Friday, September 16, 2011

WAJAH-WAJAH MERDEKA

Published with Blogger-droid v1.7.4

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN SAMBUTAN TERTUNDA HARI KEMERDEKAAN

Merdeka. Sabah Sarawak menikmati kemerdekaan apabila menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk Malaysia pada 16 Semtember 1963.

Maka merdekalah kita dengan makna di tangan kita sendirilah yang akan menentukan ke mana kita akan pergi.

Menarik juga pendapat pakar sejarah mengenai kemerdekaan negara ini pada ketika ini. Big secret is revealed, I suppose. Tak kiralah, asal semangat patriotik tertanam di jiwa raga kita. Itu yang penting. Ini yang tidak diketengahkan.

Apa kayu ukur yang kita nak gunakan mengenai semangat cintakan negara ini. Apa barometer yang boleh digunakan untuk kata saya cinta dan sayang negara ini? Maksud saya kaedah tepat dan saintifik. Bukan agak- agak sahaja.

Mungkin ahli akademik boleh menjawabnya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

P/S. OH YA, anak anak UPSR pun esok MERDEKA!!!!

ASSALAMUALAIKUM. DIRGAHAYU NEGARAKU. BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUL GHAFUR.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, September 3, 2011

UCAPAN KREATIF RAYA 2011

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidilfitri
SMS dihantar pengganti diri,
Tanda ingatan tak hilang di hati.

Ayam jantan mati berdiri
Takut di makan di aidil fitri
Nak hantar kad posmen dah cuti
Sms jadi pengganti diri
Bukan lupa aday tradisi
Tapi nak ikut teknologi terkini

Ya Allah,
Ketika di kesudahan ramadan yang penuh baraqah ini, ketika di awak syawal yang penuh maghfirah ini, idul fitri mulia, doaku pada Mu ya ALLAH,

ENGKAU muliakan ya ALLAH,
sayangi ya ALLAH saudaraku Y.bhg penerima ucapan ini,berkatilah keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki yang halal untuknya, jauhkanlah daripadanya fitnah dan tohmahan penganiyaan,penghinaan.

Mohonku pada MU,
MAkbulkanlah doa serta cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbul Alamin.

****

Jika kesilapan semalam belum terampun. MAAFKANLAH.
Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, LUPAKANLAH,
Jika kesilapan esok mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT.
ingin ku menyusun 10 jari, Mohon Ampun dan Maaf.

****

Indahnya DUNIA hanya sementara. Indahnya CINTA hanta sekita. Indahnya MIMPI kadang tak pasti.

Tapi indahnya silaturrahim & kasih sayang sesama insan
sukar dicari ganti.

****

Saat wajah tak mampu bertatapan, tangan tak mampu bersalaman, semoga sms ini mampu menjadi jambatan. Maafkan untuk LISAN yang tak terjaga, janji yang terabai, HATI yang berprasangka, TINGKAH LAKU yang menyakitkan.

****

Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamaba wa siyamukum. Mohon keikhlasan ayas segala salah & khilaf termakan terminum, kerana kesalahan dari kita & kesempurnaan hanya milik Allah semata.

****

Secebis KASIH buat kita sayang.
Seucap JANJI buat kita percaya.
Sekacil LUKA buat kita kecewa.
Tetapi sebuah KEMAAFAN buat kita jadi mulia.

****

Jika hati sejernih air
Jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan
Jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan
Hiasi ia dengan iman

****