Sunday, November 20, 2016

BERSIH

Ada jemaah yang minta pendapat imam tentang perhimpunan bersih. Secara berseloroh dia bertanya.

Jemaah :
Imam tak pergi bersih ke? Tuntut keadilan dan mintak PM turun.

Imam :
Tak payahla gi tuntut keadilan. Kita sendiri pun tak adil pada Allah.

Jemaah :
Kenape imam cakap mcm tu..??

Imam :
Penganjur bersih tu bukan islam. Dia seru turun berhimpun berpuluh ribu orang islam pergi. Sanggup bersesak berdiri lama-lama. Sangggup dengar ucapan silih berganti. Dok atas jalan tak jadi hal. Tapi bila bilal azan satu saf pun tak penuh. Nak tunggu sesak tunggu solat raya je. Baru baca surah panjang dah kene komplen berdiri lama. Baru doa lama sikit, kata lenguh tangan pdaahal bukan doa atas jalan tapi atas karpet masjid. Masjid buat program hantar surat depan rumah pun tak sampai, tapi perhimpunan pakai wassap pun orang ramai. Tuan rasa-rasa apa yang kita nak jawab depan Allah swt nanti...???

[... Sekadar berkongsi mesej yang diterima beberapa kali dalam pelbagai grup hari ini]

No comments: