Thursday, November 24, 2011

Seksyen 15 AUKU

Sejarah dicipta hari ini. Walaupun baru diumumkan di Parlimen, seksyen 15 yang telah wujud sepanjang 40 tahun akhirnya akan dipinda. Tidak pasti adakah seksyen 15 ini akan dimansuhkan atau dipinda beberapa subseksyennya.


Tahniah kepada semua mahasiswa mahasiwi. Akhirnya bolehlah semua menjadi ahli politik parti pilihan masing-masing.


Lanskap pengurusan pelajar di IPTA pasti berubah. Sama ada makin hebat dengan tuntutan pelajar atau menjadi medan beradu antara parti.


Sekurang-kurangnya Kerajaan kini boleh mengetahui secara pasti kekuatan parti politik di setiap IPTA. Congak sajalah kemudian apa yang perlu dilakukan selepas itu.


Pengurusan universiti juga akan menghadapi dimensi yang baru. Lucu juga difikirkan. Selepas ini, tak perlulah lagi ada pasukan pemantau pilihanraya. Special Branch tak payah risaukan tentang pelajar lagi. Kos pentadbiran urusan-urusan sebegini taklah perlu ditanggung lagi. Bagus jugalah, bolehlah segala tenaga yang ada ditumpukan kepada perkara-perkara yang lain.


Dapat jugalah dibayangkan pelajar satu bumbung tapi berparti lain-lain. Satu bilik banyak parti. Ada lambang bulan, roket, mata biru, dan keris sebatang. Seorang menyorak seorang akan masam. Silap haribulan, tarik muka jadi tarik suara kemudian tangan pula mengambil alih.


Tapi tak mungkinlah kut. Pelajar matang dah. Tahu mana prioriti. Tak percaya tengok kat CGPA lah. Ramai pelajar kelas 1.


Semoga Jabatan Hal Ehwal Pelajar selepas ini pelajar makin sayang. Pegawai pun dah boleh tidor nyenyaklah sekarang.


Selamat menjalankan tugas masing-masing.


Published with Blogger-droid v2.0

Tuesday, November 22, 2011

KEJAYAAN

Tahniah. Banyak kejayaan dapat dilihat disekeliling kita sekarang ini. Paling cilik, anak-anak yang baru terima keputusan UPSR. Tahniah kepada abang ipar Saflee yang anaknya memperolehi 4A1B. Juga anak rakan sepejabat, Majlimawati yang sama pencapaiannya 4A1B.


Tahniah kepada Team Malaysia yang berjaya memperolehi emas. Paling sukar, emas bola sepaklah.


Semua ini datang tidak bergolek di depan mata. Perlu usaha keras. Perlu pengorbanan. Perlu komitmen.


Itu undang-undang semulajadi.


Published with Blogger-droid v2.0

Monday, November 7, 2011

KISAH KORBAN KAMI

Semoga ibadah korban kami diterima Allah S.W.T Amin.


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI

Dirafa'kan doa kepada Allah Subhanahu wa Taala semoga umat Islam di seluruh dunia dilimpahi rahmat dan kebahagiaan semasa hidup di dunia ini dan juga di akhirat nanti.


Tatkala seluruh tetamu Allah di Mekah kini menumpukan sepenuh perhatian dengan ibadah haji bermula wukuf di arafah pada ketika ini, sama-samalah kita mendoakan agar diri kita juga mampu dan diperkenankan Allah menjadi tetamunya pada suatu hari nanti.


Semangat korban pada sambutan aidul adha ini perlu diamalkan dan dilakukan penuh ikhlas dan hati yang bersih. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah S.W.T.


Selamat menyambut hari raya haji. Selamat menunaikan ibadah korban. Maaf zahir dan batin.


Published with Blogger-droid v2.0