DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !
Salam perkenalan,
Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.
Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.
Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku, Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?
Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.
Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.
Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.
Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.
Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.
Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.
Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.
Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku kejalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?
INI AMANAT AKHIRKU :
Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.
CADANGAN AKU :
1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.
~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~
#BahagianDakwah-Abcm
SHARING IS CARING