Sunday, January 30, 2011

Jipun manang..


Final Australia vc Jepun memang menarik. Akhirnya Jepun menang Piala Asia untuk kali ke-4. Pemain berpengalaman lawan Pemain muda. Akhirnya berpihak kepada Pemain muda. Pemain bertubuh besar dan sasa lawan pemain bertubuh kecil. Akhirnya berpihak kepada pemain bertubuh kecil. Sistem permainan ala Inggeris lawan permainan bersistem eropah. Akhirnya berpihak kepada sistem eropah.


Tahniah kepada Jepun. Walaupun saya lebih menyokong Australia sebenarnya. Bukan apa, mengenangkan orang Australia ni banyak juga jasanya kepada Malaysia semasa penjajahan Jepun di Malaysia dahulu walau apapun niatnya. Mereka inilah jadi orang hadapan mempertahankan negara. Mereka inilah juga yang ramai terkorban.




No comments: