*TENTANG REZEKI*
Allah nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancitlah, kereta rosak, duit kena curilah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja di tempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja pada slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya, tapi kita kurang menyedarinya.
*Jom fikir luasnya rezeki.*
Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
Kekadang..
🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.
Demikian Allah SWT membahagikan rezeki-Nya dengan adil dan saksama. Jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Sentiasalah bersyukur😊
#copynpaste
No comments:
Post a Comment