Sunday, August 28, 2011

Ramadan Berlalu Syawal Menjelma


Hanya tinggal dua hari sahaja Ramadan. Takbir syawal akn menjelang. Bulan ibadah akan pergi meninggalkan semua 'abid para pencari tuhan.

Alhamdulillah. Syukur kerana mampu menghadapi kesempatan ramadan kali ini. Memang sukar mengharungi ramadan. Ia tidak pernah mudah. Bohong orang yang katakan puasa sebulan itu mudah. Ia memang tidak mudah walau sekuat mana orang itu.

Ada kereta, bekerja di pejabat berhawa dingin, sentiasa ada di rumah ketika berbuka puasa, makanan tersedia sewaktu berbuka dan bersahur, solat tarawih di masjid yang besar, berhawa dingin dan berkarpet tebal. Itu pun tidak mudah untuk khusyuk berpuasa.

Maka ada ramai orang yang tidak bernasib baik. Tiada kereta, bekerja di bawah terik matahari, berbuka dan bersahur seadanya, solat tarawih dalam keadaan penat. Maka ada hari yang ia tidak berpuasa. Kerap juga tinggal solat tarawih. Semua akibat tuntutan hidup yang fana ini. Sudah pasti orang ini berganda kesusahannya untuk berpuasa sehari apalagi sebulan.

Perbandingan ini belum mengambil kira keadaan manusia lain di serata dunia ini. Insan di Somalia yang kebuluran, rakyat di Palestin yang tertindas, di Iraq, Afghanistan, Libya, Syria. Pastinya Ramadan dilalui dengan penuh kepayahan. Apalagi menyambut Syawal yang menjelma. Tidak ada kegembiraan, tidak ada kepuasan. Yang ada hanyalah menyambung hidup dari sehari ke sehari dengan mengharap dan mendoakan yang terbaik.

Selamat menyambut aidil fitri dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan keberkatan.

No comments: