Thursday, October 5, 2017

لا اله الا الله

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yang mengajarkan Aqidah kepada murid-muridnya.

يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka dan menjelaskan maknanya

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah SAW

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkannya ke dalam jiwa murid-muridnya.

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing.

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakaktua.

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun senang dengan burung itu.

وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-murid nya.

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله‼
Sehingga kakaktua itu belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah".

فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Burung kakaktua itupun bisa mengucapkan (Laa ilaaha illallah) siang malam.

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي?
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru tengah menangis

وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau menjelaskan dengan teresak-esak.

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakaktua dan membunuhnya.

فقالوا له لهذا تبكي ‼
Mereka pun bertanya dengan hairan: Kerana inikah engkau menangis !!

إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Kalau anda menginginkan kami bisa datangkan burung lain bahkan yang jauh lebih baik.

رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang guru berkata: Bukan kerana itu aku menangis.

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi...Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya teriak-teriak saja sampai matinya

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia seringkali mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallah"

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat itu

ولم يقم إلا بالصراخ ‼
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya teriakan & rintihan !!!

لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu itu ia hanya mengucapkan "Laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja

فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها ‼
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

ثم قال الشيخ :
Sang guru pun berkata

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khuatir kalau nanti kita seperti kakaktua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "Laa ilaaha illallah"

بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa

ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak bisa mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para muridnya pun menangis, khuatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini

ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا !!!!
Dan kita sendiri .... apakah kita telah menanamkan kalimat "Laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص ،
Tidak ada sesuatupun yang naik ke langit yang lebih agung dibanding keikhlasan

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah

..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan

من روائع ما وصلني ..
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku

إهداء لمن أحبهم
Hadiah bagi orang-orang yang kucintai

🌹 Semoga bermanfaat

Tazkirah

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.❤

Monday, October 2, 2017

Kisah monyet & angin

_*Kisah Seekor Monyet_* 🐒

Seekor monyet sedang bergayutan betul-betul di atas sebatang pokok kelapa. Si monyet tak sedar yang dia sedang diintai oleh 3 angin besar :
🐵 Angin Taufan
🐵 Angin Puting beliung
🐵 Angin Bahorok (angin puting beliung yang kuat, panas dan kering)

3 angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa...

Angin Taufan berkata :
"Aku cuma perlukan 45 saat saja untuk menjatuhkan monyet itu..."

Angin Puting Beliung tidak mahu kalah. Kata Angin Puting Beliung :
"Kalau aku cukup 30 saat saja..."

Angin Bahorok dengan nada mengejek berkata :
"Kalau aku 15 saat, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu bermulalah pertaruhan ketiga-tiga angin itu...

ANGIN TAUFAN yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya... Wuuss...

Si monyet merasa ada angin yang bertiup kencang, lalu si monyet berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya... Setelah Angin Taufan berusaha meniupkan anginnya dengan kuat, ternyata si monyet tetap tidak bergerak. Akhirnya Angin Taufan pun menyerah...

Giliran ANGIN PUTING BELIUNG. Wuuus Wuuusss...

Dia juga meniupkan anginnya lebih keras dengan sekencang-kencangnya namun si monyet tetap tidak terjatuh juga.

Terakhir, ANGIN BAHOROK. Lebih keras dan kencang... Wuuuss... wuuuss... wuuss...!

Si monyet semakin kuat pegangannya dan tetap saja tidak jatuh.

Ketiga-tiga angin itu akhirnya mengakui si monyet memang hebat, kuat dan daya tahannya luar biasa.

Tak lama lepas tu, datang *ANGIN SEPOI-SEPOI.* Dia mengungkapkan keinginannya untuk ikut bertaruh tapi malangnya niat *ANGIN SEPOI-SEPOI* hanya dijadikan bahan ejekan oleh ketiga-tiga angin itu.

"Angin yang besar seperti kami pun tak boleh... apalagi yang kecil seperti engkau...."

Tanpa banyak bicara, *ANGIN SEPOI-SEPOI* terus meniup ubun-ubun si monyet.
_Wuuuuuiiiisss_
_Bestnya......_
_Sedapnya angin....._
_Segaaaaar...._

Mata si monyet semakin kuyu.
Tak lama lepas tu, si monyet mula tertidur dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya. Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa.

APA MAKSUD DALAM CERITA ITU?

Bila kita diuji dengan KESUSAHAN,
PENDERITAAN mahupun MALAPETAKA...
Kita jadi kuat bahkan lebih kuat dari sebelumnya!

Tapi bila kita diuji dengan.....
KENIKMATAN...
KESENANGAN...
KEASYIKAN...
PUJIAN...........
Saat itulah kita "TERJATUH".

Jangan jadi monyet seperti diatas.

Keep humble!
Kita bukan siapa - siapa.
Allah yang menutup aib kita dan menampakkan kita hebat di mata manusia.

Hijrah diri.
Hijrah hati.
Sedikit demi sedikit, asal bergerak.