Dah masuk 6 Syawal. Alhamdulillah. Tak ada masalah sambutan 1 Syawal di sini.
Tapi tidak di tempat lain. Syria, Lubnan, Palestin, Iraq, Somalia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
Negara-negara ini ialah negara majoriti rakyatnya beragama Islam. Tapi negara berkenaan, tidak aman, bergolak, berperang saudara, ada yang ditindas dan ada yang berbunuhan sesama sendiri.
Pastinya kita perlu bermunajat syukur dengan amannya tanah tumpah ini. Pertahankannya.
Entah bagaimana halnya kita selepas ini. Saya risau dan bimbang. Bimbang kerana generasi kini sudah pandai ke jalanan. Generasi kini yang dibentuk dengan dasar pendidikan dan dasar ekonomi yang membantu mereka. Generasi yang setelah pandai dan senang, melihat orang tuanya begitu berdosa, patut diganti dan halal dicemuh dan dimaki.
Katakanlah atas dasar dan sebab apa perlakuan sebegini. Sebab ia hanya mengundang kita seperti mereka itu.
Teruskanlah perjuangan kepercayaan masing-masing. Tetapi tidak sesekali mencetus kehancuran, kehinaan, kepapaan, kemuliaan, kesatuan dan kedamaian.
1 Syawal disambut meriah oleh seluruhnya. Semoga ia kekal disambut sepertinya selamanya.
Allahu Akbar wa lillahil hamdu.
No comments:
Post a Comment