Friday, April 7, 2017

Tanda hamba dunia

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Amiin..

SILA SHARE DAN SEBARKAN

#cnp

Tuesday, April 4, 2017

simpan dalam skim pencen ni

Kawan saya wassap..."Marhalis, orang gomen boleh ambil PRS ke?"
Saya pun jawab "Boleh sangattt, untuk awak tu boleh kurangkan tax"

Aiseyman...Rupa2nya ramai kawan2 saya masih tak tahu, kurang pasti dan confused. Apa PRS nih? Kenapa perlu consider PRS nih? Maafkan saya, mungkin sebelum2 ini sharing saya tak sampai kepada anda, Meh den nak citer...A to Z pasal PRS ni. Panjang siket tapi kompom korang dah tak blurr2 lagi lepas ni.

Private Retirement Scheme? PRS? Apakah?

PRS ialah satu skim pelaburan SUKARELA jangka panjang yang direka untuk membantu individu (atau majikan) membuat simpanan untuk persaraan mereka. PRS ini adalah tambahan kepada caruman mandatori KWSP. Kerajaan perkenalkan tahun 2012. Tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan disini mostly hanya boleh diambil bila umur kita 55 tahun nanti

Nak buat boleh, tak nak buat pun boleh.
Agak2nya kenapa ramai yg memilih untuk menyimpan di PRS?
(nota: Statistik terkini menunjukkan jumlah pelaburan di PRS telah melebihi RM1.6 bilion)

Jom fahamkan kenapa perlu menyimpan di PRS yang syariah compliant nih?
Saya pecahkan kepada 2 perkara, mengikut kategori umur okay.

KUMPULAN PERTAMA:
Umur anda antara 20 hingga 30 tahun tahun ini. (Mak2... Tolong take note kalau ada anak2 dalam lingkungan umur ini ye)
Dalam bajet 2017, kerajaan telah buat keputusan akan beri insentif percuma RM1k kepada golongan remaja yang menabung minimum RM1K dalam skim PRS ini.

Invest 1k, Gomen beri free 1k. Rugi kalau tak ambik. Kenapa?
Katakan umur Farhan 20 tahun, Farhan belum kerja jadi saya hadiahkan 1k kepada Farhan, simpan dalam PRS. Automatik, Gomen akan beri 1k dimasukkan terus ke dalam akaun PRS Farhan. Umur 55 tahun baru Farhan ambil duit ini.

2k ini akan jadi berapa dalam masa 35 tahun nanti?
Jika pulangan 6% setahun ia akan jadi RM15,300
Jika pulangan 8% setahun ia akan jadi RM29,500
Jika pulangan 10% setahun ia akan jadi RM56,200

Caranya sangat mudah:
 1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC
2. Eligibiliti umur 20 hingga 30 tahun.
3. Automatik kerajaan akan beri insentif RM1000 secara percuma, dimasukkan terus ke dalam akaun PRS ini
3. Biarkan pelaburan RM2000  ini sehingga umur persaraan 55 tahun
Senang sahaja dan sangat menarik πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ
Konsep yang mudah, anda simpan dan labur hari ini... lupakan - tebus pada umur persaraan.

KUMPULAN KEDUA:
Tak kisah berapa pun umur anda, dimana pun anda bekerja (swasta atau gomen atau bisnes sendiri) ... DAN anda bayar tax setiap tahun

Anda bayar tax dan tidak claim PRS? Rugi!
Kenapa rugi?
Kerajaan membenarkan tax exemption sehingga RM3,000 setahun bagi Tax Payer yang mencarum dalam skim PRS.
Berapa jumlah "Tax Saving"?
Bergantung kepada chargeable income setahun dan tax rate:
Jika income setahun RM20,000, dapat tax saving RM180
Jika income setahun RM35,000, dapat tax saving RM330
Jika income setahun RM50,000, dapat tax saving RM570
Jika income setahun RM70,000, dapat tax saving RM720
Jika income setahun lebih RM100,000, dapat tax saving RM780

Wow! banyak juga saving tu!

Caranya sangat mudah:
1. Buka akaun unit amanah PRS minimum RM1000, hanya perlukan IC
3. Buat standing instruction RM250 setiap bulan ie potong terus dari akaun bank
4. Boleh juga terus simpan selepuk RM3k
5. Setiap tahun masa isi borang tax boleh masukkan tax exemption 3k PRS

LAIN-LAIN PERKARA
Sama macam simpan dalam Unit Amanah lain, ada takaful free sehingga 100k max. Menarik! apa2 berlaku kepada kat pelabur, waris dapat duit takaful free.

Boleh share posting ini, semoga semua beroleh manfaat.

Ingin maklumat lanjut?
Rujuk http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

Boleh juga hubungi kami, PRS Consultant berdaftar:
☎☎☎
Marhalis Hasan
0197716585
Mohd Halim Mohd Yusof
0197546585

#cnp

Monday, April 3, 2017

Tazkirah lagi

Renungan hari ini

*Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yg ke-7* 🔥🔥🔥

Jibril datang kpd Rasulullah pada waktu yg tidak seperti biasa. Raut wajah tidak seperti biasa. Nampak berbeza.

Rasulullah SAW  bertanya:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kpdmu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar,  untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman drpdnya".

Lalu Rasullulah saw bersabda:
"Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawab Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

*Demi Allah*, seandainya  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

*Demi Allah,* andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7.

*Demi Allah,* andainya  seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yg di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain".
Dinyatakan dalam 1 Hadis Qudsi: "Bagaimana kamu masih bisa melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKU itu  mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yg hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat".

"Api yg ada sekarang ini, yg digunakan bani Adam untuk membakar, hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam"
-HR. Bukhari-Muslim.

ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.

"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7.

Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44.

Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.

Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dgn pintu ke 7 ?"

Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ...

*"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."*

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sholat.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yg sgt memilukan.

Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa. Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.

Banyakkan sholawat kpd  Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.

Wahai sahabat & saudara2ku, jika selama ini saya salah dan khilaf.
Ana uhibbukum fillah... Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka.
Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan aku dari neraka. 😭..Naudzubillahi min dzalik...

Wallahu'alam