Saturday, December 31, 2011

2012

Selamat menyambut tahun baru masihi 2012. Tahun baru dengan tekad yang baru. Semoga tahun 2012 adalah tahun terbaik kita semua.Insya Allah.

Gambar-gambar di bawah ini adalah sekadar renungan dan manfaat bersama menyambut kegembiraan dan merenung dan bersedia untuk kisah kita selanjutnya.









Monday, December 26, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA: KISAH KAMI PT 3

Syukurlah. Ketika ini kami telah selamat kembali setelah 3 hari berkelana di Kuching. Merasai sedikit pengalaman dan berada sedikit di luar 'zon selesa'. Hari terakhir kami di Kuching ialah lawatan jauh ke pedalaman. Destinasi kami ialah Kg Serikin. Sasarannya ialah membeli belah di Pasar Minggu Serikin.

Bergambar untuk kali terakhir di Hotel 360 Express City Center.
 


Inilah pemandangan semasa dalam perjalanan ke Kg Serikin
Di Pasar Serikin ni macam-macam ada.Murah lagi. Ni kami di gerai telekong. Memang murah. Harga telekong bersulam kalau di KK berharga RM60. Sini RM30 ja. Rambang


dahaganya. sedap meminum pop ice orang serikin ni. Panasnya di sini. Gerai di belakang tu panjangnya sehingga 2 km.

Senang hati dapat membeli barangan idaman di sini.. kakak di belakang tu sudah tak keruan lagi.

Ni Farah punya. Jangan ambik.

Pilihan Farihin. Mainan tembak-tembak.

Muhammad pula pilih mainan belon sabun. SABUN DI BILIK MANDI, SABUUUUNNNN!!!!

Farhan pula pilih mainan manusia kumbang. Best!!!!

Sewaktu balik. Lalulintas 'jam' sehingga 2 km ke Pasar Serikin. Nasib baik kami awal sampai.

Tersesat di 'Lost World' Bau. Ada dinasor!!!! Apa lagi tangkaplah!!! gambar.

WERGHHHHHHH!!!!

garangnya! haiwan belakang tu bukannya ganas  pun. Makan daun ja dia tu.


DAN
Ini adalah aksi terakhir kami. Bermain bubut-bubut sama si Megatron. Siapa kata si Megatron ada di Singapura sahaja. Di Kuching pun ada. 







Demikianlah kisah kami bercuti-cuti di Kuching Sarawak. Insya Allah, jika ada kesempatan di lain masa, kami akan kembali lagi. Pastinya kami semua dah besar panjang. Kenangan indah ini kami abadikan di alam siber ini untuk tatapan. 

Selamat bercuti. Selamat menyambut tahun baru. Semoga Malaysia kekal aman, sejahtera dan indah seperti ketika ini.

Inilah kisah kami.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakutuh.



Friday, December 23, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA: KISAH KAMI PT.2

Jumaat: Hari No 2 penuh kami di bumi Kuching. Agenda utama ialah menjejaki Gunung Santubong. Di sana, macam-macam ada. Paling trekenal ialah Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village). Nak masuk ke perkampungan ini kena bayar. Dewasa RM60. Kanak-kanak RM40. Amacam? Masih ada hati nak masuk? Tak nak masuklah. Asal pergi menyinggah. Bagi salam. Ambik gambar. Lepas tu baliklah. Di bawah ni adalah gambar kami beraksi dengan segala kesukaan dan kebahagiaan.

Inilah gambar gunung Santubong. Puncaknya ada atas awan tu. Jadi gunakanlah imaginasi untuk menggambarkan puncaknya.
Ha! dah sampai dah ke Perkampungan Budaya Sarawak. Ambik gambar depan pintu pagarnya sajalah. Dari Kuching tak jauh. Macam dari KK ke Lokkawi ja.

Bergambar lagi depan gitar karan yang terpacak kat depan kampung budaya tu. Aktiviti menghiburkan hati tak dapat masuk dalam. RM200 lah kami kena bayar kalau nak masuk. Baik guna duit tu beli sovinir hadiahkan kepada dang sanak.

Tak percaya lagi kami dah sampai? Inilah buktinya.

Banyak sangat batang-batang macam ni terpacak depan pintu masuk kampung ni. Bergambarlah dekat batang ni. Lawakan batang tu?

Di seberang jalan Kampung Budaya ni ada satu tempat 'lepaking'. Namanya Damai Sentral. Ini adalah Baruk Amphiteater. Jadi kami ke sini. Ni gambar kami sedang berjumpa peminat. Ramai peminat kami di belakang kamera ni.

Atas permintaan peminat, maka kami sembahkan satu persembahan terhebat alaf ini dengan aksi memukau mata dan pemandangan. Penonton amat gembira sekali.
Setelah tamat show. Penerbit produksi membelanja kami makan asi krim. Ais krim ni kat Sarawak ja ada. sedap!!!!

Nikmatnya ais krim ni. Berbaloi dapat datang Kuching ni. Tabaloi pun ada.

Ni bukan gambar makan ais krim ni. Ni gambar Farah sedang melakukan aksi silap mata menghilangkan ais krim tanpa membuka mulut.
Dah habis aiskrim terjumpa dengan burung kenyalang gergasi. Apa lagi semua orang angkat tangan nak terbang sama.

Sedang seronok terbang, adalah pakcik-pakcik ni minta kami balik sebab peminat kami histeria sampai habis terbang kerusi meja sebab nak ikut kami. Oleh itu dengan keberatan kami mengundur diri. Selamat Jalan pakcik. Nanti dah besar kami datang lagi ke sini.

Sesi bertemu peminat sebelum kami berangkat pulang dengan penuh keberatan. Tengok tu, sedih peminat kami dengan kepulangan kami ini.

Perjalanan seribu kenangan. Semoga jalan ini adalah jalan yang lurus.

Akhirnya bertemu dengan penjaga bandaraya ini. Peace Yo!!!!


Senyuman lelaki ini macam pernah nampak. Tapi di mana ya?

hargggggghhhhhh!!!!!!!!! Ini kali la!!!

 Kucing-kucing ni jinak. Tidak menggigit.  Tapi dah masuk petang dah ni. So gaya ini adalah gaya kucing menahan lapar'.

Nah!! inilah ibu segala kucing-kucing ni. Cantik tak?


Akan bersambung pada Part 3. Inilah kisah kami.

CUTI-CUTI MALAYSIA: KISAH KAMI Pt. 1

Alhamdulillah, kini sedang bercuti seminggu. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga dapat bercuti di luar Kota Kinabalu. Kali ini destinasi cuti-cuti Malaysia ialah Kuching, Sarawak, jer.... Gambar bawah ialah aktiviti kami pada pagi nombor satu.

Pagi: Sampai ke Muzium Sarawak. IIN tengah memberikan taklimat kepada kami semua. Katanya, "ini meriam besi. Faham?"

Gembira mengkhatamkan muzium etnografi dalam masa 1 jam. Ready for more!!!

Tak puas bergambar lagi. Action!!!

Duduk di hadapan 'tunggul' apa nama tah. Layan ja lah....
Sempat lagi pergi 'jeram' di Muzium Natural. Bestnyer!!!!!

Selesai di Muzium, kami ke Waterfront Kuching. Makan dulu. Menu, nasi lemak ber'ayam'. Nyam-nyam-nyam.

Nasi lemak jak!!!! Ada kapal angkasa mendarat di belakang tu. Kena sumpah, terus jadi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Wah. Naik 'warrior boat' lagi. "Sungai Sarawak airnya biru..."

Row row row your boat. Menyusuri sungai kedua terpanjang di Sarawak. 219 KM panjangnya dengan kedalaman sehingga 160 kaki. Dalam tu!!!. Soalan 'money drop': Sungai terpanjang di Sarawak sungai apa?

Fuh. Lega selamat. Posing lagi dong!!!

"Iman adalah mutiara." Inilah masjid negeri Sarawak yang baru. Besar, luas. Letaknya di Petrajaya.

Nak beli Kek Lapis untuk hadiah dang sanak. Ni kedai guru segala guru kek lapis. Tak caya? cuba tengok gambar bawah!
Tu dia... Fadzilah Kamsah pun datang sini.
Tak caya lagi? Datuk Siti dan Datuk K pun singgah sini beli kek wo!!!!


Posing di Kampung Boyan untuk makan-makan selepas puas memborong kek lapis di sini.

Tunggu pengembaraan kami dalam part 2 akan datang.