Hari ini Felda Global disenarai di Bursa Malaysia . Ini peristiwa penting negara. Peneroka Felda yang juga mempunyai saham dalam FGVH ini juga sedang berdebar-debar.
Apa tidak nilai penyenaraian FGVH ini bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua terbesar di dunia selepas Facebook.
Mari kita tengok sama ada percaturan ini menjadi atau sebaliknya. Doa saya ia menjadi. Kita doakan yang terbaik walau besar manapun keraguan kita. Selamat maju jaya FELDA.
Thursday, June 28, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Seruan Kebajikan
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.(al baqarah(2): 177).
***********
Berbuatlah kebajikan sebanyak2 nya kerana inilah seruan yang paling banyak disebut dalam Alquran. Itulah yang paling baik.
Maka apabila sesiapa yang menawarkab kebaikan terhadap kita, terimalah ia. Janganlah dipersoalkan niat mereka sama ada ikhlas atau tidak sekalipun kita yakin mereka itu ikhlas atau sebaliknya. Apalagi mewar-warkan kepada umum atau orang lain mengatakan mereka itu ikhlas atau sebaliknya.
Jika kita tidak mahu menerima kebajikan orang lain, tolaklah ia dengan baik.
Selamat melakukan kebajikan dan kebaikan untuk diri, orang lain dan lain- lain.

Tuesday, June 26, 2012
Semoga Mesir Menemui Jalan Keluarnya.
Presiden baru Mesir mula tugas
2012/06/26
MOHAMED Morsi (kiri) menunggu di Ibu Pejabat Televisyen Mesir sebelum siaran langsung ke seluruh negara, semalam.
Morsi kelmarin, diisytiharkan pemenang pertama pilihan raya bebas presiden Mesir dalam sejarah modennya, berikutan pertandingan sengit dengan Perdana Menteri di bawah Mubarak, Ahmed Shafiq.
Beliau berikrar akan menjadi ‘presiden untuk semua rakyat Mesir.”
Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi berikutan kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Mesir, lapor agensi berita SPA.
“Kami menghargai pilihan ini dan berharap Tuhan akan memberikan kejayaan dan membimbing anda mengikut ajaran Islam dan berkhidmat untuk Mesir dan rakyatnya,” kata laporan yang memetik raja itu.
Lima negara Teluk lain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Oman dan Qatar turut menyambut baik kemenangan Morsi selepas pengumuman kemenangannya.
Presiden Barack Obama turut mengucapkan tahniah kepada Mesir atas kemenangan Mohamed Morsi melalui satu panggilan telefon kelmarin dan berikrar sokongan Amerika Syarikat terhadap perubahan Mesir ke arah demokrasi, kata White House.
“Beliau menekankan kepentingan untuk bekerjasama dengan Presiden Morsi yang baru dilantik atas dasar saling menghormati, berkongsi kepentingan antara Mesir dan Amerika Syarikat,” kata White House.
Obama juga menggesa Ahmed Shafiq, calon yang tewas dalam pilihan raya presiden 16-17 Jun lalu dan menggalakkan bekas perdana menteri itu meneruskan peranan dalam politik Mesir dengan menyokong proses demokrasi dan bekerja sama untuk penyatuan negara.
Bagaimanapun Israel menyatakan kebimbangan Morsi dipilih sebagai presiden Mesir, di mana media dan pegawai memberi amaran mengenai kesukaran terhadap realiti baru itu.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengeluarkan satu kenyataan berhati-hati selepas Morsi diumumkan sebagai perdana menteri yang baru dilantik secara demokrasi.
“Israel menghargai proses demokratik di Mesir dan menghormati keputusan pilihan raya presiden,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
China juga mengucapkan tahniah kepada presiden Mesir yang baru dilantik itu dengan mengatakan Beijing menghormati pilihan rakyat Mesir. – AP
**************
Ramai memandang tinggi dan penuh minat dengan kemenangan wakil Ikhwanul Musilimin memenangi pilihanraya Presiden Mesir ini.
Tinggi harapan saya dengan Presiden baru ini. Semoga Mesir akan menjadi negara yang maju, bebas rasuah, dinamik dan kekal aman. Banyak yang perlu dilakukan untuk rakyat Mesir. Kadar pengangguran tinggi, rasuah tinggi, kemisikinan tinggi. Politiking yang maha hebat. Kuasa tentera yang amat berpengaruh.
Semoga rakyat mesir menemui jalan keluarnya.
Janji Ditepati
'Janji ditepati' adalah tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2012.
Saya tidak ada masalah mengenai 'substance' tema ini. Masalah saya ialah tema ini amatlah political sifatnya dan tidak ada berbaur rasa patriotik.
Saya tidak ada masalah mengenai 'substance' tema ini. Masalah saya ialah tema ini amatlah political sifatnya dan tidak ada berbaur rasa patriotik.
Subscribe to:
Posts (Atom)