Thursday, November 24, 2011

Seksyen 15 AUKU

Sejarah dicipta hari ini. Walaupun baru diumumkan di Parlimen, seksyen 15 yang telah wujud sepanjang 40 tahun akhirnya akan dipinda. Tidak pasti adakah seksyen 15 ini akan dimansuhkan atau dipinda beberapa subseksyennya.


Tahniah kepada semua mahasiswa mahasiwi. Akhirnya bolehlah semua menjadi ahli politik parti pilihan masing-masing.


Lanskap pengurusan pelajar di IPTA pasti berubah. Sama ada makin hebat dengan tuntutan pelajar atau menjadi medan beradu antara parti.


Sekurang-kurangnya Kerajaan kini boleh mengetahui secara pasti kekuatan parti politik di setiap IPTA. Congak sajalah kemudian apa yang perlu dilakukan selepas itu.


Pengurusan universiti juga akan menghadapi dimensi yang baru. Lucu juga difikirkan. Selepas ini, tak perlulah lagi ada pasukan pemantau pilihanraya. Special Branch tak payah risaukan tentang pelajar lagi. Kos pentadbiran urusan-urusan sebegini taklah perlu ditanggung lagi. Bagus jugalah, bolehlah segala tenaga yang ada ditumpukan kepada perkara-perkara yang lain.


Dapat jugalah dibayangkan pelajar satu bumbung tapi berparti lain-lain. Satu bilik banyak parti. Ada lambang bulan, roket, mata biru, dan keris sebatang. Seorang menyorak seorang akan masam. Silap haribulan, tarik muka jadi tarik suara kemudian tangan pula mengambil alih.


Tapi tak mungkinlah kut. Pelajar matang dah. Tahu mana prioriti. Tak percaya tengok kat CGPA lah. Ramai pelajar kelas 1.


Semoga Jabatan Hal Ehwal Pelajar selepas ini pelajar makin sayang. Pegawai pun dah boleh tidor nyenyaklah sekarang.


Selamat menjalankan tugas masing-masing.


Published with Blogger-droid v2.0

No comments: