Thursday, August 17, 2017

Kita semua ada nilainya

*Tazkirah Pagi (17.08.2017)*

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan.

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa, tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah juga dengan pahala.....

Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu

Saturday, August 12, 2017

Sayangnya Allah

Sayang nya Allah
====================

Sering saya merungut-rungut sekiranya anak mengulang  kesilapan yang sama setiap hari. Seiring itu, ketika anak memohon maaf, saya akan susuli dengan bebelan yang panjang, kenapa masih ulang lagi kesilapan yang sama?

Penat.

Tiba-tiba terfikir, bagaimanalah jika Allah juga 'penat' dengan dosa yang kita lakukan setiap hari?

Kita sendiri sering mengulang-ulang dosa kepada Allah, khilaf, lalai dan bertaubat. Namun yang Allah janjikan ialah keampunan dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.

Maka, adakah patut kita marah kepada anak yang mengulang-ulang kesalahan dan mohon ampun maafnya kepada kita, kita balas dengan bebelan yang panjang.

Insaf.

Marahlah, untuk mendidik. Bukan kerana mahu melepaskan nafsu dek kerana perasaan penat itu tadi.

Kalaulah mendidik anak, semudah hari ni ajar, esok dah pandai. Hari ni marah esok dah jeran nak buat salah. Hari ni di tegur, terus ingat sampai bila-bila. Tidaklah Allah merakamkan kisah dan ujian kesusahan nabi mendidik umat di dalam Al Quran.

Betapa manusia ni seperti fitrahnya seorang anak, sentiasa dalam keadaan khilaf, tidak tahu, mengulang-ulang kesalahan dan taubat.

Salah. Taubat. Kembali. Ulang. Sampai, dijemput tuhan.

Anak ini refleksi hubungan engkau dengan tuhan. Betapa engkau ingin di dengari kata-katamu oleh anak, dahulu kan lah dengan mengikut apa yang di suruh Allah.

Degil anak kepada kita, culas nya anak dengan Al Quran, seringnya anak melakukan kesilapan, cermin lah juga betapa degilnya kita kepada tuhan, betapa culasnya kita dengan Al Quran, dan betapa seringnya kita juga mengulangi kesilapan.

Tuhan, moga kami tidak pernah penat bertaubat sebagaimana seringnya kami melakukan khilaf.

Salam Jumaat Barokah
11 Ogos 17

Mahamad Hisham Yusop

Friday, August 11, 2017

Kisah dakwah dan aturan Allah

*'Kisah Budak Kecil Yg Perlu Di jadikan Teladan .. !'*

“Pd setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan Solat Jumaat, seorg Imam dan anaknya yg berumur 7 tahun akan berjln menyusuri jln di Kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk *“Jln² Syurga”* dan beberapa karya Islamik yg lain.

Pd satu Jumaat yg indah, pd ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah² Islam itu, .. di mana hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun ...

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yg masih kering dan panas dan seraya berkata :

“Ayah! Sy dah bersedia.”

Ayahnya terkejut dan berkata :

“Bersedia utk apa?”

Jawab anak nya:

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah .. ?”

Ayah nya membalas :

”Anakku .. !
Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”

Kata anak nya lagi:

”Ayah bukankah masih ada manusia yg akan masuk neraka , walaupun ketika hujan turun .. ?.”

Ayahnya menambah :

“Ayah tidak bersedia hendak keluar dlm keadaan cuaca sebegini”

Dgn merintih anaknya merayu :

“Benarkan saya pergi ayah .. !”

Ayahnya berasa agak ragu² .. namun menyerahkan risalah² itu kpd anaknya ... & lalu berkata :

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu .. !”

Anak nya menjawab :

”Terima kasih Ayah ... !”

Dgn wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dlm kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah² tersebut kpd sesiapa pun yg dijumpainya.

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kpd penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah *“Jln² Syurga”* ada pada tangannya.

DIm berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai .. jika masih ada risalah di tangannya ...   Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari .. mencari siapa yg akan diserahkan risalah terakhirnya itu .. namun gagal.

Akhirnya .. dia ternampak satu rumah yg agak terperosok di jln itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.

Apabila sampai shj anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lg ...
namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu ...
namun sekali lg tiada jawapan.

Ada sesuatu yg memegang nya drpd pergi,
... mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lg.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorg perempuan dlm lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

Wanita itu bertanya .. :

“Nak .. , apa yg makcik boleh bantu .. ?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah Malaikat yg turun dari langit.

“Makcik,
maaf sy mengganggu,
sy hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik
dan
sentiasa memelihara makcik.

Sy dtg ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini
dan
makcik adalah org yg paling bertuah.”

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

Wanita itu membalas :

”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu”
dlm nada yg lembut.

Minggu berikutnya .. sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.

Sebelum selesai dia bertanya :

“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu .. ?”

Tiba² sekujur tubuh bangun dgn perlahan dan berdiri.

Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Sy rasa tiada sesiapa dlm perhimpunan ini yg kenal sy.

Sy tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.

Utk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas sy bukan seorg Muslim.

Suami sy meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan sy keseorangan dlm dunia ini .. ”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

”Pd Jumaat minggu lepas sy mengambil keputusan utk membunuh diri.

Jd sy ambil kerusi dan tali.

Sy letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menurun.

Sy ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lg diketatkan di leher.

Apabila tiba saat sy utk terjun, tiba² loceng rumah sy berbunyi.

Sy tunggu sebentar,
pd anggapan sy,
siapa pun yg menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.

Kemudian ia berbunyi lg.

Kemudian sy mendgr ketukan dan loceng ditekan sekali lg.”

”Sy bertanya sekali lg.

Belum pernah pun ada org yg tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas sy melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

”Seumur hidup sy, belum pernah sy melihat anak yg secomel itu.

Senyumannya benar² ikhlas dan suaranya seperti Malaikat”.

“Makcik,
maaf sy mengganggu,
sy hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik
dan
sentiasa memelihara makcik”
itulah kata² yg paling indah yg sy dgr”.

”Sy melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.

Sy kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yg hampir² menyentap nyawa sy diletakkan semula ditempat asal mrk.

Aku tak perlukan itu lg.”

“Lihatlah, skrg sy sudah menjadi seorg yg bahagia, yg menjadi hamba kpd Tuhan yg satu ... ALLAH.

Di belakang risalah terdpt alamat ini dan itulah sbbnya sy di sini hari ini.

Jika tidak disbbkan budak kecil yg dtg pd hari itu tentunya roh sy ini akan berada selama-lamanya di dlm neraka”.

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yg masih kering. Ramai pula yg berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR .. !

Imam lantas turun dgn pantas dr mimbar lantas terus memeluk anaknya yg berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yg paling indah dlm hidupnya.

Tiada anugerah yg amat besar dr apa yg dia ada pd hari ini.

Iaitu anugerah yg skrg berada di dlm pelukannya.
Seorg anak yg seumpama Malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kpd makhlukNya yg penyayang.

Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR !!

P/s: sekecil2 amalan kalau xbuat pasti d persoal kelak ... Allah ... moga dakwah walau sepotong ayat dpt sampai [truncated by WhatsApp]

Wednesday, August 2, 2017

100 peringatan quran

PANDUAN HIDUP  TERBAIK  BUAT KITA.....

*100 PERINTAH ALLAH SWT DALAM AL QUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI*

1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan arogan (QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus (QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki kamar pribadi orang tua tanpa ijin (QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesulitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan uang (QS 2 – Al Baqarah : l

16. Jangan melakukan penyuapan (QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan semena-mena (QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari prasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)

31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)

32. Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)

33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)

34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)

35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)

36. Hormatilah tamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)

38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)

39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)

40. Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)

41. Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)

42. Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)

43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)

44. Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)

45. Jangan melakukan hubungan badan saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)

46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)

47. Jauhilah hubungan badan diluar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)

48. Choose rulers by their merit Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)

49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)

50. Jangan mau dipecah belah (QS 3 – Ali Imran : 103)

51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)

52. Lelaki maupun wanita mendapat imbalan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)

53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)

54. Keluarga harus di-imami oleh seorang laki-laki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)

55. Jangan pelit (QS 4 – An Nisaa’ : 37)

56. Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)

57. Jangan saling membunuh (QS 4 – An Nisaa’ : 92)

58. Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)

59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

60. Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)

61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran (QS 6 – Al An’aam : 116)

62. Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)

63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)

64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)

65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)

66. Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

67. Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)

68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)

69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)

70. Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)

71. Kenakanlah pakaian yang bagus saat shalat (QS 7 – Al A’raaf : 31)

72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)

73. Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)

74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)

75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa karena ketidak-tahuan (QS 16 – An Nahl : 119)

76. Berseru kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)

77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)

78. Jangan membunuh anak-anakmu karena takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)

79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengtahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 36)

80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa ijin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)

82. Allah menjamin imbalan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)

83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)

84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)

85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)

86. Jangan terlibat dalam homosexualitas (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar (QS 31 - Luqman : 17)

88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)

89. Wanita dilarang memamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)

90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)

91. Jangan berputus asa akan ampunan Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)

92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)

93. Selesaikan pesoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)

94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)

95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam) (QS 57 – Al Hadid : 27)

96. Allah akan meninggikan derajat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

97. Perlakukan non-Muslim dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)

98. Hindari diri dari kekikiran (QS 64 – At Taghaabun : 16)

99. Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)

100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

Shadaqallahul adzim,
Maha Benar ALLAH SWT dengan segala FirmanNya...
ALLAHU AKBAR

Thursday, July 27, 2017

Lalai

Tadi, nak mengurangkan bosan menggosok baju, mulalah merayau kat YouTube, tertekan kat Radio IKIM.

Ustaz Pahrol kupas tentang isu LALAI.

Mak aiii.  Macam kena lempang rasanya.

Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.  Antaranya:
1. Kurang membaca Al Quran
2.  Kurang berzikir
3.  Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. 

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. 

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3.  Hilang fokus dalam hidup
4.  Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2.  Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4.  Tidak berzikir
5.  Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1.  Cari sahabat yang baik
Ustaz
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4. bnykkan zikir
5. rajin baca quran
6.Bersangka baik dgn org lain.
Bersambung lagi minggu depan, Insya Allah.

Pesan tukang catit:
Share lah andai bermanfaat.

#jentikjiwa

Monday, July 24, 2017

Ingat Allah bermusim

وَإِذَا مَسَّ ٱلْإِنسَٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَآ إِلَىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُۥ ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.(Yunus - 12)

Amalan baik.

Surah2  Al Quran yang baik dibaca untuk mengelak/ mengubati terkena sihir atau santau

mulakan dengan:
- istigfar 3x
- selawat 10x
- Al Fatihah 1x
- Ayat kursi 1x

1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

in sha Allah jadikan amalan di waktu pagi dan petang..