Doakanlah kesatuan hati umat Islam ini. Doakanlah umat Islam ini menjadi umat terbaik yang sebenarnya. Tidak setakat disebut di dalam al Quran, tetapi dibuktikan dan diiktiraf oleh seluruh umat. Doakanlah umat Islam kuat hatinya, ringan tulangnya, tajam akalnya. Doakanlah kesejahteraan umat Islam di serata dunia. Doakanlah umat Islam tidak menumpahkan darah saudara seakidahnya. 

Sesungguhnya kita berdoa kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tetapi kesejahteraan di dunia ini seperti belum diperolehi, maka bagaimana pula kita yakin kita ini akan sejahtera di akhirat sana.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Mungkin inilah yang diperlukan. Korban. Mengorbankan kepentingan sendiri untuk kebaikan orang lain. "daging dan darah binatang korban tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ketakwaan kamu. demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan (al Hajj: 37)

Melakukan kebaikan perlu dijadikan kebiasaan. Untuk menjadikan kebaikan itu suatu kebiasaan, ia perlu dilakukan sama ada suka atau tidak. Melakukan kebaikan walaupun tidak menyukainya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan adalah mujahadah. Pengorbanan adalah ketaqwaan. 

Mungkin inilah kuncinya. Kunci kepada kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Berkorbanlah akan diri, harta dan jiwa kita dan berikanlah kepada orang lain yang memerlukan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar .

Salam Aidil Adha.




Monday, October 8, 2012

Filipina, MILF setuju akhiri keganasan

ALHAMDULILLAH

Leonen (dua dari kiri) bersama Malaya (dua dari kanan) pada sidang media di Kedutaan Filipina, semalam. - Foto Yazit Razali
Leonen (dua dari kiri) bersama Malaya (dua dari kanan) pada sidang media di Kedutaan Filipina, semalam. - Foto Yazit Razali


Usaha Malaysia jadi orang tengah bawa keamanan di Mindanao berjaya

Kuala Lumpur: Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai keputusan bersejarah, kelmarin untuk mengakhiri pertumpahan darah dan mewujudkan wilayah Bangsamoro di kawasan separuh autonomi di Mindanao. Rangka Kerja Perjanjian mengenai wilayah Bangsamoro yang ditandatangani wakil Kerajaan Filipina dan pemimpin MILF di ibu negara itu, membuka jalan kepada perjanjian damai yang bakal dimeterai pada 15 Oktober ini di Manila.
Realisasi perjanjian bersejarah 
“Saya amat gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara,” Benigno S Aquino, Presiden Filipina
Inisiatif Malaysia khususnya Datuk Seri Najib Razak untuk merealisasikan perjanjian bersejarah itu diumumkan serentak oleh Presiden Filipina, Benigno S Aquino di Manila dan wakil Kerajaan Filipina, Marvic Leonen pada sidang media di sini.

Leonen menandatangani bagi pihak kerajaan Filipina manakala Mohagher Iqbal untuk MILF di hadapan fasilitator Malaysia, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohammed.

Mengulas kejayaan bersejarah itu, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pihak menunjukkan hasrat mereka untuk menamatkan keganasan yang berlaku selama berdekad dan memuji usaha mereka mencapai persetujuan meskipun berbeza pendapat. 

“Pujian patut diberikan kepada Presiden Benigno Aquino kerana komitmen beliau yang tidak berbelah-bahagi untuk mewujudkan keamanan di Filipina. 
“Saya amat gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pegang teguh komitmen

Najib berkata, penting bagi semua pihak berpegang teguh dengan komitmen mereka dan berusaha ke arah era baru yang aman di Filipina selain memastikan Bangsamoro menikmati keamanan yang sememangnya menjadi hak mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau berbesar hati Malaysia dapat membantu memudahkan rundingan itu sejak 2001 dan meneraju Pasukan Pemantau Antarabangsa sejak 2004. 

Najib berkata, beliau akan terus bekerja rapat dengan Presiden Aquino bagi melaksanakan rangka perjanjian itu.

“Sebagai menghormati janji kepada Presiden, saya tidak sabar untuk berkunjung ke Manila bagi menyaksikan sendiri majlis menandatangani perjanjian bersejarah ini,” katanya.

Sementara itu di Manila, Aquino berkata, pelan perdamaian awal dengan MILF adalah pencapaian terbesar rundingan selepas pemberontakan berterusan lebih sedekad.

Aquino mengumumkan secara langsung melalui televisyen pelan mewujudkan wilayah baru ditadbir puak minoriti Islam selepas rundingan diadakan di Malaysia antara perunding kerajaan dan wakil MILF.

“Rangka kerja perjanjian akan membawa kepada keamanan yang muktamad dan berkekalan untuk Mindanao. 

“Ini bermakna tangan yang memegang senapang sebelum ini akan digunakan untuk membajak, menjual hasil, mengurus tempat kerja dan memberi peluang kepada semua,” katanya.

Duta Filipina ke Malaysia, J Eduardo Malaya turut mengucapkan terima kasih kepada Najib di atas kerjasama diberikan kerajaan Malaysia selama ini.

Harapan baru buat rakyat Filipina

Beliau turut menganggap perjanjian yang akan dicapai kelak sebagai harapan baru buat rakyat Filipina termasuk bagi umat Islam, Lumad dan Kristian.

“Kami berterima kasih kepada Najib dan wakil fasilitator rundingan damai dan masyarakat antarabangsa yang terus berusaha dengan sabar bersama Aquino dan panel perundingan bagi memastikan memperoleh keamanan dikehendaki,” katanya.

Naib Pengerusi MILF bagi Hal Ehwal Politik, Ghazali Jaafar pula dilaporkan AP/AFP berkata, MILF gembira dengan persetujuan itu dan mengucapkan terima kasih kepada presiden atas pencapaian berkenaan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melahirkan rasa gembira kerana kerajaan Filipina dan MILF akhirnya bersetuju untuk menandatangani rangka kerja perjanjian damai.

“Saya amat gembira kerana akhirnya usaha Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan antara kerajaan Filipina dan MILF menemui jalan penyelesaian dan mereka sanggup berdamai,” katanya.

Wednesday, October 3, 2012

Family Outing


Main tepung guna muka... 

Apa tengok-tengok
Pandai ba IIN main chess... hahaha
SMK TOBOBON.. sekolahnya tinggi...
AAN...mau bikin kek lapis...
Encem bah AAN...
Kami dapat nombor 3 keseluruhan.. dapat hamper... naaaa....