Thursday, August 30, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55 MALAYSIA

INILAH BENDERA NEGARA KU:
MALAYSIA

DULU DATUK NENEK KU MENUNTUT KEMERDEKAAN. MENENTANG PENJAJAHAN.


BERKORBAN DENGAN HARTA MEREKA MENGHANTAR TUNKU ABDUL RAHMAN KE LONDON UNTUK MENUNTUT KEMERDEKAAN

Rombongan Merdeka ke London. Berdiri dari kiri ke kanan: Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Encik  Abdul Aziz Majid, Kolonel H.S. Lee, Dato’ Mohd Seth bin Mohd Said, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Nik Ahmad Kamil. Berdiri di belakang sebelah kiri: Encik Abdul Kadir bin Shamsuddin (Setiausaha wakil Raja-raja) dan T.H. Tan (Setiausaha Perikatan).
 
 
 PERJUANGAN MEREKA TANPA PERTUMPAHAN DARAH

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa di Majlis menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.


MAKA MERDEKALAH NEGARA KU INI.



MAKA MERDEKAKAN JUGALAH JIWA KITA, AKAL KITA DAN SEMANGAT KITA.
SYUKURLAH KITA DI BUMI BERTUAH INI.
SUMBANGLAH KEMBALI KEPADA NEGARA INI.
INGATLAH TITIK PELUH DAN PERJUANGAN ATUK DAN NENEK KITA DAHULU.

KENANGILAH MEREKA. SEDEKAHKAN ALFATIHAH KEPADA MEREKA.

NEGARA INI TIDAK AMAN DENGAN SENDIRINYA. PERAJURIT JUGA PATUT DIKENANG LEBIH-LEBIH LAGI PERANAN MEREKA MEMBENTERAS KOMUNIS.


 
 SAMBUTLAH HARI MERDEKA INI. HARGAILAH KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DINIKMATI KERANA KITA SUDAH MERDEKA.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA! 
 

1 comment:

Unknown said...

Tunjang ajaran Quran ialah mengimani-Nya. Menyambut merdeka seadanya juga boleh. Tanda syukur kita. Usaha mengukuhkan merdeka itu adalah tugas anak merdeka kini.

Bersyukurlah dengan limpah nikmat ini. Lapangkan dada. Giatkan dakwah. Jauhkan buruk sangka dan prasangka itu. Jika jumpa kezaliman, tegahlah ia mengikut kemampuan.