Monday, August 15, 2011

Komersilnya Ramadan



"Bulan Puasa sekarang terlalu komersil. Nilai kekeluargaan dan nilai gotong royong dah semakin hilang" kata Datuk Dr Beatrice Baikan semasa berbual sementara menunggu kuorom mesyuarat mencukupi. Hotel sekarang ni menjual terlalu mahal untuk hidangan berbuka puasa. Hotel Hyatt seorang dah RM90.00. Begitu juga Le Meridien, Promenade dan Sutera Harbour. Makan apa sampai RM90.00. Hotel Beverly pula harganya dah RM58.00 seorang. Bukannya larat nak habiskan semua hidangan buka puasa tu.



"Oh.. ini budaya yang diperkenalkan oleh UMNO dahulu. Mereka anjur Majlis Berbuka Puasa di Hotel. Lepas tu hotel ambil inspirasi inilah untuk menyediakan pakej berbuka puasa." Kata Datuk Henry Chin pula.



Itu kata orang yang bukan Islam. Tapi memahami prinsip 'supply demand', bermaksud hotel masih lagi buat duit dan masih ramai lagi yang mampu berbelanja sedemikian besar. Sebab itu bulan ramadan ini dah komersil sangat. Orang bukan Islam pun tak rasa kehebatan ramadan ni. Hebat ramadan kerana berbuka bersama keluarga walaupun juadahnya sederhana sahaja, semakin sukar dihayati.



Ramadan bulan ibadat. Namun dek komersilnya, ramai yang terpaksa menangguhkan ibadat. Mana tidak, bila dah ada majlis berbuka puasa di hotel, kenalah makan sebanyaknya kerana belanjanya tinggi. Rugi kalau tidak makan banyak. Perut kenyang. Tak apalah malam ni ja. Akibatnya posponlah solat maghrib, isyak, dan tarawih.Peniaga pula yang tumbuh bak cendawan pula, penat dan lelah. Solat Maghrib dan Isyak seadanya. Tarawih wallahu a'lam.



Kepada semua pengusaha dan pekerja muslim dalam bulan ramadan ini, selamat berniaga dan bekerja, selamat menunaikan ibadah puasa, selamat menjalani ibadah fardu yang lain. Tak apa kalau yang sunat tak buat asal yang wajib tu beres.



"sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh. yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

No comments: