Umat Islam di Malaysia ada leverej. Ada kelebihan. Kita boleh bantu mereka.
Monday, September 17, 2012
Friday, September 14, 2012
Mereka tidak akan redha...
Berita harian pada hari ini ada melaporkan seperti berikut:
"Morsi kecam filem hina Islam Brussels: Presiden Mesir, Mohammed Morsi, mengutuk serangan di konsulat Amerika Syarikat di Libya yang membunuh duta Amerika dan berjanji akan melindungi kedutaan asing di Kaherah, yang menyaksikan polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di misi Amerika.
Pada masa sama, Morsi juga lantang mengecam penghasilan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad yang mula mendapat perhatian di Mesir selepas sedutan filem itu dialih bahasa ke bahasa Arab dan disiarkan di laman YouTube.
Filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat bertajuk Innoncence of Muslims itu menimbulkan kemarahan umat Islam dan menyebabkan misi Amerika diserang di tiga negara Arab iaitu Yaman, Mesir dan Libya.
Bercakap ketika melawat Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Morsi berkata beliau bercakap dengan Presiden Barack Obama dan mengutuk serangan Selasa lalu ke atas konsulat Amerika di Benghazi yang menyebabkan duta dan tiga lagi warga Amerika terbunuh.
"Kami juga mengecam keras semua yang memulakan provokasi itu dan mereka yang mendalangi kebencian itu. Pada masa sama kami berasa ia tidak mewajarkan serangan ke atas kedutaan atau konsulat.
"Mesir bertanggungjawab melindungi kedutaan dan konsulat dan rakyat Mesir tidak akan terbabit dalam tindakan menyalahi undang-undang itu," katanya sambil menambah beliau meminta Obama menghentikan tindak tanduk menyemarakkan kebencian seumpama itu. AP"
Apa yang hendak dikatakan. Umat Islam mengetahui ini dari dahulu lagi. Bahkan ada diterangkan di dalam alQuran:
Surah 2.120
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ugama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu"
Surah 5:82
"Demi sesungguhnya engkau (Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yangberiman ialah orang-orang yang berkata "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong"
Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Allah akan berikan balasannya kepada mereka. Itu pasti.
Tuesday, September 11, 2012
Tarikh ini dahulu.....
Musnah dan Gugur |
Gambar kemusnahan 9 11 |
Mastermind 9 11. Dah mati dah |
Penyerang yang berada di dalam kapal terbang yang melanggar WTC |
Selepas 13 tahun, bangunan WTC yang baru muncul semula. |
Sunday, September 2, 2012
Peringatan Quran
Surah An-Nahl, Verse 75:
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا عَبْدًا مَّمْلُوكًا لَّا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ وَمَن رَّزَقْنَاهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَجَهْرًا هَلْ
يَسْتَوُونَ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Surah Luqman, Verse 16:
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Surah Aal-e-Imran, Verse 164:
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.