Saturday, February 25, 2012

Bakar Quran


Orang Islam memang 'allergik' kalau ada kes-kes berunsur penghinaan kepada agama mereka. Hanya pelik, bantahan-bantahan yang dibuat akhirnya menyebabkan orang Islam sendiri yang terbunuh. Ancaman bom pula akan meningkat.

Tak percaya, tunggu episod lain penghinaan ini. Akan ada orang yang akan mati walaupun ia berlaku beribu batu dari tempat penghinaan itu dibuat. Orang lain menghina, orang lain yang mati.

Tapi bila bab menganjurkan persefahaman sesama Islam, persaudaraan, perpaduan, bersama dalam isu palestin, yang berkait dengan kekuatan umat Islam itu sendiri, jadi macam tu sajalah seruannya.

Apa Quran kata mengenai perkara ni? 

Bantah bakar quran merebak ke Pakistan

25/02/2012 2:48am

ISLAMABAD 25 Feb. - Beratus-ratus rakyat dan aktivis Pakistan hari ini mengadakan demonstrasi membantah pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan `Maut kepada AS’ dan mendesak pemimpin Pakistan yang merupakan sekutu AS dalam perang di Afghanistan untuk meletakkan jawatan.
Wartawan AFP melaporkan, demonstrasi tersebut diadakan di bandar-bandar raya di negara ini termasuk Islamabad, Karachi dan Multan. - AFP

Bekas Speaker Kongres anggap Obama mengaku kalah isu bakar al-Quran

SPOKANE: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich menyuarakan kemarahannya atas langkah pentadbiran Presiden Barack Obama meminta maaf kepada kerajaan Afghanistan kerana kejadian al-Quran dibakar di markas tentera Bagram.
Sambil menganggap tidak perlu mengambil langkah itu, Gingrich menyifatkan tindakan meminta maaf itu menunjukkan Obama mengaku kalah kepada golongan fanatik Afghanistan.
Permintaan maaf Obama disusuli dengan pembunuhan dua askar Amerika oleh seorang tentera Afghanistan selain mencederakan beberapa orang lain.

Ketika berkempen di Washington sebagai calon presiden Republikan, Gingrich berkata, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang perlu meminta maaf atas pembunuhan askar Amerika dan ‘penduduk Afghanistan tidak layak menerima permintaan maaf dari Amerika.’

“Apapun yang dilakukan oleh golongan radikal Islam tidak dipandang negatif oleh Obama yang selalu meminta maaf kepada orang yang tidak layak mendapat permintaan maaf Presiden Amerika.

“Jika Karzai tidak fikir dia perlu meminta maaf, kita patut ucap selamat tinggal dan moga berjaya kerana kita tidak perlu hadapi risiko keselamatan dan buang masa kepada orang yang tidak pedulikan kita,” katanya.
Meskipun permintaan maaf Presiden Amerika jarang dibuat, Presiden George W Bush meminta maaf kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki selepas seorang askar Amerika beberapa kali menembak sebuah kitab al-Quran pada 2008.

Bush juga ‘meminta maaf atas penghinaan terhadap tahanan Iraq dan keluarga mereka selepas skandal Abu Ghraib didedahkan kepada pengetahuan umum.

Bantahan anti Amerika berhubung pembakaran al-Quran berterusan buat hari ke-4 semalam apabila protes di Herat menyaksikan keganasan berlaku menyebabkan lima lagi maut dan menjadikan angka korban tunjuk perasaan kepada 23 orang.

Dua maut selepas penunjuk perasaan mata ke arah konsulat Amerika di kota itu manakala dua lagi terbunuh di daerah Adraskan.

Pegawai keselamatan awalnya memberitahu, dua penunjuk perasaan mati ditembak apabila cuba masuk ke konsulat itu.

Seramai 4,000 orang membantah di Khost, timur wilayah Nangarhar sambil menjerit ‘Matilah Amerika’ dan membakar gambar kadbod Obama.

Di Kabul, seramai 100 penunjuk perasaan berhimpun dekat Kementerian Pertahanan sebelum bersurai apabila askar melepaskan tembakan ke udara. – Agensi

Bantah bakar quran merebak ke Pakistan

25/02/2012 2:48am

ISLAMABAD 25 Feb. - Beratus-ratus rakyat dan aktivis Pakistan hari ini mengadakan demonstrasi membantah pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan `Maut kepada AS’ dan mendesak pemimpin Pakistan yang merupakan sekutu AS dalam perang di Afghanistan untuk meletakkan jawatan.
Wartawan AFP melaporkan, demonstrasi tersebut diadakan di bandar-bandar raya di negara ini termasuk Islamabad, Karachi dan Multan. - AFP

No comments: